Memandangkan anak-anaknya suka bermain anak patung, ibu ini membuat sendiri doll house untuk mereka. Bila dipandang, nampak mahal seperti yang ada di pasaran.

Menurut Nur Zehan, modal untuk dia membina doll house untuk anak-anaknya ini tidak sampai RM30 pun! Nak dibuat pun tidak susah, hanya perlu dilekatkan dengan gam sahaja.

Artikel Lain: [DIY Bakul Beroda, Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri. Senang, Tarik-Tarik Aje!]

DIY Doll House Paling Senang. Nampak Mahal, Tapi Modal Tak Sampai RM30!

Ikuti perkongsian ibu ini:

Projek diy doll house dgn anak2 hrni.. Bila terpandang kayu2 ni kt kedai eco td..teringat mcm doll house ikea punya.. Maka terhasillah doll house ala ikea dgn brg2 eco sj.. Modal xsmpai 30 ringgit pon..guna gam gajah sj.. Nk buat banglo pon blh..

IKLAN

DIY Doll House Paling Senang. Nampak Mahal, Tapi Modal Tak Sampai RM30!

Ini je bahan-bahannya. Kayu tu memang jual satu-satu di kedai Eco. Semua ni saya beli di Eco. Bila terpandang kayu-kayu ni, terus terlintas nak buat doll house untuk anak-anak.

BAHAN-BAHAN:
Kayu
Gam gajah
Anak patung pilihan

DIY Doll House Paling Senang. Nampak Mahal, Tapi Modal Tak Sampai RM30!

IKLAN

CARA MEMBUAT:
1. Susunkan kayu mengikut rekaan yang kita inginkan.
2. Letakkan gam gajah untuk melekatkan kayu-kayu itu. Tekan sedikit supaya melekat kuat dan biarkan kering.
3. Setelah gam kering, susunkan anak patung.

*Jika mahu, boleh catkan permukaan kayu untuk doll house yang berwarna-warni.

Saya buat doll house ni sebab nak isi masa lapang dengan anak-anak dalam tempoh PKP ni. Ideanya saya dapat bila tengok doll house macam di Ikea. Kos tak hal mana, cuma RM28 sahaja.

IKLAN

Artikel Lain: [Idea Bernas Meja Lipat Jimat Ruang, Siap Guna ‘Sorokkan’ Je. Sesuai Kalau Rumah Sempit!]

DIY Doll House Paling Senang. Nampak Mahal, Tapi Modal Tak Sampai RM30!Anak-anak memang suka sebab dorang memang suka main princess-princess. Nak buat semua ni tak lama, lebih kurang 15 minit. Buat pun senang, sebab saya cuma guna gam untuk lekatkan kayu-kayu ni.

DIY Doll House Paling Senang. Nampak Mahal, Tapi Modal Tak Sampai RM30!

Kalau mudah macam ni, bolehlah buat banyak-banyak. Boleh buat pelbagai jenis bangunan. Anak-anak pun suka. Kalau tak ada anak perempuan, idea ini boleh digunakan untuk menyusun kereta mainan anak-anak lelaki. Selamat mencuba!

https://www.youtube.com/watch?v=ecXNL33D15U&t=5s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI