Kadang-kadang, kita terlalu cepat menilai bila nampak anak orang menjerit, tak duduk diam, atau tiba-tiba tantrum di tempat awam. Terus terlintas di fikiran, “Mak ayah dia tak pandai jaga anak ke?”
Tapi pernah tak kita tanya mungkin anak itu sedang bergelut dengan sesuatu yang tak nampak pada mata kasar. Mungkin ADHD, mungkin juga autisme.
Ads
Sebagai ibu bapa, cabaran membesarkan anak neurodivergent bukan sekadar soal disiplin. Ia tentang memahami dunia mereka yang berbeza dan belajar masuk ke dunia tu dengan sabar dan kasih sayang.
Ads
Ads
Pengasas Ameera Kids Solution Centre (AKSC), Pn Ameera Shafira Hassan berkongsi tanda-tanda nak ADHD dan anak autism yang seharusnya tidak dilabel sebagai anak yang nakal. Bahkan beliau turut berkongsi bagaimana mengenal anak-anak isimewa ini agar tidak menyalahkan kedua ibunya mereka. Belajar kenali mereka!
Saya sering berjumpa ibu bapa yang datang dengan air mata di mata dan beban di dada. Mereka bukan tak sayang anak. Tapi mereka penat — penat disalahfaham, penat dibandingkan, penat dicemuh hanya kerana anak mereka tidak “seperti anak orang lain”.
Salah satu kekeliruan paling besar dalam masyarakat ialah menyamakan anak ADHD atau autisme dengan anak ‘nakal’. Sebenarnya, perbezaannya sangat besar. Anak yang ‘nakal’ masih boleh mengawal tingkah laku apabila diberi arahan. Tetapi anak-anak dengan ADHD atau autisme berdepan cabaran dari dalam cara otak mereka berfungsi. Bukan mereka tak mahu fokus, bukan mereka sengaja buat hal — mereka cuma melihat dan memahami dunia dengan cara yang berbeza.
Bagaimana Nak Tahu Anak Ada ADHD atau Autisme?
Tanda-tanda awal boleh dikesan seawal umur satu hingga tiga tahun. Antaranya, anak tidak respon bila dipanggil, kurang eye contact, suka bermain sendiri, kerap ulang aktiviti sama, terlalu aktif atau sebaliknya sangat pasif. Kadang-kadang ibu bapa akan mula perasan bila anak tidak bertindak seperti rakan sebaya.
Jika anda rasa “anak saya lain dari yang lain”, jangan abaikan naluri itu. Dapatkan saringan awal. Diagnosis bukan pengakhiran — ia adalah permulaan untuk membantu anak berkembang dengan sokongan yang sesuai.
Realiti Ibu Bapa: Bila Anak Tak Seperti Budak Lain
Cabaran utama bagi ibu bapa ialah penerimaan. Bukan mudah melihat anak tidak membesar seperti kanak-kanak lain. Lebih sukar apabila orang luar mula menghakimi, melemparkan kata-kata seperti “kenapa tak didik betul-betul?”, “manja sangat agaknya ni.” Sedangkan dalam diam, ibu ayah sedang menahan seribu satu rasa — kecewa, takut, risau, kadang-kadang menyalahkan diri sendiri.
Tapi ketahuilah, anak-anak ini tidak perlukan kesempurnaan kita. Mereka hanya perlukan kita hadir, faham, dan percaya bahawa mereka juga berpotensi — cuma dengan cara yang berbeza.
Elakkan Anak Terus Dikenakan Label
Salah satu perkara yang paling menyakitkan hati ibu bapa ialah apabila anak mereka dilabel – degil, tak boleh duduk diam, masalah disiplin, bawa masalah. Label seperti ini boleh mencalarkan keyakinan anak dan menghalang perkembangan mereka.
Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk melindungi mereka:
•Beri ruang dan masa anak belajar mengawal emosi dan tingkah laku
•Fokus pada kekuatan anak, bukan hanya kelemahannya
•Gunakan bahasa positif dalam mendidik dan bercakap tentang anak
•Bangunkan keyakinan anak dari rumah — itu benteng pertama mereka
Dan paling penting, kita sebagai ibu bapa kena belajar dan faham tentang ADHD dan autisme. Bila kita faham, kita lebih kuat untuk pertahankan anak kita.
Apa Perlu Buat Bila Terima Diagnosis?
Tarik nafas. Pegang tangan pasangan. Peluk anak.
Langkah pertama ialah menerima dan memahami. Diagnosis bukan kegagalan kita sebagai ibu bapa. Sebaliknya, ia satu peluang untuk kita mula membantu anak dengan cara yang betul.
Cari maklumat sahih. Hubungi pusat intervensi yang dipercayai. Bina rangkaian dengan ibu bapa lain yang pernah melalui pengalaman sama. Dan paling penting, jangan takut untuk minta bantuan.
10 Keistimewaan Ameera Kids Solution Centre (AKSC)
Sebagai pengasas AKSC, saya telah bersama anak-anak istimewa selama lebih 12 tahun. Pusat kami pula telah beroperasi secara rasmi selama 6 tahun. Saya berkelulusan Diploma Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Ijazah Psikologi, dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam Sarjana Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal. AKSC dibina berasaskan ilmu, pengalaman dan kasih sayang kepada anak-anak yang unik ini.
Berikut adalah 10 keistimewaan yang menjadikan AKSC pilihan ramai ibu bapa:
1.Gabungan Ilmu Psikologi, Awal Kanak-Kanak & Terapi Cara Kerja. Semua pendekatan intervensi kami berasaskan teori yang kukuh dan pengalaman sebenar.
2.Tenaga Profesional Pelbagai Disiplin
Kami ada pasukan terlatih yang terdiri daripada:
•Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
•Terapis Tingkah Laku
•Guru Pendidikan Khas & Early Interventionist
3.Program Komunikasi & Tingkah Laku Berstruktur
Direka khas dan terbukti berkesan untuk bantu anak meningkatkan fokus, komunikasi dan kawalan emosi.
4.Intervensi Individu dan Kumpulan Kecil
Sesi direka ikut keperluan unik setiap anak, sama ada secara individu (1:1) atau berkumpulan.
5.Latihan dan Sokongan Ibu Bapa
Ibu bapa dilatih agar intervensi dapat diteruskan di rumah secara konsisten.
6.Pendekatan Holistik
Merangkumi aspek tingkah laku, emosi, motor halus/kasar, dan komunikasi — bukan fokus tunggal.
7.Gabungan Pendekatan Visual, Aktiviti Bermain & Struktur Jelas
Terapi dijalankan secara menyeronokkan, mesra anak, tapi tetap dalam struktur yang selamat dan difahami anak.
8.Pemantauan dan Laporan Berkala
Ibu bapa akan sentiasa dimaklumkan perkembangan anak melalui laporan dan sesi perbincangan.
9.Persekitaran Mesra Sensory & Selamat
Direka khusus untuk anak-anak ADHD, autisme dan anak yang sensitif terhadap rangsangan.
10.Komitmen Terhadap Anak, Bukan Sekadar Jadual
Kami lihat setiap anak sebagai individu — bukan sekadar ‘slot terapi’. Fokus kami adalah kemajuan sebenar.
Anak istimewa tidak perlukan kita jadi sempurna. Mereka hanya perlukan kita untuk faham, bersabar, dan sentiasa ada. Jangan takut dengan perjalanan ini. Walaupun berliku, ia penuh dengan keberkatan dan keindahan yang sukar digambarkan.
Dan satu perkara yang saya pegang sejak dulu, “Tak semua anak dilahirkan untuk ikut sistem, tapi setiap anak berhak untuk difahami.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Mia Ahmad terharu selepas mendapat kejutan Hari Ibu daripada suami, Mohd Izham Tarmizi, pemain bola sepak terkenal.
Menurutnya, Dia sama sekali tidak terlintas dan terfikir untuk menerima apa-apa hadiah di hari istimewa ini.
“Tak expect pun apa apa for mother’s day ni.”
Kata Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 34, kalau dahulu tak buat sambutan hari penting memang boleh merajuk tetapi sekarang dia lebih matang.
“Dulu ya, tak celebrate hari penting memang kita merajukkk apa punya perangai la.Banyak tepengaruh dengan fairy tale!”
Menerusi hantaran tersebut, Mia memuat naik video suaminya sedang membawa hadiah, bunga serta kek sambutan Hari Ibu.
Tambah pelakon drama Hati Perempuan itu, baginya kasih sayang bukan tentang kebendaan tetapi kalau niat nak gembirakan pasangan tak ada salahnya.
“Kasih sayang tu bukan terukur dari berapa banyak celebration dan gift yang kita dapat, tapi tak salah pun kalau niat nak buat pasangan happy.”
Mia sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu hebat di seluruh dunia dan dia turut mengucapkan terima kasih buat suami tercinta.
“To all the great mothers all over the world… HAPPY MOTHER’S DAY!”
“Thank you imamku. Bila tak expect tapi orang celebrate menitik air mata kita.. Emo pula”
Sebagai info, Mia mendirikan rumah tangga bersama Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata, Safy Issa, 4, dan Iris kini berusia dua tahun.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemenangan anak kembar pelakon, Eina Azman yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cilik di Anugerah Meletop Era baru baru ini mula membuka mata ramai.
Mana tidaknya, rupanya si kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia enam tahun bukan hanya pandai memasak di rumah bahkan turut petah berkata-kata.
Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh wargamaya, gaya anak perempuan Eina, iaitu Arianna Aubrey amat menarik perhatian.
Bukan hanya dipuji kerana kecantikannya bahkan kepetahan serta gaya mesra yang ditunjukkan Arianna ketika diminta memberi ucapan amat menarik perhatian. Malah ada yang mula mengandaikan anak kecil ini bakal popular seperti ibunya suatu hari nanti.
Dua anak kembar ini sebelum ini digilai ramai kerana langsung tidak kekok memasak ketika di Instagram. Malah gaya bersahaja yang ditunjukkan Kareef dan Arianna ketika memasak begitu disukai oleh pengikutnya.
Dalam pada itu, gaya comel Ariana ketika ditemubual wartawan amat menarik perhatian. Begitu lancar malah turut disertai dengan kerdipan matanya yang comel. Cute!
Thalasawatimohd : Memang cantik, sopan. Kurniaan ALLAH yang sangat dikagumi.
PersonalshopperFazz: Kenapa kedip-kedip mata tu, be natural pun dah terlalu comelll sgt.
cik_reena:she got the attitude ..she gonna be Malysian sweetheart 1 day
CHRISTINE MAYLON:cantik betul anak dia yg perempuan mcm anak patung.
Terdahulu, Datin Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey pada Februari 2016.
Bila sudah ada anak kecil, makan di restoran pastinya tak seselesa dahulu. Anak berlari-lari dan bermain di meja serta tidak mahu duduk diam adalah perkara biasa. Rimas dengan situasi ini, mama papa mulalah ambil jalan singkat untuk memberikan gajet. Tapi itukah jalan terbaik?
Sebenarnya jika anda punya pilihan lain ada baiknya anda jadikan gajet sebagai pilihan terakhir. Atau ada baiknya elakkan langsung gajet ni. Banyak kesannya pada anak kecil kita.
Perkongsian Dr Ain Zul yang menyediakan Restaurant Kit untuk anaknya Aileen ni memang cute. Kita pun boleh ikut cara doktor muda ni. Bolehlah anak main masak-masak dan buat bisnes sebelah meja.
Kalau kami keluar makan kat kedai, kami wajib ada ‘restaurant kit’ untuk aileen. Gadget benda yang kira haram time makan untuk kami berdua.
Okey, actually kit ni simple aje, yang penting
– Senang bawak ke mana-mana
– Guna barang tak besar
– Muat masuk beg anak atau handbag mak
Dalam kit tu, parents boleh letak mainan ikut umur anak, macam aileen umur 2-3 tahun, mummy letak: 1. Small blocks/legos 2. Shape sorters 3. Flash cards 4. Crayons/pensel warna 5. Colouring books 6. Stickers
Kenapa mummy buat kit ni, sebab kadang-kadang kat kedai tu, tunggu makanan ada cepat sampai, ada setengah jam pun belum tentu sampai kan.
So boleh la bagi anak kecik yang tengah buas time umur-umur camni, takkan nak expect deme duk diam kat baby chair. Confirmlah tak boleh. Dah budak memang keje dorang nak explore kan.
Tapi kebiasaannya parents bagi henset, gadget untuk tarik perhatian anak, tak nak anak menangis, nak suruh anak duduk diam.
Its all up to you parents. Tapi kena tahu tau, gadget memang dah ada fakta and terbukti membuatkan peratus meningkatkan speech delay, lack social skill, eyes problem dan sebagainya.
InsyaAllah, belum terlambat nak attract attention anak kita pada benda-benda lain selain gadget ni.
Kena ingat anak kecil kita tak pernah bosan pun main benda sesimple mana ?
Benda tu jadik lagi besttt kalau mak ayah main sekali ?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!