Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham. Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji. Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak, setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka sahaja. Kita harus memikirkan keseluruhan penyelesaian untuk masalah itu demi anak-anak juga.
Sekiranya pergaduhan sering berlaku di hadapan anak, ia bukanlah pemandangan sihat untuk mereka. Emosi mereka akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka. Dalam pada kita memperjuangkan apa yang betul (bagi kita), anak-anak yang menanggung akibatnya.
APAKAH KESAN TERHADAP ANAK-ANAK JIKA IBU AYAH MEREKA SELALU BERGADUH?
1. Keyakinan Diri Terganggu
Anak-anak yang sering diabaikan kerana kemelut yang emlanda kedua ibu bapanya akan sering merasakan merelah punca kejadian itu. Kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan mereka selalu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu untuk menyelesaikan perkara itu.
Kerana tekanan itu mereka menjadi kurang yakin dengan diri sendiri dan mengalami kekeliruan. Apabila kerap berlaku, ia boleh menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.
2. Emosi Tercalar
Tekanan melihat pergaduhan ibu bapa di depan anak menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain. Segala kata cacian dan perlakuan ketika sedang bergaduh akan menyebabkan anak-anak mengalami trauma dan tantrum kerana ia ibarat mimpi ngeri buat mereka.
Kemurungan ini akan menjadikan mereka menjadi anti sosial dan kerap menjauhkan diri dai persekitaran yang sihat dan tidak mahu disayangi sesiapa kerana rasa khuatir diabaikan.
3. Tidak Menikmati Kehidupan Yang Bahagia
Memandangkan ibu ayah yang selalu bergaduh, anak-anak terbentuk menjadi dewasa sebelum usia mereka. Apatah lagi jika selalu ditinggalkan, mereka dilatih dari awal untuk menjaga dan menguruskan diri sendiri.
Ads
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
4. Tidak Menunjukkan Emosi
Apabila terlalu kerap mendengar pergaduhan ibu ayah menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memendam perasaan dan tidak mahu memihak kepada sesiapa. Ini adalah kesan daripada kejadian terpaksa mendengar dan berada dalam situasi di mana ibu dan ayah bergaduh teruk. Setiap apa yang mereka rasakan akan dipendam dan menjadikan mereka orang yang mempunyai krisis dengan emosi dan identiti sendiri apabila meningkat dewasa.
5. Tingkah Laku Bermasalah
Ketika membesar, anak-anak memandang ibu ayah mereka sebagai idola. Setiap perlakuan ibu ayah akan menjadi ikutan. Jika sering berdepan dengan keadaan yang tidak baik ketika mereka membesar, itulah yang akan mereka ikuti. Mereka cenderung untuk bertindak kasar. mereka juga sukar menilai kasih sayang sebenar kerana tidak pandai menilainya.
6. Cenderung Untuk Mengalami Gangguan Pelajaran
Apabila selalu melihat pergaduhan yang berlaku, anak-anak akan mengalami gangguan emosi sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Bukan sahaja mengalami masalah disiplin, anak-anak ini juga akan mengalami kesukaran memahami pelajaran dan hilang semangat untuk belajar kerana tekanan yang dihadapi.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
7. Kesihatan Terjejas
Bukan sahaja emosi, tetapi kesihatan anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan. Biasanya anak-anak ini akan mengalami sakit kepala, sakit perut, serangan lelah atau penyakit yang berulang.
Ads
8. Gangguan Tabiat Makan
Beberapa kajian mendapati anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan antara ibu ayah mereka akan berkait dengan masalah pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Ketika marah, macam-macam boleh terjadi. Kita cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak baik atau mengeluarkan kata-kata kesat yang memberi impak bukan kepada pasangan tetapi anak-anak juga. Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab, carilah penyelesaian yang terbaik dalam keadaan emosi yang stabil. Capailah kata sepakat dengan cara yang baik supaya tidak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anak-anak yang disayangi.
Apabila berkahwin, anak menjadi keutamaan dalam segala hal. Segala perkembangan anak menjadi satu kebimbangan bagi ibu bapa. Tidak terkecuali pasangan pelakon sama cantik dan sama padan ini, Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal.
Pasti ramai yang mengikuti perkembangan keluarga kecil ini diinstagram. Lebih-lebih lagi kisah si kecil kesayangan mereka, Ahmad Fakhtaruddin Attar yang lambat bercakap. Attar yang kini berusia enam tahun mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap.
Wawa juga acapkali memuat naik kisah dan perkembangan Attar yang sudah pun memasuki pra sekolah. Terbaru menerusi instagramnya, Wawa turut berkongsi kisah Attar yang bakal melangkah ke alam persekolahan tahun depan. Video yang dikongsikan Wawa ini mendapat respon yang positif, Attar sudah semakin petah berkata-kata.
Malah menerusi perkongsian itu, Wawa melahirkan rasa lega pada kebimbangannya selama ini. Bimbang Attar tidak dapat memasuki ke sekolah pilihan mereka dek kerana ujian yang terpaksa dihadapi Attar. Bagaimanapun Attar menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan malah membuatkan kedua pasangan ini berasa lega.
Ramai yang tanya perkembangan Attar macam mana. Alhamdulillah ada perubahan. Tahun depan dah masuk darjah 1. Risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1. Then rupanya sekolah tu kena exam dulu. So antara lepas ke tak la masuk sekolah tu.
I dan aeril telan ayaq liur jugak la sebab dan dan teacher bagi exam paper pada Attar. Jenguk soalan dia boleh tahan susah la untuk budak 6 tahun.
Attar dan Hayla
Dalam hati susah nya soalan ni untuk Attar. Mesti gagal. Tak sampai 30 minit Attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu Attar lulus and dapat markah 35 out of 40. Kira high score jugak, alhamdulillah. Leganya.
Walaupun Attar tak lancar sangat becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar. Tapi tu la Attar ni sejenis yang kejap-kejap je belajar lepas tu bosan. Tapi tak apelah kita slow-slow kayuh ye Attar. Mama tahu Attar budak yang bijak❤️❤️
Peminat turut mendoakan kesejahteraan Attar. Malah memberikan kata-kata semangat untuk melangkah ke alam persekolahan kelak.
“Alhamdulillah, it’s okay. Just encourage him to communicate and socialize with other people. And do some activities or play that can enhanced their speech skills.”
“In shaa Allah w4w4_zainal..kena rajin damping attar ya.., Attar mmg seorg anak yg bijak”
“Alhamdulillah..saya doakan attar tu berjaya.”
Selain Attar, si comel Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, juga sering mencuri tumpuan peminat pasangan ini.
Kredit: @w4w4_zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mak ayah kena belajar cara betul marah, disiplin dan hukum anak. Sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi, mendisiplin dan menghukum anak-anak dengan kelembutan kasih sayang.
Mak Ayah Kena Belajar Cara Betul Marah, Disiplin & Hukum Anak
Ini adalah skil yang sangat perlu ibu bapa hari ini kuasai. Kerana skil ini tidak begitu dipamerkan oleh ramai ibu bapa zaman dahulu. Ini bukan disengajakan tetapi kebanyakan mereka kurang memahami kesan kekerasan cara.
Tanpa kita sedar dan tanpa mereka mahukan, ianya meninggal kesan kepada hati. Inilah diantara sebab mengapa ramai orang kurang bertimbang rasa hari ini. Ini amat ternyata di laman sosial ini. Contohnya, bila sesuatu perkara yang diviralkan, banyak keji, maki dan kata-kata tidak senonoh di lemparkan. Ini menunjukkan situasi hati dan perasaan mereka yang membuat komen itu.
“Penulisan Ibu ini BUKAN mahu menyalahkan ibu bapa dahulu yang sangat kita kasihi dan hormati. Ia adalah untuk kita boleh mempelajari dari kesilapan mereka dan membetulkannya di dalam keibubapaan kita supaya mereka juga mendapat hasanahnya.
Ibu bapa kita sentiasa mahu kita menjadi lebih hebat daripada mereka. Termasuklah di dalam perihal mendidik anak-anak.”
SESUATU YANG PERLU INGAT KITA HANYA DAPAT MEMBERI APA YANG KITA ADA. BILA ADA KASIH SAYANG DAN TIMBANG RASA, MAKA ITULAH YANG TERPAMER DI DALAM KELAKUAN KITA. BILA HATI PENUH DENGAN SAKIT, MARAH DAN GERAM, MAKA IANYA AKAN TERPERCIK KUAT ATAU SIKIT DI DALAM PERLAKUAN KITA. APATAH LAGI DI LAMAN SOSIAL, TIDAK ADA SIAPA PUN YANG TAHU DAN KENAL, MAKA MUDAHLAH KATA-KATA KURANG SENONOH ITU DIIZINKAN KELUAR TANPA KAWALAN.
Bila Ibu membaca komen-komen begitu, hati Ibu penuh kasihan terhadap mereka. Terdetik di hati, apakah yang menyebabkan hati mereka itu penuh dengan perkara tidak elok begitu. Apakah yang telah mereka lalui semasa kecil dan besar terutama semasa mereka membesar. Kerana ia memberi kesan jangka panjang yang membentuk akhlak.
Jika kita membiarkan perkara begini berterusan, kita akan suatu masa mempunyai dunia yang penuh dengan keganasan perbuatan dan percakapan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pemilihan nama anak-anak legenda pop negara, Datuk Jamal Abdillah sememangnya diketahui sedap-sedap belaka malah diambil dari beberapa nama watak dalam filem lakonannya seperti Azura dan sebagainya.
Namun begitu, buat anak perempuan dan anak keenamnya yang bakal lahir Mac ini, raja pop itu membuka peluang untuk peminat menamakan anaknya yang bakal lahir.
Cahaya mata keempatnya bersama isteri tersayang, Datin Zai Izzati Khiruddin itu dijangka lahir pada 23 Mac ini.
“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.
“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” kongsi Datuk Jamal.
Tak sabar tunggu anak lahir
Bahkan akui bapa penyayang ini lagi, dia mengakui seakan tidak sabar untuk menantikan kelahiran zuriat tersebut yang menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri.
Biar pun sudah punya tiga cahaya mata bersama sebelum ini, namun keterujaan untuk menyambut orang baru tetap terasa.
“Alhamdulillah, isteri saya Zai dan bayi dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah. Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.
Tidak merancang untuk menambah jumlah anak selepas kelahiran bayi perempuan Mac nanti, ujar Datuk Jamal, dia dan isteri kini lebih fokus dalam membesarkan ketiga-tiga anak dan memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Datuk Jamal turut memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 menerusi perkahwinan terdahulunya.
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.