Inginkan anak yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja kurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Zaman sekarang kalau tak ada gajet tak tengok tv boleh jadi katak bawah tempurung. Tapi terlalu sangat didedahkan dengan alat-alat elektronik pun tak bagus juga untuk kesihatan mereka. Ketahui tip untuk anda kurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan juga gajet, siapa tahu dapat membantu:
1. Libatkan anak anda dalam aktiviti seperti membuat kerja rumah, sediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau tolong ibu bacakan resipi untuk hidangan makan malam nanti.
2. Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk serlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
Ads
3. Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti buat mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
4. Anda juga perlu kurangkan penggunaan gajet. luangkan masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap facebook, instagram, twitter dan blog sahaja. anak-anak juga perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
Ads
5. Tanya anak apa yang mereka ingin buat selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu mengujakan mereka.
6. Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanak membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
Ads
7. Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak boleh dididik untuk berdikari dari awal sekiranya mendapat latihan awal daripada ibu bapa. Perkongsian ibu ini menerusi Pa&Ma TV boleh memberikan anda panduan.
Puan Nordianah Bachok telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 6 yang membawa tajuk “Mendidik Anak Berdikari” di mana beliau berkongsi bagaimana mendidik anak lelakinya, Nur Muhammad untuk berdikari melakukan tugas-tugas di rumah.
“Mula-mula nak alih perhatiannya dari sibuk nak buka handphone ummi. Harap-harap aktiviti pagi ini jadi sesi rutin yang membentuk nilai dirinya. Itu niat ummi. Waktu bujang, banyak teori dan tip orang pesan nak cari calon suami yang baik.Nampak gaya ummi la yang perlu bermula sekarang. Ada anak lelaki dua orang,” kata Nordianah.
Dia turut menyatakan tentang bagaimana nak lahirkan anak lelaki yang nabi sebut lelaki yang paling bagus macam dalam hadith di bawah ni.
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isterinya”.
Hadits Riwayat At Tirmidzi no 1162 dan Ibnu Majah no 1987.
5 TIPS LATIH ANAK LELAKI BERDIKARI
Apa yang dilakukan Puan Nordianah adalah melazimi anak-anak lelaki dengan membantu kerja-kerja di rumah seperti :
1. Bantu sidai pakaian di jemuran.
Belajar sabar dan tahu proses baju kotor perlu dibasuh kemudian di jemur. Sudah kering perlu dilipat pula. Banyak prosesnya, perlu kekuatan mental dan fizikal.
Waktu ini boleh tanam benih tolong menolong untuk selesaikan isu pakaian yang banyak. Ibu dan ayah tolong menolong, anak ikut sama selesaikan lipat atau urus baju yang menimbun macam bukit.
Lipat boleh, gantung juga boleh. Yeay! Selesai.
2. Bantu memasak di dapur
Anak-anak akan belajar banyak ilmu asas fardhu ain – kebersihan dan kesucian. Boleh sebut teori mencuci kotoran atau najis dengan air mutlak.
Tunjuk air paip itu air mutlak, guna untuk cuci ikan, sayur, buah,
kain buruk, pinggan mangkuk dan seumpamanya.
Suasana di dapur cukup sempurna jika nak perkenalkan macam-macam peraturan asas hidup seorang muslim. Boleh juga ajar anak-anak berdoa dan berselawat semasa memasak.
Kadangkala Ummi terlupa, tapi selalu ternampak abinya berkumat-kamit selawat masa cuci nasi atau ikan. Jadi terdidik juga umminya.
Patutlah sedap je lauk yang dimasak walau hanya sup sayur pecah telur. Ada ‘perasa istimewa’ yang dijampi dalam masakan.
Agaknya ini juga moment yang menimbulkan mawaddah dan rahmah dalam keluarga tu kan.
Tidak dinafikan dalam proses mendidik di dapur ni, macam-macam aktiviti dan kerja tambahan ummi kena buat contohnya lap air atau sisa ‘hasil tangan’ anakanda di atas lantai, pilihan yang ada hanyalah pejamkan mata dan senyum ikhlas. Mula-mula dulu memang ada rasa ‘messy’ dan rimas.
Kemudian tarik nafas, ingat semula misi mendidik anak lelaki yang bakal jadi suami soleh, mencairkan hati isteri macam Nabi Muhammad tu. Terus je senyum muka. Hahahaha
3. Menanam doktrin mesti makan ‘real food’ dan diet seimbang
Mesti makan sayur, buah dan ‘real food’, minum air kosong banyak. Waktu ibu memotong sayur, ajak anak-anak bantu sekali. Kenalkan jenis sayur, warna dan khasiat.
Beri mereka peranan contohnya masukkan sayur dalam bancuhan cekodok. Mereka seronok ikuti aktiviti memasak dan nampak sayur-sayuran itu bukanlah ‘makhluk asing’ yang menakutkan dan perlu dijauhi.
Setakat ini taktik ni agak berjaya untuk jadikan anak saya, Muhammad dan Ramadhan ‘mesra sayur’.
Konsisten mesti kenalkan dengan makanan asasi bukan ‘processed food’. Mesti bermula dari dapur. Tidak dinafikan saya kena 200% rajin siapkan bahan pembelajaran bab ini di rumah.
4. Ajak mereka basuh motor atau kereta bersama
Aktiviti ini merapatkan hubungan antara anak dan ayah. Menguatkan otot jari dan tangan sebab kena cuci dan bersihkan bahagian paling halus dan paling luas.
Ayah boleh terangkan mengenai fungsi air mutlak mencuci kotoran dan najis macam di dapur tadi.
Ia juga mengajar anak menghargai dan menyayangi harta benda seperti kenderaan ini. Si ayah ambil kesempatan waktu ni terangkan fungsi kereta, bahagian kereta, kegunaan kereta untuk ke tempat yang baik-baik.
Waktu ini mungkin ada adegan yang tak ingin dilihat seperti anak main air berlebihan (waktu ini boleh ajar berjimat dan ingatkan orang susah tiada air).
Suami saya selalu out station ke Bangladesh misi bantuan perlarian Rohingya jadi kami selalu tunjukkan video mereka tinggal dalam khemah, tiada makanan minuman,
tiada bilik air dan lain-lain.
Muhammad nampak terkesan dan ingat mesej ini. Ia menjentik naluri halus empati dalam diri anak-anak.
5. Mengajak anak bersihkan ruang-ruang yang ada dalam rumah
Antara aktiviti yang Muhammad suka buat adalah menyapu sampah dan simpan barang mainannya dalam kotak. Saya teringat pesanan ibu saudara saya walau anak kecil kita yang perlu didik anak-anak supaya tahu mengemas selepas bermain.
Memang fitrah begitu tetapi terapkan juga fitrah bersih dan kemas tu. Memang rutin harian ibu yang ada anak kecil dan sedang membesar. Ikhlaskan sahaja.
Pandang mainan yang bersepah itu seperti permandangan indah di dasar lautan. Nanti kemas semula. Waktu anak kecil begini saya diajar untuk ajak anak kemas bersama, bukan arah dan suruh. Jadi aktiviti mengemas lebih menyeronokkan buat kita dan anak-anak. Tiadalah kejadian singa atau harimau jadian mengaum setiap hari.
Santai dan enjoy the moment.
Ini refleksi yang saya perolehi saat ini, ibu yang beranak dua. Masih kecil 4 tahun dan setahun 6 bulan. Cuba amalkan mana yang mampu dan memaknai moment dengan mereka.
Paling utama mesti dimulakan dengan mengurus fikiran, set niat, rangka aktiviti dan laluinya dengan gembira.
Walau ada masa tidak lancar, namun sebenarnya banyak sungguh perkara yang kita belajar.
Oh ya, harapnya ‘training’ ummi kepada Muhammad dan Ramadhan dari kecil ni dapat persiapkan diri mereka jadi calon suami yang ringan tulang paling kurang pandai lipat baju, memasak dan mengemas rumah. Beruntunglah menantu ummi nanti.
HARAP DAPAT LAHIRKAN ANAK LELAKI YANG BAIK
“Sebagai ibu, itu sahaja yang boleh saya sumbang untuk lahirkan lelaki yang lebih baik melalui anak-anak sendiri. Saya harap kisah anakanda Muhammad ni dapat beri inspirasi kepada penonton nanti. Ini antara sebab utama mengapa saya terima untuk buat rakaman ini. Moga Allah redha dan pelihara saya dari niat yang salah. Aamiin. Nampaknya 2019 memang Allah nak set saya jadi seorang yang berbeza. Dan itu memang ada dalam doa saya penghujung 2018,” kata Nordianah.
Anak kecil kita yang berusia dua tahun sebenarnya sudah pun pandai bercakap dalam ayat atau ayat gabungan walaupun pelat.
Namun bila anak pada usia ini masih bercakap sepatah-sepatah sahaja, ada baiknya mak ayah berikan perhatian.
Ada kemungkinannya cara kita sendiri merangsang anak itu yang kurang tepat. Ini yang boleh anda perhatian melalui perkongsian Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Ruby Atika.
Anak umur 2 tahun ke atas sudah boleh bercakap ayat pendek, gabung perkataan. Walaupun pelat atau hujung-hujung saja bunyinya, tapi dia bercakap dalam ayat.
Kenapa anak yang speech delay ni, masih cakap sepatah-sepatah saja, walaupun dah lebih 2 tahun?
1) Jumlah perkataan dia belum mencecah 50.
2) Kalau dah lebih 50 pun, semuanya kata nama. Sikit sangat kata kerja.
3) Dia hanya ingat 1 perkara pada 1 masa. Bila suruh ambil 2 barang, selalunya dia akan tersilap atau kita kena ulang arahan, baru dia ambil betul.
4) Bila bermain, dia hanya main 1 objek. Dia belum tahu nak gabung beberapa objek untuk tema permainan tu. Cara bermain tu, hanya 1 idea saja.
5) Buku gambar yang ibubapa belikan semuanya gambar objek, haiwan, kenderaan, buah-buahan, bentuk, warna, abc 123.
6) Setiap kali anak sebut, dia cakap pelat dan ibubapa sibuk sangat nak betulkan pelat tu. Padahal dia baru saja fasa cakap sepatah-sepatah.
7) Terlalu banyak ayat tanya. Ni apa? Tu gambar apa? Baju warna apa? Ni apa ni? Maka anak pun jawab sepatah saja setiap kali ditanya soalan.
8 ) Ibubapa tak tahu nak cakap apa. Pelik, tetapi wujud dan benar.
9) Pengaruh tv menyebabkan dia cuba nak cakap panjang macam dlm kartun tv tu, tapi yang keluar semuanya bahasa jargon. Hanya sepatah saja yang difahami. Yg lain semua @&£-@@+-#£
Biasanya saya tulis sampai 10. Kali ni tulis sampai 9 jelah. Buat ibubapa yang masih atas pagar, dia rasa anaknya ok saja, fikirkan semula.
Umur anak akan terus meningkat. Sedar-sedar saja dah 5 tahun. Siapa yang masih tunggu tarikh appointment tu, jom belajar dulu dalam fb Ibubapa Prihatin. Tak rugi pun belajar.
Memang seriau bila tiba-tiba anak jatuh terluka dan seterusnya berdarah. Boleh mengundang ‘panic attack’ lah. Tapi benda kalau nak jadi anak yang kita pantau depan mata pun boleh jatuh dan terluka. Paling penting mama papa jangan panik dan cuba gunakan ilmu yang ada untuk membantu melegakan dan menenangkan si kecil yang pastinya ketakutan dan kesakitan.
Kalau perlu cepat-cepat bawa ke hospital, bukan apa budak-budak ni mereka lebih ‘fragile’ jadi sebaiknya lakukan pemeriksaan menyeluruh jika dirasakan perlu bila terdapat kecederaan pada anak-anak. Kecederaan yang dialami mungkin tidak terlalu ketara pada bahagian luar, risau ada kecederaan dalam yang serius berlaku, jadi langkah pencegahan perlu diambil segera bagi mengelakkan perkara yang tidak kita jangka.
Menerusi satu perkongsian oleh Nadzmi Suhaimi seorang bapa kepada dua orang anak yang comel. Ketika salah seorang anak lelakinya terjatuh dari kereta miliknya, darah yang mengalir memang banyak dan akhirnya dia membawa anaknya it uke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Beberapa hari lepas, semasa selesai saya dan wife beli barang-barang pantri ofis bumsnbums, anak saya yusuf jatuh dari triton, kepala dulu pergi, terhantuk dekat tar.
“Waktu tu wife saya sedang bayar parking, yusuf dalam dalam kereta, saya buka pintu dari luar, sekali menjerit budak tu jatuh.
“Saya angkat dia, saya nampak darah mengalir dari kepala. Cepat-cepat saya tekan dengan tangan tempat luka tu untuk kawal darah keluar. Yusuf menangis kuat.
“Dalam 9 saat macam tu, saya nampak wife saya berjalan ke arah kereta. Saya pun lambai sambil jerit “awak cepat awak”. Wife saya pun berlari anak kearah kereta.
“Yusuf jatuh awak, darah banyak”
Saya angkat tangan yang tutup kepala yusuf tu, darah penuh dekat tapak tangan.
“Ada kain tak?” Saya tanya wife saya.
“Ada tadi baru beli kain untuk lap, dalam plastik” wife saya jawab.
“Saya ambil kain tu, saya pun bagi wife saya, tekap kepala, untuk kawal pendarahan.
“Masuk kereta, terus ke hospital putrajaya. Dalam kereta wife saya bagi yusuf minum air. Dalam 20 minit, kami sampai di hospital putrajaya, wife saya turun dan daftar di kecemasan, saya pun pergi cari parking.
“Dapat parking (triton ni panjang, susah sikit nak park tempat sesak), saya ke bahagian kecemasan. Tengok no giliran ada 16 orang lagi.
“Yusuf time tu dah tak menangis. Darah pun dah berhenti. Anggaran separuh kain yang basah.
“Saya cakap kat yusuf, “tengok jari papa” (saya letak jari telunjuk macam 1 depan muka dia dan gerakkan perlahan-lahan, nak tengok mata dia ikut tak jari saya).
“Mata dia ikut, so ok. Pupillary reflex pun ada bila kena cahaya.
“Saya test lagi, saya minta dia pegang jari saya, dia pegang. Kemudian saya gerakkan jari saya dan minta dia pegang lagi. Alhamdulillah, ok, maknanya koordinasi ada lagi.
“Saya minta dia genggam kuat sikit, dia genggam. So ok. Lepas tu wife saya lap kesan darah kat muka dan kepala yusuf dengan kain yang saya basahkan di bilik air depan tempat menunggu.
“Lepas 10 minit, yusuf kembali aktif, panjat kerusi dan berlari di tempat menunggu.
Saya dah yakin budak ni takde apa-apa. Lagi 13 orang nak sampai giliran. Saya dah nak ajak balik dah.
Wife saya cakap, “tunggu dlu, kalau retak kepala cane?”
“Tapi usaha saya ajak balik tak berhasil. lepas 1jam 45min tunggu sampai giliran kami.
“Doktor pun tanya soalan-soalan ni:
– lepas jatuh ada nampak macam sawan tak?
– ada bagi makan tak? Ada muntah lepas tu?
“Selesai doktor buat checkup, yusuf hanya di cuci luka (dressing) dan boleh balik. Sama macam pendapat saya.
“Budak yusuf tu masih tak berubah, kekal buas dalam kereta pun tak diam.
Tip Daripada Nadzmi Suhaimi jika anak anda jatuh dan berdarah dikepala, jangan takut dan tergamam, buat ini: