
Ada diantara anak-anak kita yang ketika usianya tiga tahun masih lagi tidak pandai bercakap malah tidak mengeluarkan perkataan bermakna.
Jangan dibiarkan, cepat-cepat bertindak jika anak tidak menunjukkan perkembangan yang sepatutnya.
Macam mana nak kenal anak ada masalah lambat bercakap atau speech delay? Ini panduan yang dikongsikan oleh Terapi Pertuturan/Bahasa, Pn Ruby Atika.
Apa tanda yang anak tu sedang mengalami masalah bertutur dan memerlukan bantuan?
A) Umur 2 tahun:
– masih tak ada perkataan
– ada perkataan tapi tak sampai 50 yang bermakna.
– tarik tangan apabila nak sesuatu. Tak cakap dan tak menunjuk.

B) Umur 3 tahun:
– masih cakap sepatah saja. Tak gabung perkataan jadi ayat.
– masih banyak bahasa jargon.
– boleh cakap abc 123 warna, tapi tak pernah panggil mama ayah.
– dah terdesak sangat baru cakap. Biasanya diam.

C) Umur 4 tahun:
– cakap ayat pendek saja. Gabung 2-3 perkataan saja. Tapi kebanyakkan hanya cakap 2 perkataan dalam 1 ayat.
– cakap yg penting saja. Ayatnya tak lengkap.
– susah nak jawab soalan “kenapa?”
– belum boleh bercerita.
– masih pelat dan sukar difahami apa dia cakap. Makin panjang dia cuba cakap, makin tak faham.

D) Umur 5 tahun :
– tidak bercerita
– pelat, kita kena teka apa dia cakap.
– dah pergi tadika, tak bercakap pula di tadika
– cikgu tadika complain dia asyik berjalan sana sini
atau kerap tantrum dalam kelas.

Perkembangan bahasa ni, ada umur kritikal iaitu dari lahir hingga umur 6 tahun.
Ini tempoh otak anak berkembang dengan pesat dan menyerap perkataan harian yang dia dengar.
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Perlu Banding Tapi Perlu Bimbang Kalau Anak 1-3 Tahun Masih Belum Capai Perkembangan Ini

Menyaksikan tumbesaran anak setiap hari pastinya sesuatu yang mengujakan mana-mana ibu bapa. Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak yang perlu diperhatikan.
Baca: Stok Sayur Tahan Lama, Lapik & Balut Guna Tisu Sebelum Simpan. Confirm Segar!
Sebelum persoalan itu terjawab, setiap ibu bapa perlu memahami kepentingan untuk menilai pertumbuhan anak yang berusia 12 hingga 36 bulan bagi memastikan tiada masalah dalam perkembangan mereka.

Semasa peringkat ini, disarankan agar anak dibawa berjumpa dengan pakar pediatrik sekurang-kurangnya setahun sekali bagi melakukan pemeriksaan berkala dan mengikuti tahap imunisasi mereka.
Dalam peringkat perkembangan kanak-kanak, pertumbuhan fizikal cenderung perlahan tetapi kemahiran kognitif, bahasa dan motorik akan meningkat dengan pesat.
Persekitaran yang memberangsangkan sangat membantu dalam menggalakkan proses tumbesaran anak.
Interaksi positif daripada individu di sekelilingnya juga dapat membantu proses tersebut.
5 aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak
Pun begitu, sebagai ibu bapa anda harus fahami bahawa setiap anak adalah berbeza. Jadi sekiranya mereka tidak dapat melakukannya, ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Namun, sekiranya pada tahun akhir usia kanak-kanak dan mereka masih belum mencapai kemahiran berikut, lakukan rundingan dengan pakar pediatrik.
Ini kerana ia mungkin melibatkan masalah lewat perkembangan.
1. Perkembangan kemahiran fizikal
Tumbesaran anak dari aspek fizikal adalah perlahan pada peringkat ini.
Fokus perkembangan fizikal lebih tertumpu kepada peningkatan kekuatan dan koordinasi.
2. Pembangunan kemahiran emosi dan sosial
Dalam aspek perkembangan kanak-kanak ini, anak anda mempunyai kemampuan untuk mengekspresikan emosinya.
Ini terutamanya apabila mereka berasa gembira, kecewa, marah dan bahagia.
Anak juga akan belajar untuk mengawal dirinya, berkongsi serta menunggu giliran pada ketika ini.
3. Perkembangan kemahiran bahasa
Pada usia kanak-kanak, anak anda biasanya sudah boleh memahami penggunaan bahasa sepenuhnya.
Ini adalah ketikanya mereka belajar mengucapkan terima kasih dan tolong serta membezakan cara yang betul untuk menyatakan sesuatu.
4. Perkembangan kemahiran kognitif
Aspek ini melibatkan kemampuan anak untuk menyelesaikan masalah.
Ia juga merupakan tempoh untuk mula mengenali individu, objek dan tempat yang biasa buat diri mereka.
Tumbesaran anak pada ketika ini turut berkaitan kemahirannya berimaginasi dan berfikir.
Mereka juga sudah boleh mengenal dan memahami huruf, simbol, warna dan angka.
5. Kemahiran deria dan motorik
Ia merujuk kepada kemampuan anak untuk mengambil dan memegang barang, menyelak halaman buku dan menulis serta melukis.
Umumnya, perkembangan kanak-kanak ini adalah mengenai penggunaan otot kecil pada tangan dan jarinya.

Cara untuk membantu tumbesaran anak
Sebagai ibu bapa, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mencapai titik perkembangan dan tumbesaran anak.
Perkara utama adalah dengan memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Ia boleh dilakukan dengan memberikan mereka pemakanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sebaiknya kurangkan masa skrin dan dorong mereka untuk aktif bergerak dengan melakukan pelbagai aktiviti yang digemari.
Jika si kecil ingin berlari, memanjat, melompat atau menendang, berikannya ruang selamat untuk melakukan semua itu.
Ia secara tidak langsung membantu pertumbuhan koordinasi dan kekuatan ototnya.
Anda juga perlu memastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam.
Ini dapat membantu meningkatkan emosi dan tenaga untuk meneroka dunia keesokan harinya.
Perkara lain yang turut boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan kanak-kanak adalah:
- Baca buku bersama anak setiap hari
- Bermain permainan papan yang bersesuaian dengan usia anak. Aktiviti ini juga mampu mengeratkan jalinan antara ibu bapa dan anak
- Tunjukkan lebih tindak balas jika anak berkelakuan baik, berbanding semasa anak melakukan perkara negatif
- Galakkan anak untuk meneroka
Aspek keselamatan ketika merangsang tumbesaran anak
Oleh sebab anak kecil banyak meneroka persekitaran di sekeliling, anda perlu pastikan mereka mempunyai tempat dan persekitaran yang selamat.
Berikut beberapa tip keselamatan yang boleh dilakukan:
- Letakkan penutup suis pada semua suis di rumah anda. Oleh sebab sifat ingin tahu anak yang tinggi, wujud risiko untuk mereka memasukkan jari ke dalam palam (plug) dan terkena renjatan elektrik
- Berbaring di lantai seolah-olah sedang melakukan tekan tubi. Angkat kepala dan lihat sekeliling, tetapi pastikan bahu masih di lantai. Situasi ini akan membolehkan anda melihat sesuatu daripada perspektif anak dan menunjukkan kemungkinan bahaya yang tidak dapat dilihat dari sudut pandangan biasa individu dewasa
- Simpan dan jauhkan segala produk pembersih rumah, bahan beracun dan ubat-ubatan dalam rak berkunci
- Jangan sekali-kali meninggalkan anak anda sendirian walaupun seketika kerana berasakan bahawa dia akan selamat. Kemalangan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat sahaja
- Cipta ruang selamat untuk perkembangan kanak-kanak dengan mengunci pintu yang boleh menuju ke tempat berbahaya seperti pintu rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai tangga, letakkan penghadang tangga
- Jangan pernah meninggalkan anak sendirian di kawasan berair seperti kolam. Lemas adalah penyebab kematian nombor 1 untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia ini

Tetapi dalam masa yang sama, sentiasa pantau keselamatan mereka agar terhindar daripada sebarang risiko bahaya.
Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Kena ‘Paksa’ Suami Bacakan Bedtime Stories Kalau Nak Akal Si Kecil Tu Jadi Makin Cerdik!

Bonding antara anak dan ayah sangat penting kerana hubungan yang baik antara anak dan ayah akan memberikan kesan jangka masa yang panjang termasuklah dalam pembentukan sikap anak-anak.
Anak yang rapat dengan ayah akan lebih bijak, kurang bermasalah, berdisiplin dan patuh kepada arahan. Sebab itulah masa anak bersama ayah sangat penting termasuklah waktu sebelum tidur. Minta suami untuk luangkan masa bercakap atau membaca bersama anak sebelum tidur kerana ada kaitan dengan perkembangan otak si manja.

Ibu-ibu, tolong ‘paksa’ suami masing-masing bacakan bedtime stories kalau nak akal si kecil tu jadi makin cerdik.
Ni saya nak kongsikan fakta menarik yang masih ramai ibubapa belum tahu. Dr Elisabeth Duursma ada jalankan satu research semasa beliau di Havard University.

Dalam kajian tu, Dr Duursma kumpulkan data daripada 430 buah keluarga di US, semata-mata nak tengok apa efek pada anak kecil yang berusia bawah 3 tahun bila ibu dan ayah bacakan bedtime stories.
Kan biasanya ibu yang semangat sikit bab bercerita ni.
Namun rupa-rupanya, kalau ayah pun turut sama bacakan cerita, penguasaan bahasa anak akan jadi lebih hebat berbanding kawan-kawan dia yang lain.
Dr Duursma beritahu antara sebabnya ialah, bahasa yang orang lelaki kerap guna ni tak sama dengan orang perempuan.

Mak-mak pulak lebih suka menekankan bab emosi dan karakter. Lalu mak akan cenderung untuk ajar anak tentang benda-benda yang memang nampak jelas kat dalam buku.
Macam bab warna, abjad dan mengira. Contoh paling mudah kalau kat muka surat tu terpampang gambar ayam. Nanti mesti mak akan tanya,
“Tengok dalam gambar ni ada ayam. Cuba adik kira ada berapa ekor semuanya?”
Berbeza dengan orang lelaki.
Mereka ni selalunya lebih suka kaitkan bacaan tadi dengan pengalaman yang dialami sebelum tu.
“Haa, tengok gambar rusa ni. Ingat tak rusa macam ni lah yang abang hulurkan makanan masa kita pergi zoo hari tu?”
Teknik tu akan buatkan si kecil tu membayangkan sesuatu dari view yang lain lalu meransang mindanya berfikir lebih kreatif.

Dan yang paling best, perbezaan ni akhirnya saling melengkapi dan melonjakkan perkembangan minda budak bertuah tu jadi berkali ganda makin cerdik.
Sebab tu, kalau nak aktiviti membaca ni beri impak super hebat pada anak kita, pastikan sesekali ayah pun kena join bercerita sekali ye.

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Kredit:Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada Anak Bawah 6 Tahun? Amalkan Formula 3H Supaya Apa Anak Belajar Kekal Lama!



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


