Detik mencemaskan sebuah keluarga apabila seekor kera liar menceroboh masuk ke rumah mereka dan cuba mengangkat seorang bayi telah tular di media sosial.
Kejadian yang dirakam oleh pengguna TikTok, @yanarahman1231 itu telah menarik perhatian ramai kerana keberanian haiwan tersebut dan bahaya yang hampir menimpa si kecil.
Cuba Angkat Bayi di Ruang Tamu
Dalam video tersebut, kelihatan seekor kera liar melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu kaca sliding yang tidak ditutup rapat.
Difahamkan, haiwan liar itu terlebih dahulu masuk ke kawasan rumah melalui pagar hadapan sebelum menyelinap ke dalam ruang tamu.
Lebih mengejutkan, kera itu dilihat menghampiri bayi yang sedang berada di ruang tamu dan cuba mengangkatnya. Mujurlah tindakan pantas ahli keluarga, terutamanya nenek bayi tersebut yang menjerit dan menghalaunya, berjaya mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.
Keluarga Trauma, Bayi Sering Menangis Ketakutan
Walaupun bayi itu tidak mengalami kecederaan fizikal, namun dimaklumkan anak kecil itu kini berada dalam keadaan trauma dan sering menangis ketakutan sejak kejadian itu berlaku.
“Semoga menjadi pengajaran untuk semua supaya sentiasa berwaspada. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulis @yanarahman1231 dalam kapsyen videonya.
Insiden ini sudah semestinya menjadi peringatan serius kepada orang ramai, khususnya mereka yang tinggal berdekatan kawasan hutan, agar lebih berhati-hati.
Ads
Pastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup rapat supaya tidak memberi ruang kepada haiwan liar menceroboh.
Pihak berkuasa juga diseru supaya lebih proaktif dalam menjalankan pemantauan dan kawalan terhadap populasi kera liar yang kini semakin berani dan agresif hingga sanggup memasuki kawasan kediaman.
UPKK 2025 menjadi topik penting buat ibu ayah ketika ribuan murid sedang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bermula 17 hingga 20 November 2025. Peperiksaan ini bukan sahaja menguji tahap pengetahuan agama anak, tetapi juga membina keyakinan dan kemahiran belajar yang menjadi asas untuk masa depan mereka.
Bagi memastikan anak lebih bersedia, Ustaz Quszaini Abd Manan, Jurulatih Utama Bahasa Arab Kinta Utara, Perak, berkongsi pendekatan khas yang beliau namakan Strategi 360°. Satu teknik komprehensif merangkumi akademik, pembelajaran berdisiplin, teknik menjawab soalan, dan amalan rohani. Pendekatan ini terbukti membantu ramai murid menguasai UPKK 2025 dengan lebih efektif.
Kesilapan biasa murid ialah hanya belajar topik yang dianggap penting. Sedangkan UPKK merangkumi keseluruhan sukatan pelajaran.
Apa yang ibu ayah boleh bantu:
Dengan pendekatan menyeluruh ini, anak tidak akan tertinggal mana-mana ‘tajuk kecil’ yang sering keluar dalam peperiksaan.
Ramai calon tahu jawapan, tetapi tidak mendapat markah penuh kerana salah teknik menjawab.
Kata kunci penting yang perlu anak faham:
Langkah mudah ketika menjawab:
Teknik yang betul adalah kunci utama skor Mumtaz.
Anak lebih tenang apabila biasa dengan bentuk soalan.
Tip latih tubi disarankan Ustaz Quszaini:
Latihan sebegini membantu anak mengawal rasa gementar dan fokus ketika menjawab.
Hafalan bukan sekadar mengingat, tetapi menghubungkan ilmu dengan cara berkesan.
Teknik hafalan kreatif:
Apabila hafal dengan cara kreatif, anak lebih mudah mengingati fakta penting semasa peperiksaan.
Belajar tidak perlu lama, tetapi istiqamah.
Disiplin yang boleh ibu ayah bentuk:
Rutin yang konsisten membantu anak lebih fokus dan tidak rasa tertekan.
Keberkatan ilmu menjadi kekuatan utama calon UPKK. Amalan rohani inilah yang memudahkan hati anak menerima pelajaran.
Amalan yang disaran Ustaz Quszaini:
Anak yang hatinya tenang lebih mudah fokus dan mengingat.
UPKK bukan hanya perjalanan murid, tetapi tanggungjawab bersama.
Peranan ibu bapa:
Peranan guru:
Kerjasama dua pihak memberi impak besar kepada keyakinan anak.
Ustaz Quszaini menyimpulkan bahawa kejayaan calon UPKK 2025 bergantung kepada empat asas utama:
Ilmu — Teknik — Latihan — Keberkatan
Bila semua ini bergerak seiring, insya-Allah anak bukan sahaja lulus, malah mampu mencapai Mumtaz 9A UPKK 2025 dengan tenang, yakin dan berkat.
Bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mengambil langkah untuk memfailkan kebankrapan terhadap pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau Che Ta, bersama anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah hampir RM1 juta yang tertunggak sejak tahun 2017.
Tiada siapa yang mahu hidupnya diuji dengan dugaan sebesar ini. Di sebalik kemelut yang berlaku, pasti berat untuk Cha Ta dan anaknya memikul beban ini, apatah lagi dengan pandangan serta tekanan daripada masyarakat.
Dalam pada itu, tindakan tersebut adalah langkah susulan oleh MARA selepas selebriti itu gagal menyelesaikan hutangnya selama tujuh tahun, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran termasuk membawa kes ini ke peringkat mahkamah.
Difahamkan, pinjaman MARA sebanyak RM960,000 itu dibuat oleh syarikat milik Rozita, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, bertindak sebagai penjamin.
Menurut maklumat, pada Julai tahun lalu, MARA telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Rozita dan anaknya. Namun, notis tersebut terpaksa ditarik balik pada bulan lalu akibat isu teknikal sebelum tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan (WSS) ke atas harta milik pelakon itu dilaksanakan pada Selasa lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.
Beliau berkata, tindakan itu adalah proses sama yang diambil MARA terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka seperti terkandung dalam perjanjian ditandatangani selepas pelbagai pemudah cara pembayaran diberikan.
“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.
“Tiada siapa boleh menghalang tindakan MARA ini kerana ia perintah mahkamah. Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan.
“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya kepada BH, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tindakan perundangan adalah jalan terakhir diambil pihaknya jika semua usaha dilakukan MARA untuk pembayaran semula pinjaman tidak diendahkan peminjam dan ketegasan ini bagi memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula.
Beliau berkata, MARA sebelum itu sudah membuka pintu rundingan supaya penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman dapat dilakukan jika mereka menghadapi masalah.
“Bagaimanapun, bagi kes pelakon ini, saya difahamkan dia tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan kerana dia membuat pertukaran peguam,” katanya.
Mengulas serbuan dibuat di rumah Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya, Asyraf Wajdi berkata, ia susulan alamat yang tertera pada perjanjian ditandatangani dengan MARA membabitkan rumah berkenaan.
“Nilai sebenar barangan yang disita dari rumah itu pula hanya diketahui selepas lelongan dibuat nanti. Setakat ini, jumlah itu jauh lebih rendah daripada hutang sebenar yang perlu dibayarnya kepada MARA,” katanya.
Jumlah pinjaman RM960,000
Sementara itu, sumber berkata, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat di MARA Selangor dengan pelakon itu dan anaknya sebagai penjamin, selain simpanan tetap RM80,000 dijadikan cagaran.
Bagaimanapun, katanya, simpanan tetap itu sudah dicairkan MARA sebelum ini.
“Tidak dinafikan pelakon itu pernah beberapa kali memohon untuk mengurangkan bayaran pinjaman dan membuat penjadualan semula, tetapi selepas itu dia senyap begitu saja.
“Penghakiman terhadap Rozita dan anaknya dibuat mahkamah pada Mei tahun lalu. Peguam Rozita juga ada menghubungi MARA tetapi arahan yang diterima ialah pelakon terbabit perlu melunaskan hutang itu sepenuhnya,” katanya.
Sumber berkata, antara barangan yang disita di rumah Rozita pada Selasa lalu termasuk sebuah kereta, perabot, kasut dan peralatan rumah.
Katanya, mereka hanya menunggu tarikh daripada mahkamah untuk melakukan lelongan barangan berkenaan yang akan ditentukan kemudia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu kebanggaan kita rakyat Malaysia. Pelajar perakaunan di peringkat asasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Ahmad Nur Iman Ahmad Fauzi, 19 menjadi kebanggaan apabila menjadi pelajar terbaik negara dan ketiga dunia dalam Merekod Transaksi Kewangan FA1 pada peperiksaan ACCA sesi Mac lalu.
Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja membanggakan dirinya, malah turut membanggakan ibu bapa, pensyarah, universiti dan negeri asalnya, Terengganu.
Ahmad Nur Iman, anak sulung daripada empat beradik ini, membuktikan bahawa tiada yang mustahil dengan kesungguhan. Dia yang berasal dari Kampung Telaga, Hulu Terengganu dan kini pelajar dalam bidang perakaunan di peringkat asasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, tidak menyangka sama sekali impian kecilnya untuk belajar bersungguh-sungguh mampu melonjakkan namanya di persada dunia.
“Ketika mula-mula buka e-mel daripada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk melihat keputusan itu, saya baca berkali-kali untuk pastikan saya tidak salah faham,” ujarnya kepada K-Kampus.
Sejak kecil, Ahmad Nur Iman sudah menunjukkan minat mendalam terhadap subjek berkaitan pengiraan seperti Matematik dan Matematik Tambahan.
Berbekalkan keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memilih laluan dalam bidang perakaunan di UiTM dan terus mengorak langkah menimba ilmu dalam ACCA, kelayakan profesional perakaunan bertaraf global.
Menurut Ahmad Nur Iman, pengurusan masa yang baik, membuat nota ringkas, konsisten dalam pelajaran, serta banyak berlatih dengan soalan lepas menjadi kunci utama.
Beliau juga menekankan pentingnya berani bertanya dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.
Tidak dilupakan, doa dan tawakal sentiasa menjadi pelengkap usahanya sebagai seorang Muslim.
Anak muda ini berkongsi lanjut, bahawa bercita-cita menjadi akauntan bertauliah dan berharap dapat berkhidmat di firma audit antarabangsa atau syarikat korporat terkemuka.
Impian lebih besar penerima biasiswa Yayasan Terengganu (Asasi Perakaunan) itu adalah memiliki firma perakaunan sendiri yang boleh membantu graduan baharu mendapatkan pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Terangnya, ACCA tidak membawa gelaran ijazah, tetapi memberikan kelayakan profesional bertaraf antarabangsa.
“Selepas melengkapkan semua kertas dan pengalaman kerja, saya layak bergelar Chartered Certified Accountant dan dapat menggunakan huruf ACCA di belakang nama saya.
“Dengan adanya kelayakan profesional ini, saya ingin memantapkan lagi diri dan memperluaskan pilihan kerjaya di peringkat global,” katanya.
Untuk makluman, ACCA merupakan kelayakan profesional perakaunan yang diiktiraf di peringkat global. Di Malaysia, ia dikawal selia dan diiktiraf sebagai program profesional setara tahap sarjana muda apabila berjaya melengkapkan semua kertas.
Di United Kingdom, taraf ACCA secara rasmi diiktiraf sebagai kelayakan profesional perakaunan dan setara dengan peringkat Sarjana (Master’s Degree).
Sumber: Kosmo!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!