Setiap anak dilahirkan dengan sifat ingin tahu. Mereka banyak bertanya, suka bercerita, malah kadang-kadang sampai kita sebagai ibu bapa pun rasa penat nak melayan. Namun, tahukah anda? Anak yang suka bercakap dan penuh dengan soalan sebenarnya sedang menunjukkan tanda perkembangan minda yang sihat.
Sifat Ingin Tahu Itu Anugerah
Apabila anak asyik bertanya “Kenapa langit biru?”, “Kenapa burung boleh terbang?” atau “Kenapa mama kerja?”, itu bukanlah tanda mereka nakal atau sengaja menyusahkan kita. Ia adalah cara mereka belajar tentang dunia. Anak yang rajin bertanya menunjukkan otak mereka aktif dan berfungsi dengan baik.
Ads
Elakkan Marah, Pilih Untuk Membimbing
Kadang-kadang bila kita sedang sibuk, pertanyaan bertalu-talu boleh mengganggu. Tapi jika kita marah, anak mungkin jadi takut untuk bertanya lagi. Akibatnya, rasa ingin tahu itu boleh terpadam. Sebaliknya, bila kita jawab dengan tenang, anak akan rasa dihargai dan semakin yakin untuk belajar.
Ads
Ads
Cara Membantu Anak
Dengar dengan sabar – Biarkan anak bercerita walaupun topiknya nampak kecil atau berulang.
Jawab dengan ringkas tapi jelas – Tak perlu panjang berjela, cukup sekadar membantu mereka faham.
Galakkan mereka cari jawapan – Contohnya, ajak mereka baca buku atau sama-sama cari maklumat.
Raikan soalan mereka – Ucapkan “Bagus soalan tu!” supaya anak tahu soalan mereka bernilai.
Anak yang suka bercakap dan suka bertanya adalah anak yang penuh potensi. Jangan sesekali memadamkan semangat mereka dengan marah atau menolak pertanyaan mereka. Sebaliknya, gunakan peluang ini untuk menggilap keyakinan, kecerdasan, dan rasa ingin tahu mereka. Ingat, anak belajar paling banyak melalui percakapan dengan ibu bapa mereka sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak perkongsian tips keibubapaan mengajar ibu ayah supaya kurangkan rasa marah pada anak kecil. Tapi majoriti yang bergelar ibu bapa mesti akan marah pada anak-anak bila mereka buat nakal. Itu memang tindakan normal kan?
Biasanya lepas marahkan anak, ibu dan ayah akan rasa menyesal terutama kalau marah diikuti dengan tengking atau pukulan.
Tapi macam mana cara terbaik untuk elakkan daripada cepat marah si kecil? Masing-masing mesti ada cara tersendiri yang diamalkan tetapi tak salah untuk mencontohi kaedah ibu bapa lain kalau ianya bagus untuk kita dan anak.
Kaedah mengawal rasa nak marah anak yang dikongsi oleh Puan Maznah Ibrahim ini mungkin boleh kita contohi supaya sama-sama kita menjadi ibu bapa yang hebat untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.
Teknik kawan saya: bila nak marah je ingat kalau la anak ni tak ada esok macam mana hidup kita. Pernah orang kematian anak kecil kan, minta dijauhkan. Anak ni ahli syurga. Tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau diingat berulang kali.
Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik. Nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula? Sekarang tangan kecil anak tidak kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tangan tua kita tak larat pegang dan cawan pecah. Nak ke anak pula balas macam apa kita buat kat dia masa kecik. Walau dia tak berniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil-kecil dulu.
Teknik saya: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yang saya perlu buat. Contoh lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dan lain-lain, then come back kepada anak dan beritau apa yang kita nak dia buat dengan betul. Teknik Nabi tunjukkan cara yang betul, elak marah, kemudian anak akan cuba buat seperti apa kita tunjukkan. So lepas tu puji terus. Anak akan belajar lebih baik begitu untuk tidak silap.
Nak uji ibu ayah
Kadangkala anak sengaja buat silap sebab suka tengok reaksi kita (hormon stress keluar kan, ia kelihatan sangat menarik perhatian), or sebab anak nakkan perhatian, terutama yang dah beradik. Buat baik dan betul, ibu biasa-biasa aja tak heran. Tapi bila aku buat salah ibu beri perhatian laa… so dia tends to buat yang kita confirm akan marah.
Caranya gantikan dengan pujian apabila dia buat sesuatu yang baik walau kebaikan kecil. Puji melambung nada tinggi excited sama macam marah tu, insyaAllah anak akan pilih untuk bertingkahlaku baik sebab dapat reaksi menarik ibu malah jauh lebih positif perasaan yang dia alami, insyaAllah.
Muhasabah dan refleksi diri. Aku ni marah sebab apa sebenarnya lebih kepada penat nak mengelap lantai dan frust sebab dia tak dengar kata or memang marah sebab perlakuan silap anak kecil? Biasanya ia adalah kerana perasaan sendiri iaitu penat dan frust jadi marah, bukan kerana kesalahan si kecil. Maka ia bermakna emosi kita diapi-apikan lagi oleh iblis syaitan.
Ingat yang iblis ni sangat sistematik dan berperancangan. Mereka suka bila kita lemah dengan emosi marah dan marah anak kecil Islam kita. Mereka suka tengok generasi Islam kita ni dikuasai emosi negatif, agar generasi kita lemah dan kalah dengan emosi dan gagal bangkitkan islam dengan aman, toleransi dan berhemah kerana kanak-kanak hari ini adalah leader kepada dunia akan datang, ingat tu.
Bermaksud apabila marah, ia lebih kepada marah dan kecewa terhadap diri sendiri, bukan kerana anak silap. Ia lebih kepada silap diri sendiri atau kelukaan semasa kecil yang masih berbuku dan tertanam dalam diri belum terubat dan diubati. Maka healing process terbaik ialah kaedah spiritual, mohon pada Allah untuk memaafkan individu pernah marah kita dan individu yang kita marah kepadanya.
Let go. Lepaskan, insyaAllah bila beban dalam jiwa dah lepas, kita akan sangat ringan dan mudah nak curahkan kasih sayang dan layanan baik kepada si kecil. Bermaksud mudah nak apply teknik baru selain teknik marah yang dah ter ‘register’ lama dalam brain kita sejak 0-6 tahun usia kita. Bukankah 90% otak dewasa sudah terbentuk semasa mereka kanak-kanak berusia 0-5 thun dan 80% ialah 0-2 tahun?
Maka segala gaya cara sikap kita, dah terbentuk dalam brain semasa kecil yang masih belum mampu memahami dengan kognitif rasional lagi. Ia jadi spontan gayanya bila dah besar sebab dah spontan rakam dalam otak kita sejak awal lagi jadi image dan tonjolkan semula. Rakam dan play semula.
Kadangkala ibu marah dengan suami yang meninggalkan or buat salah, tanpa sedar terlepas pada anak walau kesalahan kecil dia lakukan.
Kadangkala ibu marah kerana pernah dimarahi ibunya or kakaknya or abgnya semasa kecil, jadi anger itu ter project kepada anak kecil yang di bawah pengaruh kuasa ibu kerana anak kecil itu sahaja yang dia boleh terkam/cengkam, ibu or kakak nya itu besar, lebih tua dan dah jauh, segan je nak balas balik sekarang, kan.
Jadi proses kaunseling terapi kadangkala membantu untuk bab healing , proses dan let go ini. Boleh jumpa mana-mana individu yang berkemahiran jika perlu seseorang untuk guide diri. Jika segan tak mengapa. Niat, doakan, cari bahan bacaan lagi, boleh buat proses sendiri. Doa semula agar dipermudahkan Allah, insyaAllah boleh sesangat sebab kita sangat berkehendak nak berubah ke arah lebih baik, Allah mudahkan. Buangkan yang buruk dah telah tertanam tanpa kita sedar.
Penyanyi yang juga bapa kepada tiga cahaya mata, Tomok akui pengalaman pertama membawa kedua-dua anaknya Arrian Shah Akid, 10, dan Andra Shah Akid, 7, berkhatan sesuatu yang tak akan dilupakan.
Disebabkan perasaan gementar, Tomok menyatakan dia tak dapat menemani kedua-dua anak lelakinya ketika proses bersunat itu.
“Ia satu pengalaman berbeza dan bermakna untuk kami sebagai ibu bapa. Hantar dan lihat mereka bersunat.
“Cuma saya tak masuk tengoklah, bukan apa saya fobia sedikit. Jadi isterilah yang menemani mereka masuk bilik doktor.
“Saya cuma menenangkan mereka dan sebelum masuk bilik doktor serta di luar selepas bersunat sahaja,” katanya.
Mengenai keadaan dan kesihatan anaknya Tomok memberitahu pada mulanya dua beradik itu banyak bertanya.
“Mereka okay cuma biasalah banyak bertanya. Sudah tentu awal-awal itu mereka ada rasa tkut dan menangis juga masa hari pertama. Selepas beberap hari nampaknya semakin pulih.
“Sekarang isteri yang menjaga mereka sepanjang tempoh berehat dan berpantang ini. Jadi untuk bagi kedua-duanya merasai nikmat sepanjang tempoh ini, saya belikan video game,” kongsinya.
Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Khadijah yang baru berusia dua tahun.
Siapa yang tak sayangkan anak tambah lagi jika anak seorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia tak elok untuk perkembangannya.
Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke sinki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak minta tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!