Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi. Nak bawa ke klinik semua dah tutup. Tak sampai hati nak tengok anak menangis, meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah. Tak keruan mak ayah dibuatnya.
Ada beberapa langkah awal yang boleh dibuat sebelum bawa anak ke klinik keesokkan harinya.
Anak sakit gigi, langkah awal ibu ayah boleh buat!
ANAK SAKIT ibu yang paling susah hati, ayah mungkin tak boleh tidur,
Sebak rasa hati bila tengok anak asik menangis dan meraung kesakitan
Ads
Rasa tak senang duduk bila anak enggan makan waima minum susu
Mana tak nya, gigi berlubang, gusi bernanah, memang berdenyut teramat sakit
Apa langlah awal ibu ayah patut lakukan segera untuk kurangkan kesakitan pada anak?
Ads
1️⃣ Berus gigi dan gusi seperti biasa, lebihkan masa untuk bersihkan kawasan yang sakit
2️⃣ Kerap berkumur dengan air garam suam jika anak sudah pandai berkumur atau sapukan air garam suam di kawasan terlibat
3️⃣ Beri anak air suam yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi badan
Ads
4️⃣ Monitor suhu badan anak, sekiranya demam, beri anak ubat demam paracetamol mengikut kesesuaian umur dan dos
Ps: Langkah di atas boleh diambil sekiranya anak sakit pada waktu klinik tutup atau di tengah malam, sebaik-baiknya segera bawa ke klinik gigi untuk pemeriksaan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan Moderna untuk kumpulan umur kanak-kanak dari enam bulan ke lima tahun.
Ia susulan saranan daripada pakar penasihat agensi itu.
Dengan kelulusan ini, sekitar 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan layak untuk menerima vaksin.
USFDA meluluskan dua dos vaksin bagi Moderna sementara tiga dos vaksin bagi Pfizer.
“Ibu bapa dan penjaga serta penyedia perkhidmatan boleh meyakini bahawa dua vaksin ini diluluskan dengan fakta sains dan tujuan keselamatan yang menjadi keutamaan kami.”
Pemberian vaksin bagi kumpulan umur ini juga perlu mendapat lampu hijau dari pada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Kerajaan AS memaklumkan sebelum ini, sebaik mendapat kelulusan, 10 juta dos akan dihantar ke seluruh negara.
Vaksin berkenaan diuji ke atas ribuan kanak-kanak. Pfizer meletakkan kadar keberkesanan vaksin pada tahap 80 peratus sementara Moderna pada 51 peratus.
Lazimnya ibu kali pertama tidak tahu mengenai tanda-tanda kelahiran, apatah lagi kelahiran pramatang ini yang berlaku sebelum tarikh jangkaan bersalin. Tentu ibu tidak bersedia. Perhatikan tanda kelahiran pramatang agar tindakan sewajarnya boleh diambil dalam masa yang singkat.
Menurut Dr Mohd Daud Yahaya, Doktor Kanan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital PUSRAWI Sdn Bhd, kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 37. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka. Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang ini boleh memberikan risiko tinggi kepada bayi.
TAHAP-TAHAP KELAHIRAN PRAMATANG Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 37 Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34 Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 31 minggu Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Setiap ibu hamil perlu tahu tentang tanda-tanda kelahiran pramatang sebagai persediaan menghadapi dan mengelakkan panik. Ia memang tidak boleh dijangka serta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
TANDA-TANDA BERLAKUNYA KELAHIRAN PRAMATANG Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
RAWATAN AKAN DIBERIKAN BERDASARKAN PENYEBAB KELAHIRAN PRAMATANG
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke wad dan doktor akan melakukan pemeriksaan dan menilai keadaan pesakit dan janin.
Doktor akan cuba merawat penyebab dan tanda kelahiran pramatang tersebut sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan bayi. Seboleh-bolehnya doktor akan cuba menangguhkan kelahiran dengan menjalankan non active procedure.
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal. Hanya segelintir yang memerlukan pembedahan caesarean.
SIAPA IBU BERISIKO BERSALIN PRAMATANG?
NASIHAT DOKTOR KEPADA IBU
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan.
Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.
Terdapat perbezaan di antara keguguran dan kelahiran pramatang. Keguguran berlaku di bawah usia 22 minggu manakala kelahiran pramatang pula lahir di bawah 37 minggu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) merupakan penyakit kanak – kanak bawah 10 tahun di mana terjadinya lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Pembentukkan ulser kecil di tekak dan tonsil, manakala di tangan, kaki, dan kawasan diaper dijangkiti ruam dengan ciri – ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya, penyakit ini sederhana dan ruam boleh sembuh kira – 5 – 7 hari.
Ibu bapa hendaklah sentiasa berwaspada dengan penyakit HFMD ini. Selalu jaga kebersihan diri dan anak demi mencegah berjangkit dengan penyakit ini. Perhatikan tanda – tanda seperti demam dan ruam yang terjadi di tangan, kaki anak. Jika ada, berkemungkinan anak telah dijangkiti HFMD.
Menurut Dr Ahmad Samhan, penyakit HFMD ini berlaku disebabkan oleh dua virus utama iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus – 71 (EV71). Penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak – kanak kurang dari 10 tahun dan 90% kes berlaku pada kanak – kanak lingkungan usia kurang dari lima tahun.
“Tanda – tanda dijangkiti seperti ulser di tekak dan mulut, ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin, demam dan hilang selera makan. Virus ini merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis dari mereka yang berpenyakit.
“Penyakit ini didiagnosa melalui kewujudan gejala dan tanda klinikal. Ujian makmal perlu dilakukan. Tiada rawatan khusus. Rawatan antibiotik tidak berkesan. Ubat demam (paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam. Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim untuk mengurangkan kesakitan ulcer mulut. Losen anti – gatal (calamine) membantu melegakan ruam. Pastikan minum air yang cukup.” Kata Dr Ahmad Samhan melalui perkongsian di akaun Facebooknya.
Tambah beliau, tiada vaksin untuk penyakit ini. Selalunya akan sembuh dengan sendiri. Ada segelintir boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. Ibu bapa layak untuk mendapat cuti kuarantin. Doctor akan keluarkan surat pengesahan penyakit dan surat sokongan kuarantin kepada majikan.
“Cara pencegahan adalah kerap cuci tangan anak, elakkan dari menghantar anak ke taska yang disyaki HFMD, kerap cuci alat permainan anak dengan antiseptic dan memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.
“Kajian menunjukkan virus EV71 di atas permukaan plastic yang terdedah kepada persekitaran masih berupaya menyebabkan penyakit dalam masa 3 hari. Survey menunjukkan kerusi bayi di restoran antara punca HFMD kerana dikotori air liur bayi sebelumnya.” Kata Dr Ahmad Samhan menerusi perkongsian di akaun Facebooknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!