Mainan versi mewah watak permainan video pembunuh Huggy Wuggy telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan ibu bapa di seluruh dunia.
Mana tidaknya, patung Huggy Wuggy ini seolah-olah menjadi barang permainan yang mesti dimiliki oleh kanak-kanak sekolah rendah.
Video mainan pembunuh bersiri ini telah mendorong kanak-kanak untuk melakonkan semula apa yang mereka tonton dengan berpelukan erat di taman permainan dan membisikkan plot jahat.
Huggy Wuggy mempunyai anggota badan berwarna biru berjuntai dan senyuman merah berlebihan yang menampakkan berpuluh-puluh gigi setajam cukur, sedia untuk membunuh.
Huggy Wuggy ialah watak jahat dalam Poppy Playtime, permainan video seram yang terletak di kilang mainan yang usang.
Ads
Walaupun mempunyai penarafan umur 8+, ramai ibu bapa yang takut telah menyuarakan di media sosial untuk meminta permainan meletakkan had umur lebih tinggi.
Seorang ibu telah mendakwa bahawa anak perempuannya yang berusia enam tahun telah mengalami mimpi ngeri sejak dua bulan lalu kerana perkara ini”.
“Ia benar-benar mesej subliminal yang memberitahu anak-anak untuk membunuh ibu bapa mereka dan memeluk orang ramai hingga mati” katanya forum Reddit.
Video tersebut menunjukkan Huggy Wuggy menyanyikan sajak taska seperti lagu yang mengandungi lirik seperti: “Saya boleh peluk awak di sini selama-lamanya, sehingga awak menghembuskan nafas terakhir bersama-sama”.
Ads
Kanak-kanak juga meniru tingkah laku berbahaya Huggy Wuggy.
Seorang ibu memberitahu Sky News pada bulan April bahawa anak lelakinya yang berusia tiga tahun menjadi sangat taksub dengan permainan “dia sampai ke tahap di mana dia tidak tahu perbezaan antara realiti dan permainan”.
Ads
“Dia cuba memanjat tingkap bilik saya, mengatakan dia akan mati dan hidup semula memberitahu saya itulah yang dilakukan Huggy Wuggy”, katanya.
Masih ingat kisah adik Ainul Mardhiah bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan menjalani rawatan pembedahan di London pada tahun 2019? Kini alhamdulillah Ainul dah semakin sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Disebabkan keprihatinan rakyat Malaysia pada masa itu, membawa kejayaan kepada buah hati rakyat Malaysia ini pada masa tersebut selain dibantu oleh Dr Amalina yang menjadi pengantara sehingga pembedahan berisiko tinggi itu berjaya tanpa apa-apa komplikasi.
Hargai kebaikan rakyat Malaysia
Berkat usaha banyak pihak serta doa yang tak pernah putus dari rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh berjalan dan kembali sihat.
Terkenangkan kebaikan dan bantuan yang cukup besar terhadap anaknya, Ahmad Safiuddin bertekad untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor ketika ini.
Ini masanya sama-sama hulur bantuan
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang dia sangat berterima kasih dengan bantuan yang pernah jutaan rakyat Malaysia berikan kepada mereka dan ini masanya untuk dia membalas budi walaupun tidak seberapa.
Dia yang mengusahakan perniagaan barangan runcit dan memiliki pasar mini sendiri di Melaka akan mengedarkan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.
Akan hantar dari Melaka ke Selangor
Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin mengakui tidak dapat memberikan banyak namun sumbangan yang diberikan diharap mampu meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas.
Ramai yang sama-sama infaq sumbangan
Dia juga turut mengumpulkan barangan yang diinfaqkan orang ramai dan membawanya sama ke Selangor dari Melaka.
Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin mengakui sama sekali tidak akan melupakan segala jasa baik rakyat Malaysia dan syukur Alhamdulillah anaknya kini membesar dengan baik serta ceria.
Barang bantuan yang disediakan dan telah dikumpulkan akan mula dibawa ke Selangor bermula Rabu dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peritnya apabila diuji dengan suatu kehilangan terutamanya apabila menerima berita kematian membabitkan insan yang rapat dengan diri kita, lebih-lebih lagi melibatkan tonggak keluarga seperti suami yang telah berjanji untuk sehidup semati.
Selain itu, wanita yang kehilangan suami perlu tahu hukum-hakam tentang faraid agar dapat menuntut hak sebagai seorang isteri pada harta yang ditinggalkan suami atau bekas suami.
Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli berkata, jika pasangan itu membeli rumah dalam tempoh perkahwinan sama ada dibeli oleh suami atau isteri, ia boleh dianggap sebagai harta sepencarian.
“Apabila suami beli rumah tersebut semasa tempoh perkahwinan dan suami meninggal, rumah itu dikategorikan sebagai harta pencarian dan isteri boleh membuat tuntutan berdasarkan tiga keadaan.
“Antara tiga keadaan yang membolehkan isteri menuntut rumah sebagai harta sepencarian adalah bila suaminya cerai hidup, suami disahkan berpoligami dan suami meninggal dunia (balu),” katanya dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook miliknya.
Tambah Khairul, jika isteri diceraikan dan berlaku kematian suami dalam tempoh iddah, wanita itu boleh membuat tuntutan terhadap harta sepencarian dan harta pusaka suami.
Menggalas tanggung jawab menjadi isteri dan ibu membahagiakan. Tinggal hanya cara perlaksanaanya, banyakkan berlapang dada. Ikuti catatan ibu ini yang sungguh berinspirasi.
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
BILA ANAK RAMAI JADI PENAT
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
BILA TENANG COMEL, BILA PENAT…..
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
BILA PENAT, SYAITAN MASUK UNTUK MENGHASUT
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
INI BUKAN KEHIDUPAN YANG SAYA CARI
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
SEMINGGU SEKALI UPAH BIBIK KEMAS RUMAH
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
KALAU SEMPAT BUAT, KALAU TAK SEMPAT PEJAM MATA
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
HANYA FOKUS MAKAN MINUM KELUARGA
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.
RUMAH TANGGA ITU MEDAN PAHALA TAPI JANGAN TERLALU TEKAN DIRI
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...