Ramai dikalangan ibu bapa yang selalu risau apabila anaknya mempunyai selesema. Lagi-lagi anak kecil yang bawah usia dua tahun.
Ibaratnya serba tak kena. Nak tidur tak boleh, menyusu pun tak selesa. Sampai ibu bapa pun boleh stres.
Tip-tip ini mungkin dapat membantu anda diluar sana:
1) Tak perlu pakai ubat selesema kerana ianya akan menyebabkan bayi mengantuk. Bila anak mengantuk dan tidur, ibu bapa tidak dapat detect anaknya dalam keadaan normal ataupun dalam keadaan yang berbahaya.
Kalau anak susah bernafas atau bernafas laju bawak je ke hospital jumpa doktor. Kita takut kalau bagi ubat selesema, akan menyebabkan anak kita nampak macam normal walhal tidak.
Ads
Bahkan, pemberian ubat selsema boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas.
2) Perlu diingatkan bahawa penyebab selsema pada kanak-kanak majoritinya adalah disebabkan jangkitan virus. Oleh itu, ianya akan baik dengan sendirinya tanpa perlu apa-apa ubat.
3) Kalau anak aktif bermain macam biasa, menyusu ataupun makan macam biasa dan tidur tidak pun terganggu, maka tak perlu untuk kita risaukan. Biarkan sahaja mereka bermain.
4) Jika mereka tidak selesa ketika menyusu dan tidur disebabkan hidung yang tersumbat, anda boleh menggunakan cecair normal saline untuk dititikkan ke dalam hidung kanak-kanak tersebut.
Ads
Ini akan mencairkan hingus itu dan membuatkan saluran pernafasan menjadi normal semula. Apabila saluran pernafasan menjadi normal, kanak-kanak itu akan selesa untuk tidur dan menyusu.
Pemberian normal saline boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat.
5) Anda juga boleh menggunakan alat untuk menyedut hingus daripada bayi.
Ads
6) Kalau anak anda, selesema sahaja anda tidak perlu risau ataupun tidak perlu bawak berjumpa dengan doktor. Boleh praktikkan cara di atas dahulu.
7) Tetapi jika ada demam untuk bayi yang kurang daripada 4 bulan, perlu untuk bawa berjumpa dengan doktor supaya kita dapat periksa sama ada penyebab demam itu adalah benda yang serius ataupun tidak.
Jika lebih drpd 4 bulan dan bayi demam tetapi masih aktif dan makan seperti biasa, boleh cuba bagi ubat demam dahulu untuk 2-3 hari. jika demam melebihi 4 hari, perlu berjumpa dengan doktor.
Muka yang comel, badan bersemangat pasti ramai yang geram dengan Muhammad Zayne Tyler atau lebih mesra dipanggil Zayne. Permata hati Mat Dan dan isterinya ini sentiasa menjadi perhatian peminat ayahnya tiap kali di bawa keluar.
Bukan setakat kulit yang cerah dan gebu tetapi tengok badannya pun ramai yang tertanya-tanya apa yang Zayne makan.
Berkongsi pengalaman itu, Mat Dan berkata makanan kegemaran Zayne hingga sekarang adalah suka makan roti.
Waktu pertama kali Zayne mula belajar makan, benda pertama yang saya berikan padanya adalah lobak merah yang dijadikan puri. Alhamdulillah Zayne suka. Kemudian saya cuba pula kisar betik dan pisang dan ternyata betik jadi pilihan Zayne. Dia cukup suka makan betik.
“Kini bila dah sebulan setengah makan makanan pejal, Zayne juga turut diberikan kosong. Mulanya dia kurang selera tapi bila saya berikan dia bersama sup ayam dan kadangkala saya kisar dengan ikan, saya nampak dia mula suka.
“Bukan bubur sahaja, saya selang selikan buah-buahan sebagai snek untuk Zayne. Zayne juga suka makan roti, sama seperti ayahnya,” kongsinya.
Mat Dan jelaskan, minat Zayne dengan roti ini mungkin juga ikut seleranya. Saya memang jenis yang suka makan roti.
“Kalau dia menangis pun, jika umpan dengan roti Zayne boleh diam,” ceritanya lagi yang berharap Zayne dapat minum susu ibu sepenuhnya.
Setakat ini pun, antibodi Zayne juga kuat. Setakat ini baru sekali je dia selesema tu pun kerana perubahan cuaca ketika pulang dari melawat atok dan neneknya di luar negara.
Nak tahu lanjut apa kisah menarik lagi mengenai hero Mat Dan ini boleh dapatkan majalah isu Februari sekarang di pasaran dengan tema kali ini Edisi Selera Si Manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menunjuk, bukan sekadar kelakuan bayi sahaja, tapi ianya merupakan perkara yang besar dalam perkembangan mereka. Menunjuk merupakan kemahiran awal bahasa dan komunikasi untuk kanak-kanak.
Bila bayi mula menunjuk?
Bayi mula menunjuk di antara usia 7-15 bulan. Pada permulaan bayi menunjuk menggunakan keseluruhan tangan, tangan dalam 3 bulan selepas itu, mereka akan mula menunjuk menggunakan jari penunjuk pula.
Kenapa tunjuk?
Ada 2 sebab kenapa bayi menunjuk:
Untuk meminta sesuatu – Sebagai contoh, mereka inginkan sesuatu yang sukar mereka dapatkan, seperti biskut di atas rak yang tinggi
Untuk menarik perhatian – Sebagai contoh mereka menunjuk kepada objek yang mereka minat sepeti “kucing” atau orang yang lalu dihadapan mereka contohnya “bapa”
Kenapa penting?
Kelakuan menunjuk adalah tanda bayi telah memperolehi sebahagian kemahiran sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan bayi boleh mendapatkan perhatian dari orang lain, menghantar mesej dan mempengaruhi aksi atau kelakuan orang lain kepada apa yang mereka tunjuk (dengan seluruh tangan atau jari).
Selain itu, menunjuk juga penting kerana ia membolehkan ibubapa atau orang dewasa bercakap mengenai perkara yang ditunjuk oleh bayi. Apabila bayi menunjuk, ia akan menggalakkan orang dewasa untuk melabel objek/orang yang diminati oleh bayi, dan ini akan membantu mereka untuk mempelajari perkataan.
Kemahiran meunjuk sangat berkait dengan perkembangan bahasa bayi dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bayi yang cepat menunjuk akan mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik untuk masa akan datang.
Bagaimana menggalakkan bayi menunjuk?
Satu cara yang paling baik dilakukan adalah dengan menunjukkan cara menunjuk dan sebab menunjuk pada bayi. Bayi akan mula memahami fungsi menunjuk apabila ibubapa menggunakan kemahiran tersebut dalam aktiviti harian mereka. Pada permulaan, anda boleh menunjuk kepada objek yang dekat dahulu seperti mainan, orang atau objek yang berhampiran atau tidak dapat dicapai. Kemudian, ibubapa boleh cuba menunjuk kepada objek yang lebih jauh pula seperti sesuatu yang menarik di luar rumah atau seberang jalan.
Menunjuk adalah kelakuan awal bayi yang mengujakan ibubapa. Ia sebenarnya menunjukkan yang bayi berfikir dan memberikan cara baru untuk berkomunikasi sebelum mereka boleh menyebut perkataan. Ia merupakan kemahiran yang sangat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak dan ia juga boleh dijadikan sebagai tanda yang bayi/kanak-kanak berada dalam peringkat yang betul dalam perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Dapatkan nasihat dari professional sekiranya anak anda masih lagi belum menunjuk.
Anda perlu faham apabila anak membuat sepah ketika bermain, dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.
Selain itu, tangannya akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.
Suka menyelongkar
Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitarannya. Pada peringkat umur ini, dia mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana dia memahami bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di hadapan mata.
Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, dia sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecilnya. Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian baginya.
Disiplin, adakah terlalu awal
It’s never too soon to discipline. Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini untuk menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.
Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermainnya, malah ia bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, anda juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaannya sambil merangsang kemahiran hidup.
5 cara latih anak tidak membuat sepah
Dalam masa yang sama, dalam memberi ruang untuk anak-anak membuat sepah, jangan sampai rumah menjadi tongkang pecah pula. Jadikan tabiat mengemas selepas membuat sepah sebagai satu rutin yang menyeronokkan. Apa yang anda boleh lakukan ialah:
Ajak anak memasukkan barang permainannya ke dalam kotak sambil menyanyikan lagu Clean Up. Apabila ritma lagu semakin laju, galakkan dia mengemas dengan lebih pantas.
Main permainan I Spy dengan menggalakkan anak mencari objek mengikut kategori yang dinyatakan. Contohnya, kereta mainan atau objek berwarna biru.
Anak kecil memang cenderung untuk meniru perlakuan orang dewasa. Jadi, anda sendiri perlu sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan kemas. Begitu juga dengan abang atau kakaknya.
Sebelum memulakan aktiviti, jelaskan kepada anak bahawa dia dibenarkan membuat sepah semasa bermain tetapi perlu mengemas kembali setelah tamat aktiviti.
Beri ganjaran sekiranya dia tidak membuat sepah dan denda apabila enggan untuk mengemas kembali. Denda bukanlah bermaksud seksaan fizikal. Mungkin sekadar melarang dia bermain untuk sehari atau tidak mendapat ciuman sebelum tidur.
Kawal diri daripada marah
Walaupun situasi sebegini biasanya akan memeningkan kepala, ia merupakan suatu memori manis untuk dikongsi bersama keluarga. Hal ini kerana anak ini tidak akan selamanya kecil, merengek dan membuat sepah.
Selain itu, berdasarkan fakta, si kecil yang membuat sepah lebih cenderung untuk menjadi orang yang kreatif kerana dia diberi ruang yang secukupnya untuk mengekspresikan idea. Kebanyakan idea ciptaan di dunia, tercetus hasil daripada penemuan tidak sengaja. Antaranya ialah doh mainan yang asalnya bertujuan sebagai pencuci kertas dinding.
Nah, mana tahu suatu hari nanti anak anda mampu mencipta suatu inovasi semasa sedang bermain. Bak kata ahli saintis Inggeris, Carl Edward Sagan, “Somewhere, something incredible is waiting to be known”.
Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal diri daripada menjadi ‘singa lapar’ dengan melakukan perkara berikut:
Jika anda tidak boleh menerima situasi rumah yang bersepah, bawa anak ke luar rumah dan beri dia peluang untuk berekplorasi di luar. Contohnya, melakukan aktiviti seni dan kraf atau membuat eksperimen sains di halaman rumah.
Tetapkan peraturan yang jelas dan mudah untuk dijadikan rutin harian si kecil. Antaranya, anak perlu menggunakan dulang bagi setiap aktiviti seni dan kraf atau membina lego di atas tikar mainan.
Jangan beri denda fizikal. Denda fizikal yang berterusan akan menyebabkan anak hilang rasa tanggung jawab untuk mengemaskan barang-barang kepunyaannya. Malah, ia akan membuatkan dia berasa jengkel dan susah untuk mengemas.
Dedikasikan satu bilik atau satu tempat khas untuk anak bermain bagi mengelakkan dia menyepahkan mainan di tempat lain. Anda juga boleh memberi mainan secara berperingkat supaya dia tidak mempunyai terlalu banyak pilihan untuk membuat sepah.
Mungkin kedengaran agak kelakar tetapi ibu bapa perlulah bermeditasi atau gunakan mantra untuk menenangkan perasaan sendiri. Gunakan tip seperti lagu Chichi & Chacha Jom Sabar “Bila rasa naik marah, ahai sayang. Tarik nafas panjang-panjang, ahai sayang. Kira satu sampai sepuluh, ahai sayang. Baru hati lebih tenang, sabar sayang.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.