
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.
Nak anak dengar kata tetapi kadang kita tersalah cara. Apa nak buat? Elakkanlah guna ayat yang berbau negatif. Positifkan keadaan menjadi lebih harmoni. Ini perkongsian dari OT, Ayesha Sairi untuk panduan mak ayah.
Anak mendengar kata, menurut perintah.
Ramai ibubapa mahu anak- anak mendengar kata dan mudah diurus. Kalau kita minta anak buat A, A yang dibuat. Kalau minta buat B, B yang dibuat.
Lega sungguh kalau anak kita macam ni kan? Orang putih kata ‘compliant child’.
Anak umur 18 bulan dah mula pandai cakap tak, tak nak, ‘no’ dan seangkatan dengannya. Semestinya kita tidak boleh mengharap yang anak akan patuh pada setiap arahan.
Kita boleh tingkatkan tahap kepatuhan dengan menggunakan strategi yang bersifat positif berbanding negatif.
1) Minta dengan baik: “Boleh tak simpan Lego tu sekarang?”
2) Berikan arahan dan peringatan dengan jelas: “Ada lagi Lego atas lantai. Tolong simpan sekali.”
3) Beritahu sebab untuk permintaan kita: “Kita kena simpan Lego bila dah habis main. Nanti kalau terpijak, sakit kaki.”
4) Berikan pilihan: “Nak ambil Lego yang jauh dulu atau yang dekat?”
5) Berikan ganjaran/pujian di atas sikap anak: “Terima kasih sebab tolong kutip dan simpan Lego.”
1) Permintaan yang tidak jelas: “Mama dah bagitau tadi kan, masa untuk main Lego dah habis.”
2) Beri arahan berbanding meminta (commands vs requests): “Berhenti main Lego. Pergi simpan sekarang.”
3) Beri sebab tanpa asas yang jelas: “Sebab mama cakap macam tu, ikut saja.”
Kalau dalam movie orang putih, dia kata “Because I said so!”
4) Fokus pada ketidakpatuhan anak semata-mata berbanding kepatuhannya kepada permintaan kita
5) Gunakan kekerasan seperti memukul.
Menggunakan cara positif bukanlah bermaksud anak kita akan 100% ikut cakap kita, tetapi kita dapat kurangkan anak dari merengek, melawan dan tingkatkan kemahiran anak untuk berunding dengan kita.
Sama-sama kita didik anak. Ilmu ni saya dapat dari buku seperti dalam gambar. Menarik bukunya.
Baca lagi: Kenali Anak ADHD, Hyperaktif Atau Terlalu Aktif?
Cara Bercakap Dengan Anak Kena Betul, Ada Kesannya Pada Perkembangan Anak
Sumber: Youtube Pa&Ma