Anak sulung ni biasanya jadi anak untuk kita jadikan harapan terutamanya jika ada adik-adik. Biasanya kita tak menang tangan nak uruskan semua, jadi dia lah yang banyak membantu kita. Kadang-kadang tak perlu disuruh pun, dia sendiri tahu tanggung jawabnya dan sibuk bertanya kalau ada apa-apa yang boleh dia bantu.
Bukanlah bermaksud kita tak sayangkan anak-anak yang lain, tetapi dari anak sulunglah banyak perkara yang kita pelajari. Salah satunya bagaimana cara memikul tanggung jawab menjadi ibu ayah. Anak sulung biasanya suka bercerita dan berkongsi dengan ibu ayah serta adik-adiknya.
Pada awalnya ketika kita mendukung mereka buat kali pertama, air mata jatuh (tak kiralah si ibu ataupun ayah), kerana mereka merubah status kita dan menjadi satu amanah terbesar untuk dijaga sebaiknya. Sebab itulah, anak sulung menjadi kesayangan.
Kita tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak, tetapi si sulung biasanya mempunyai aura yang lebih sikit berbanding adiknya yang lain.
Ketika mereka mendapat adik, mungkin terbit rasa terpinggir atau ibu ayahnya sudah tidak peduli akan dirinya lagi. Ibu ayah tidak perlu risau kerana rasa itu hanya sementara jika anda juga melibatkan si abang atau kakak sulung untuk sama-sama menguruskan adik-adiknya. Seperti mana ibu dan ayah sayangkan anak, begitu jugalah anak sulung akan mencintai adik-adiknya yang lain.
KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang pernuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Ads
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
Anak sulung mungkin tegas atau kuat membebel berbanding anak yang lain (biasanya anak perempuan). Anak lelaki sulung pula biasanya lebih cool dan bersahaja. Walaupun begitu, jangan sesekali diusik adik-adiknya. Menjadi anak sulung mengajar mereka untuk sentiasa menjaga dan melindungi adik-adik.
Perkara pertama yang kita ajarkan kepada anak sulung sebaik sahaja mereka mendapat adik biasanya untuk sayangkan adik. Kena jaga adik. Itulah yang menjadi pegangan mereka dan membuatkan mereka menjaga adik-adik pada setiap masa.
Ads
Sekiranya mereka bersekolah atau ditinggalkan di rumah pengasuh yang sama, pasti abang atau kakak sulung akan menjadi ‘tukang report‘. Itu menunjukkan mereka mengambil berat tentang adiknya dan sentiasa memerhatikan mereka ketika ibu ayah tiada bersama.
Sesungguhnya anak sulung ini adalah anugerah paling indah pertama buat ibu ayah. Anak sulung mempunyai hati yang sensitif tetapi sangat mementingkan kebajikan keluarganya. Mempunyai anak sulung perempuan atau lelaki mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sesungguhnya anak sulunglah yang menjadi penawar suka duka ibu dan ayah.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Menjadi isteri dan ibu bekerjaya sememangnya memerlukan perancangan masa yang tepat. Seawal pagi lagi jadual mereka padat dengan urusan menyiapkan anak ke sekolah, menyiapkan sarapan dan seterusnya bersiap ke tempat kerja. Pulang sahaja ke rumah, tugasan tersedia tanpa sempat melepaskan lelah walau seketika. Semuanya demi anak dan suami.
Jangan memaksa diri jika kita tidak mampu. Isteri bukan robot. Ada waktunya bila emosi melanda, kita tidak mampu mengikut semua rutin dengan sempurna. Perkongsian dan luahan ibu ini, Amalina Sahebudin agak mencuit hati tetapi ada benarnya. Kita buat mana yang termampu, jangan terlalu memaksa diri. Relaks dan tenang-tenang sahaja. Suami pun pasti memahami.
Tips jadi isteri terbahagia untuk isteri yang bekerja:
1) Rajin, masak. Tak rajin, makan luar. Malas keluar, delivery/grabfood/foodpanda ada (yang pasti payment guna kad laki). Laki request nak masak jugak? Boleh. Lepas masak bagi laki kemas dapur, lepas makan tugas laki cuci pinggan.
2) Laki balik kerja lambat, kita makan dulu. Pastikan perut kita kenyang. Sebab perut yang lapar boleh mendatangkan amarah.
3) Laki nak keluar lepak malam-malam, mintak dia setelkan pinggan mangkuk kat sinki, buang sampah, kemas rumah dulu. Lepas tu biarlah dia keluar sebab bila dia keluar, kita kat rumah pun tenang.
4) Laki keluar lepak, tak payah lah nak berjaga sampai dia balik. Kau pegi masuk tidur. Pastikan kau dapat tidur secukupnya. Tidur kau pun penting. Tak cukup tidur juga boleh mendatangkan amarah.
5) Rumah bersepah, kau hulur vacum mintak laki kau vacum rumah sambil kau kemas apa yang patut.
6) Toilet kat rumah kau berbagi lah dengan laki dia cuci yang mana, kau cuci yang mana, gilir-gilir ke kan.
7) Kain baju kau suruh laki basuh & keringkan, kau lipat, iron & susun dalam almari. Sebab biasa laki bab melipat, iron & menyusun baju ni tak sekemas bini.
8 ) Anak-anak yang dah besar sikit, kau pass dekat laki untuk uruskan. Anak tu dah 9 bulan kau bawak dalam perut, 2 tahun duk mengempeng.. takut dia lupa pulak siapa bapaknya. Dan bapak tu pun takut dia lupa dia ada anak. Jadi kau kena tolong mereka saling mengenali satu sama lain.
Cukup lah 8 tips ni dulu. Aku bukan taknak me”raja”kan laki. Masalahnya laki aku tu keturunan diraja pun takde. Harta pun tak banyak mana. Pembantu rumah pun kitorang takde jugak. Harapkan part-time helper yang dipanggil sekali sekala. Aku cuma memberi peluang untuk dia tunaikan tanggungjawab dia dalam keluarga je.
Updated: Tips ni bukan bulat-bulat WAJIB buat macam tu..k? The key is SHARING YOUR RESPONSIBILITIES. Marriage is about SHARING. You both share your life together tapi takkan hal rumahtangga atas isteri je? Kalau isteri tu surirumah yang memang 100% uruskan rumah je maybe lain tips dia. Only you know how your marriage works. You do you. Nobody can tell you how to do your marriage.
Takde sepatah pun aku sebut pasal disrespect to husband. Suami yang share kerja rumah tak jatuh pun martabat dia as suami. Takde istilah takut bini. Lelaki-lelaki yang tak setuju ni mesti spesies berangan dia kaya raya tapi yang sebenarnya kau miskin, tak mampu nak ambik pembantu.
Jadi bini still kena kerja, tapi at the same time layan kau macam raja. Zaman sekarang lelaki-lelaki yang menjaga agama, terpelajar, mampu & berkarisma semuanya takde masalah nak uruskan hal rumah. Dia sibuk, dia cari pembantu sebab dia mampu.
Love ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang menganggap suami yang sweet bila bawa isteri jalan-jalan, belikan hadiah yang mahal-mahal dan selalu buatkan surprise. Tapi definisi sebenar bagi pasangan yang sweet bila saling mengingatkan tentang akhirat.
Ustaz Azhar Idrus (uaioriganal) telah berkongsi satu perkongsian menarik daripada Ustaz Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari tentang “Sweet yang sebenar bagi pasangan” di laman instagramnya.
Isteri Yang Solehah “Sweet yang sebenar itu, bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana-sini. Akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu juga.
Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri isteri yang solehah.
“Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya.”
“Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau pon Masyaikhnya. Akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah, berkhidmat kepada suaminya, itulah khidmat yg paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.”
Setiap kali Hari Raya Aidilfitri, dah sinonim duit raya dengan anak-anak. Pemberian duit raya ini dianggap sebagai berkongsi rezeki untuk ahli keluarga, sanak saudara, anak-anak rakan atau jiran tetangga.
Memandangkan anak-anak yang menerima duit raya ini masih kecil, ibu bapa adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab menguruskan duit tersebut. Seandainya terguna, ibu bapa wajib membayar semula dan bukan sesuka hati ambil walaupun anak belum tahu apa-apa.
Oleh itu, ibu bapa perlu pastikan duit raya anak disimpan dengan cara betul demi masa depan anak. Kita tak tahu apa akan terjadi kemudian hari. Sekurang-kurangnya jika ada simpanan sedikit bolehlah digunakan.
Kredit Gambar: Twitter
Seperti perkongsian seorang bapa, Mohd Arizan, dia memberi panduan cara menyimpan duit anak-anak yang betul. Sehingga kini perkongsian itu 15,000 shares.
Menurut Mohd Arizan, dia memilih Tabung Pendidikan SSPN kerana setiap tahun penyata cukai SSPN boleh digunakan untuk cukai.
Audit duit raya anak-anak done. How to be penunggang duit raya anak-anak dengan cara berhemah?
Cara yang sama setiap tahun adalah, masukkan dalam SSPN. Sebab walaupun itu duit anak-anak, setiap tahun penyata cukai SSPN kita boleh gunakan untuk rebat cukai.
So selain duit anak-anak terpelihara dan mereka dapat dividen, kita jugak dapat ‘side income’ ratusan ringgit setahun akibat dari lebihan pulangan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Sebanyak RM1,800 pelepasan cukai diterima hasil memasukkan duit raya ke dalam akaun SSPN seperti yang dikongsi. Duit lebihan cukai juga boleh digunakan untuk tujuan lain.
3 In 1:
1. Saving anak.
2. Investment anak.
3. Lebihan cukai ratusan ringgit untuk ibu bapa (Boleh bawa anak-anak melancong dan makan KFC)
Untuk tahun lepas 2021, anak-anak dah ‘bantu’ kami untuk pelepasan cukai sebanyak Rm1800 (Maksimum Rm8000). Terima kasih korang.
So moral of the story, jadilah penunggang duit raya anak secara berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak.
Update: Nak register SSPN senang je. Buat melalui online. Taip je SSPN PRIME, dia akan keluar link dia untuk register. Hanya beberapa minit dah siap.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada lagi celoteh ceria mak-mak di Suria FM! Pasti ramai yang akan merinduinya. Terkini, penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali...