Pendarahan selepas bersalin adalah punca utama kematian ibu di kebanyakan negara di seluruh dunia. Pendaftaran Obstetrik Kebangsaan (NOR) telah melaporkan pada tahun 2012 kadar pendarahan serius selepas bersalin adalah 0.09%, iaitu masih di bawah paras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) <0.5%. Walau bagaimanapun di Malaysia, ia masih menjadi antara punca utama kematian ibu.

Artikel Menarik: [Bayi Keluar Ikut ‘Pintu’ Atau ‘Tingkap’, Bukan Ukuran Hebatnya Seorang Ibu Waktu Bersalin]

Adalah normal untuk mengalami sedikit pendarahan selepas bersalin. Pendarahan berlaku sebaik sahaja uri dipisahkan daripada rahim dan tindak balas semula jadi hormon badan iaitu oksitosin. Ia membantu rahim mengecut dan seterusnya menghentikan pendarahan. Pendarahan daripada rahim lazimnya agak banyak sejurus bayi dan uri dilahirkan. Ia akan berkurangan secara berperingkat dalam beberapa jam.

Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg, Boleh Jadi Sebab Ibu Alami ‘Tumpah Darah’

IKLAN

Walau bagaimanapun wanita akan terus mengalami sedikit pendarahan secara berterusan yang akan berkurangan dalam beberapa hari selepas bersalin dan diikuti dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat. Pendarahan ini dinamakan lochia atau darah nifas.

Artikel Menarik: [Waktu Scan Anak Pertama Nampak ‘Bird’. Berkemungkinan Mama Bersalin Lambat Dari EDD]

IKLAN

Definisi pendarahan selepas bersalin yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah pendarahan yang berlebihan dan luar daripada kebiasaan selepas bersalin. Terdapat dua jenis tumpah darah selepas bersalin iaitu:

Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg, Boleh Jadi Sebab Ibu Alami ‘Tumpah Darah’

IKLAN
  • Tumpah darah primer (primarypostpartum haemorrhage): Kehilangan darah selepas bersalin lebih daripada 500ml (bersalin normal) atau 1000ml (bersalin secara pembedahan caesarean) dalam tempoh 24 jam selepas bersalin. Ia berlaku kepada lima daripada 100 orang wanita yang bersalin. Pendarahan yang teruk, melebihi dua liter adalah jarang berlaku, iaitu enam daripada 1000 wanita yang bersalin.
  • Tumpah darah sekunder (secondary postpartum haemorrhage):kehilangan darah selepas bersalin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Ia boleh berlaku kepada kurang daripada dua daripada 100 wanita yang bersalin.

Antara penyebab tumpah darah yang teruk selepas bersalin ialah rahim gagal mengecut, lekat anti suri dalam rahim, koyakan vagina atau serviks yang teruk, masalah sistem pembekuan darah dan jangkitan kuman pada rahim.

Wanita yang kehilangan banyak darah selepas bersalin akan mengalami keletihan yang luar biasa, pucat, sesak nafas dan degupan jantung yang laju. Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa rawatan yang pantas dan sewajarnya, pendarahan yang serius boleh menyebabkan pesakit mengalami kegagalan kardio respiratori sehingga meragut nyawa.

Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg, Boleh Jadi Sebab Ibu Alami ‘Tumpah Darah’

Maka, ia perlu dikesan seawal mungkin dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Antara risiko yang boleh mengundang pendarahan selepas bersalin adalah pernah mengalami tumpah darah di kehamilan terdahulu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35kg/m2, pernah melahirkan empat orang anak atau lebih, kehamilan kembar atau lebih, uri bawah (placenta praevia), uri lekang (placenta abruptio), tekanan darah tinggi, kekurangan sel darah merah (anemia), kelahiran secara pembedahan (caeserean), proses kelahiran yang dipaksa (induction), cebisan uri tertinggal di dalam rahim, kelahiran yang dibantu menggunakan forsep atau vakum, berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan umur ibu melebihi 40 tahun.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI