Hilang kata-kata apabila seorang bayi perempuan berusia 47 hari terperangkap dalam sebuah kereta Perodua Viva di kawasan Alor Merah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.21 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar, diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rusdi Lazim, membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan bayi perempuan berkenaan.
“Bomba mengambil masa hampir lima minit untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkan bayi berkenaan kepada keluarganya,” katanya.
Ahmad Naufal berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.43 petang.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang mendukacitakan bagi seorang bapa setelah melihat keadaan anak tidak seperti dulu. Merindukan telatah & lincahnya si anak, bapa reda akhirnya anak tersayang tidak lagi mampu berdiri dan bertutur.
Keadaan Muhammad Fawwaz Adli, 5 tahun,itu dikongsi bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar, yang memaklumkan anaknya dibenarkan keluar wad, semalam selepas tiga minggu dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Fawwaz sebelum ini parah dihempap peti ais di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai, pada 12 Julai lalu, tidak lagi mampu berdiri dan bertutur. Sebelum ini Pa&Ma pernah berkongsi tentang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas ditimpa peti ais.
Dalam kejadian 11 malam itu, Muhammad Fawwaz mengalami kecederaan di kepala akibat dihempap bucu peti ais yang tumbang.
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur.
“Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
PERLU MAKAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
IKHTIAR CUBA RAWATAN ISLAM
Bapa ini tidak hanya menyerahkan kepada takdir & berputus. Beliau terus berikhtiar untuk memulihkan anak sulungnya dengan mencuba rawatan Islam.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
Banyak artikel yang menerangkan tentang makanan-makanan yang bahaya untuk bayi dibawah umur satu tahu. Nampak ianya selamat, lembut, mudah ditelan namun ianya sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Doktor dari Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur, Doktor Ahmad Samhan berkongsi di detik-detik cemas seorang bayi hampir maut akibat kesilapan si ibu.
“Baby unconcious dah sampai!”
“Kringgg…kringgg…kringgg”
Loceng ditekan 3 kali menanda kes zon merah dah sampai.
Tim zon merah dah bersiap siaga untuk hadapi semua kemungkinan.
Jika ada kes zon merah melibatkan bayi kurang 1 tahun cukup menggerunkan. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tak semudah merawat orang dewasa.
Jika tak mampu selamatkan, panjang cerita. Banyak pihak terlibat. Ramai perlu menjawab. Dimana silapnya.
Kelihatan seorang bayi dikejarkan masuk ke zon merah. Seluruh badannya lemah. Setiap sendi longlai layu. Lebih parah,bayi ini tak bernafas!
Tiub pernafasan dimasukkan melalui kerongkong. Disambung dengan mesin bantuan pernafasan. Perit!
Bila ditanya, rupanya ibunya tersilap berikan air campuran madu setelah anaknya mengalami batuk beberapa hari. Ini silap!
Madu sememang banyak khasiat dan digunakan dalam rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit. Apatah lagi madu disebutkan dalam Al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan penyembuh penyakit. Tapi madu BERBAHAYA untuk BAYI.
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulism.
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Toksin ini melemahkan otot dan menggangu sistem pernafasan. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam.
Botulism pada bayi adalah sebuah penyakit yang terjadi ketika bayi menelan bakteria, yang kemudian menghasilkan racun di dalam tubuhnya.
Apabila bayi tertelan spora Clostridium botulinum, dan bakteria dari spora tersebut berkembang biak di usus bayi, maka akan timbul racun yang sangat berbahaya.
American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia kurang dari 12 bulan.
Orang dewasa tidak terjejas kerana usus orang dewasa telah matang dan asid yang dihasilkan diusus mampu untuk melawan toksin yang terhasil.
CARA MENCEGAH
✅ Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
✅ Jika mengambil rawatan alternatif, pastikan tiada yang berunsur madu.
✅ Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini TIDAK musnah walaupun sudah diproses. Ia hanya boleh dibunuh dengan suhu yang sangat tinggi.
Nak makan madu BOLEH tapi TIDAK untuk bayi kurang dari setahun.
Bantu saya untuk share info penting ini kerana masih ramai mak ayah yang terlepas pandang suapkan madu pada bayi.