Anak Sihat, Aktif, Tak Duduk Diam, Suka Bertanya. Itu Pun Rezeki Ibu Ayah!

Share

Rezeki yang tak nampak tetapi situasi ini selalu berlaku dalam rumah! “Along…sudah tu. Jangan nyakat adik lagi. Kang ada yang menangis.” “Bek..bek..bek..bek..”, Along buat muka mengejek pada adiknya. “Uwekkk..” Angah balas dengan menjelirkan lidahnya.

Bingit rumah bila dua beradik ni saling melawan ejek. “Aduii…korang ni kan. Sudah sudah lah tu..Kalau nangis nanti, jangan cari mak. Mak dah pesan, bukan tak pesan.”

Tiba-tiba, “Waaaaa….”. Adik menangis. Aaaa…mak dah kata dah. Selesaikan sendiri. Mak tak nak campur. Pandai cari pasal, pandaila betulkan balik.”

Biasa tak jadi benda macam ni kat rumah? Ha..lagi bila pkp ni kan..semua dalam rumah. Musim raya pun ada je adengan usik mengusik, nyakat menyakat kan.

Sabru minal imann… Sabar itu sebahagian dari iman. Rezeki juga bila jadi begini. Rezeki yang nyata memang kita nampak. Namun rezeki yang tidak nyata memerlukan kita lebih peka dan bersyukur kepada sesuatu yang mungkin nampak remeh.

ARTIKEL MENARIK [Anak Sulung Banyak Buat Perangai, Dia Boleh ”Hidu”  Tak Lama Lagi Dapat Adik]

Contoh, anak-anak yang aktif, suka bermain dan bertanya, itu adalah rezeki yang tidak nampak. Kerana bila-bila masa sahaja itu boleh bertukar dan nauzubillah, kita akan azab jika ianya bertukar. Tidak dapat hendak dibayangkan jika anak yang aktif atau terlalu banyak akal itu jatuh sakit dan tidak bermaya untuk melakukan sesuatu, walaupun setapak berjalan.

Betul tak? Ala…cer pandang situasi tadi. Apa perkara yang boleh disyukuri?

Alhamdulillah anak-anak sihat.
Alhamdulillah anak-anak ada rumah untuk didiami.
Alhamdulillah anak-anak aktif dan cergas.
Alhamdulillah anak-anak sedang belajar bersosial lebih baik.
Alhamdulillah Allah sedang didik aku jadi mak yang lebih sabar.

Haa…nampak tak? Kalau nak senaraikan kesyukuran, banyak je perkara yang boleh disyukuri. Lagi satu rezeki yang tidak nampak adalah masalah yang kita hadapi setiap hari besar mahu pun kecil.

“Ehh…kenapa Ibu kata MASALAH pun REZEKI?” Ya rezeki tu, kerana tanpa masalah-masalah itu, kita tidak akan menjadi lebih baik dari semalam.

Contoh, jika anak-anak jatuh sakit dan kita tidak dapat tidur dan berehat langsung; tanpa kita sedar, kita diberi suatu kesabaran yang luar biasa dan kuasa yang sangat hebat sehinggakan, kita tetap boleh berfungsi dengan baik.

Malah, kita juga menjadi lebih rapat kepada Allah, kerana kepadaNya sahajalah tempat untuk kita menangis, meminta dan berdoa agar anak kita yang amat kita kasihi itu sihat kembali.

Fikir-fikirkanlah, dari mana datang segala kekuatan menyelesaikan masalah itu. Itu juga rezeki. Dan dariNyalah ia datang.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Kalau Anak Degil, Tak Dengar Kata. Cuba Tengok Diri Kita, Kita Pemimpin Anak-Anak]

Jaga hati kita, jangan izinkan terbit dengki yang menjadi punca caci dan maki dan menghukum orang lain itu bertapak di hati itu. Bila hati kita bersih, kita nampak rezeki-rezeki Allah itu.

Anak-anak makan bersepah.
Alhamdulillah ada makanan untuk mereka makan hari ini.

Anak-anak panas dalam rumah kecil.
Alhamdulillah masih ada rumah untuk berteduh.

Anak-anak menconteng dinding.
Alhamdulillah sel-sel otak anak-anak berhubung dengan baik.

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah..

Bila hati kita nampak rezeki-rezeki itu semua, kita menjadi lebih berlapang dada mendidik anak-anak kita. Cubalah buat perkara ini bagi yang belum biasa, nanti sayang akan merasakan kelainan yang sangat nikmat.

Sumber: Ibu Rose

IKLAN