Kebanyakkan anak-anak kecil memang suka bermain air, kalau dapat mandi mesti nak lama-lama. Tapi jangan sampai bahayakan si kecil ibu, air yang kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5cm juga boleh buatkan anak lemas, hati-hati semua!
Elak Anak Lemas Dalam Bilik Air
Ibubapa kena tahu hal ini! Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
Ads
Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak berusia 22 bulan yang mengalami pendarahan dalaman pada otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam kini ditidurkan.
Menurut laporan Astro Awani, Ibu saudaranya kanak-kanak tersebut memaklumkan, Zaid Harith ditidurkan sepenuhnya untuk mengelak bahagian sensitif itu mengalami kecederaan lebih serius.
“Zaid ditidurkan sepenuhnya untuk elak ‘second brain injury’. (Masa jatuh semalam ‘first brain injury’. ‘Second brain injury’ adalah apa-apa injury selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain).
“Kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak, namun pendarahan di otak sangat kecil, tak significant, mungkin tak perlu operation.
“Bahagian anggota badan, organ lain semua ok tak ada apa-apa, Alhamdulillah. Cuma doktor kata Zaid kurang stabil. Tekanan darah agak rendah,” kongsi Huda menerusi perbualan bersama ibu mangsa juga merupakan adik iparnya di laman Twitter miliknya pada Isnin.
Dalam kejadian pada pagi Ahad itu, mangsa dipercayai terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam akibat lantai kayu patah.
Mengulas lanjut, Huda yang mewakili keluarga adiknya itu turut memohon semua mendoakan agar Zaid tidak perlu menjalani pembedahan dan dijauhkan daripada sebarang komplikasi, jangkitan atau apa-apa risiko dari ubat, darah atau sebarang prosedur dilakukan.
“Jazakumullahu khayran semua atas doa, bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kami sangat-sangat menghargainya dan sangat perlukan doa dari semua,” katanya.
Pada Ahad, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa kanak-kanak terbabit.
MBSA dalam kenyataannya memaklumkan telah membuat semakan segera dan mendapati bangunan tinjau Taman Rekreasi Wetland Setia Alam adalah di bawah pengurusan pemaju Bandar Setia Alam.
“Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
“Selain itu, pihak MBSA juga akan memaklumkan kepada pihak pemaju untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan secara berkala bagi taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA,” kata kenyataan itu.
Apa Perlu Buat Kalau Anak Terjatuh Atau Terhentak Kepala? Terdapat 8 situasi kesan daripada terjatuh yang menyebabkan hentakan kepala yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
1. Lebam
Ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari (salur darah halus). Jika keadaan lebam sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma iaitu pendarahan di bawah kulit.
2. Luka
Jika ternampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka
3. Retak
Jika ada nampak keadaan ganjil pada bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis Tidak Henti (Inconsolable Cry)
Jika anak kecil (berumur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
5. Pandangan Kabur
Bahagian otak yang memproses penglihatan terletak pada bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor dengan segera.
6. Pengsan
Selepas terhantu dan anak tidak sedarkan diri, mungkin berlaku kecederaaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran (Concussion), lebam (Contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah
Kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan kerana tekanan dalam otat meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan
Ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dan lain-lain. Jika berlaku salah satu simptom ini, jumpa doktor.
Apa Perlu Buat Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk Kepala?
Sebahagian simptom atau keadaan yang disebutkan diatas kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas terjatuh atau terhantu kepala, mungkin berlaku lewat sedikit. Mungkin seharian. Jadi ibubapa perlu pantau anak-anak dalam masa 24 hingga 48 jam selepas kejadian
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Mengajar sendiri di rumah atau homeschooling pastinya bukan satu tugas mudah untuk digalas. Seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi. Menurutnya homeschooling itu tidak mudah.
Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk homeschooling anak, mereka harus bersedia untuk menggalas satu lagi tugas selain menjadi tukang masak, tukang sapu, tukang dobi dan lain-lain kerja di rumah yang perlu juga dibereskan.
Namun oleh kerana anak-anak yang masih lagi tidak dibenarkan ke sekolah, sudah tentunya ibu bapa mula risau dan supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran, homescholling adalah salah satu cara yang boleh dibuat.
Wawa ada berkongsi 3 syarat asas yang perlu jika ada ibu bapa yang ingin mengajar sendiri anak-anak di rumah.
Saya tak rasa homeschooling tu mudah. Sebab itu saya tabik kepada parents yang hebat homeschooling anak.
Keputusan untuk homeschooling bermakna kita setuju untuk mainkan banyak tanggungjawab dalam satu masa.
Nak jadi tukang masak, tukang sapu, tukang dobi, tukang cebok berak dan nak kena jadi cikgu dalam satu masa.
Disiplin kena tinggi.
Dalam masa yang sama, fizikal, mental dan emosi kena terjaga.
Tapi, nak tak nak, semua parents dah perlu lalui fasa mencabar ni. Demi tak mahu anak ketinggalan bila sekolah dah mula dibuka tahun depan.
Salah satu struggle yang dihadapi adalah, bila nak minta anak fokus waktu kita mengajar.
Geram oih, bila kita mula berdedikasi nak mengajar, mereka tak tumpu betul-betul. Itu. Itu yang kadang termengaum juga waktu ajar mereka.
Sebenarnya, kenapa anak susah nak fokus? Apa kita nak buat untuk tajam kan fokus anak?
3 syarat asas HOMESCHOOLING : 1. angan letak expectation yang tinggi kepada anak.
Lagi tinggi expectation, lagi mudah kita frust. Bila kita frust, kita mudah nak marahkan anak.
2. Konsisten dan rutin.
Biarlah sehari dapat 5 minit. Asalkan konsisten.
Kalau tak konsisten, penat kita nak mengajar dari peringkat awal balik. Sebab anak dah lupa.
3. Makan cukup.
Tau tak? Waktu anak belajar, otak mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk proses maklumat. Mana nak dapat tenaga tu?
Ofcourse dari makanan yang anak makan. Bagi anak makan makanan berkhasiat. Jangan lupa air yang secukupnya.
Naik buntu jadinya bila anak asyik batuk dan selsema. Tambah kesian bila anak yang menghidap asma yang begitu sensitif dengan makanan tertentu.
Sebenarnya ada baiknya mak ayah cuba elakkan jenis-jenis makanan yang tinggi proses pada anak asma. Cara ini sekurang-kurangnya dapat mengawal masalah anak.
Apa jenis-jenis makanan yang patut dielakkan? Ikuti perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan ini.
Jauhkan makanan macam ni dari anak-anak yang ada asma. Makanan tinggi proses sangat tak sesuai dengan anak yang kerap batuk dan selsema.
Penat kan. Anak asyik batuk. Taktahu punca dah kita. Letih asyik keluar masuk hospital. Ulang alik klinik ambil neb lagi. Makan ubat dari banyak klinik tapi masih tak sembuh-sembuh.
Baru baik 3 hari, batuk datang balik. Dah hilang punca nak cari batuk datang dari mana. Sehari dua anak batuk, penat susah nak bernafas pulak lepas tu. Kesian sangat.
Roti. Biskut. Susu formula (anak lebih 2 tahun). Makanan instant baby. Minuman coklat. Sosej nugget burger. Aiskrim. Keropok. Yogurt drinks berperisa. Coklat. Susu berperisa. Dan banyak lagi.
Cuba stop kejap semua makanan macam ni. Buat je. Untuk tempoh 1 bulan kita cuba try. InsyaAllah, akan mula nampak hasil sedikit demi sedikit.
Teruskan, minimum 3 bulan, insyaAllah lepas tu susah dah batuk nak datang. Kalau batuk pun, insyaAllah akan cepat sembuh, dengan izinNya.
Semua makanan proses ni, akan tinggikan radang dalam badan anak. Tak ada khasiat yang baik pun untuk anak sebenarnya.
Apa yang anak makan, antara penyumbang pada tahap kesihatan anak. Kita cuba pilih yang baik-baik, untuk sediakan pada anak-anak dan keluarga.
Kita buat sama-sama ya, elakkan makanan tinggi proses sehabis baik buat anak-anak, dan banyakkan real food.