Anak ni tak susah nak fokus tapi dia senang ubah fokus. Kejap dia belajar, kejap dia main, kejap dia main games. Kenapa macam ni ya? Bagi ibu bapa yang ada anak susah nak fokus, jangan risau.

Ada penyelesaiannya. Bagaimanapun, mesti kena tahu sebabnya dulu baru mudah nak atasi masalah susah fokus ini. Ikuti perkongsian Hanis Athirah Rusli. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa.

10 Sebab Anak Susah Nak Fokus

1️⃣ Attention span yang singkat
Keupayaan untuk anak-anak kecil untuk berikan tumpuan dalam sesuatu perkara tak lama. Semakin kecil usianya, semakin singkat tumpuannya. Ini kerana mereka memang cepat bosan dan tak dapat tumpukan sesuatu yang lama kecuali perkara itu menarik perhatian mereka.

▪️Anak 1 tahun : 1 hingga 3 minit
▪️Anak 2 tahun : 4 hingga 10 minit
▪️Anak 3 tahun : 6 hingga 15 minit
▪️Anak 4 tahun : 8 hingga 20 minit
▪️Anak 5 tahun : 10 hingga 25 minit
▪️Anak 6 tahun : 12 hingga 30 minit
▪️Anak 7 tahun : 14 hingga 35 minit
▪️Anak 8 tahun : 16 hingga 40 minit
▪️Anak 9 tahun : 18 hingga 45 minit
▪️Anak 10 tahun : 20hingga 50 minit

Anak Susah Fokus, Kejap Belajar, Kejap Main. Kena Tahu Sebab Dulu, Bukan Terus Marah!

2️⃣Anak penat
Tahu emosi dan ikut rentak anak. Pembelajaran lebih efektif bila the whole body system bersedia dan gembira untuk menerimanya. Periksa anak dulu samada mereka lapar atau letih. Walaupun aktiviti yang kita sediakan mereka suka, tapi kekurangan tenaga menyebabkan mereka susah untuk terus fokus.

3️⃣ Mereka tak minat dan diluar kemampuan.
Paling penting, ketahui minat anak. Sediakan aktiviti yang berkait dengan minat mereka supaya mereka lebih lama mengamati apa yang diperlajari. Anak juga susah nak fokus jika aktiviti diluar kemampuan mereka. Mulakan dari perkara senang ke perkara susah atau konkrit kepada abstrak. Ini kerana kanak-kanak perlu belajar dari perkara yang senang dan jelas pada tahap umurnya. Bila anak tidak faham, sedikit sebanyak anak mula rasa cepat putus asa dan inilah sebab mereka tak fokus untuk teruskan sesi pembelajaran.

4️⃣ Terdapat gangguan dari sekeliling
Persekitaran dalam rumah yang sangat mengganggu. Bunyi adik menangis, bunyi si kakak menonton televisyen, bunyi ayah pula riuh rendah borak dengan rakan-rakannya. Persekitaran yang bising ini boleh menganggu perhatian mereka dan lama kelamaan anak tak fokus perkara yang sepatutnya mereka lakukan.

5️⃣ Dahagakan love affection
Anak sering dimarahi oleh ibu bapa memang susah untuk fokus. Emosi mereka rapuh dan mereka banyak terasa hati. Mereka cuba untuk fokus, tapi tak berjaya kerana teringat layanan sebelumnya yang menyakiti hatinya. Ibu ayah langsung tidak berikan motivasi kepada anak-anak sebelum dan semasa mereka beraktiviti dan belajar. Cuba kita ubah dengan kurangkan marah dan tingkatkan motivasi anak adalah dengan memberikan kata-kata dorongan, pujian, dan rangsangan. Hadiah juga salah satu cara untuk menaikkan motivasi anak. Biasakan beri hadiah yang kecil dan murah sahaja tetapi tinggi ertinya.

6️⃣Aktiviti yang sama yang membosankan
Setiap hari jenis aktiviti yang kita sediakan berulangan dan langsung tak dapat menarik perhatiaan anak. Untuk kanak-kanak galakkan hands-on dan pengunaan bahan bantu belajar yang menarik. Apabila belajar secara hands-on anak-anak dapat menggunakan kesemua deria mereka. Jadi mereka akan teruja untuk memberi fokus untuk jangka masa yang lama.

7️⃣Kesihatan anak terganggu
Faktor kesihatan memainkan peranan dalam menentukan keupayaan anak untuk terus fokus. Contohnya hidung anak tersumbat. Nampak remeh, tapi anak akan lebih tumpu kepada kesukaran untuk bernafas jadi mereka susah nak fokus. Berikan anak rehat yang secukupnya. Yang penting kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Anak Susah Fokus, Kejap Belajar, Kejap Main. Kena Tahu Sebab Dulu, Bukan Terus Marah!

8️⃣Gaya belajar yang tidak sesuai dengan anak
Setiap anak mempunyai gaya pemebelajaran yang tersendiri. Anak visual learner, lebih banyak menggunakan mata. Anak audio learner pula cenderung mendengar. Bagi anak kinestatik cenderung untuk bergerak semasa belajar. Sekiranya kita hanya tumpu satu gaya saja, kita tak mampu untuk tackle gaya belajar anak, inilah boleh menyebabkan fokus anak tak bertahan dengan lebih lama.

9️⃣Terlampau didedahkan dengan gajet
Anak yang dah biasa melekat dengan gajet 24 jam memang mengalami kesukaran nak fokus. Manakan tidak, mereka asyik teringat keseronokkan bermain gajet berbanding buat aktiviti bersama ibu ataupun belajar.

🔟 Anak tak biasa dilatih lakukan aktiviti yang membantu untuk fokus dari kecil
Masa kecil lagi, seawal bayi kita boleh tackle tumpuan anak. Banyakkan libatkan aktiviti yang melibatkan pandangan mata anak ke mata kita. Contoh paling senang main cak cak dengan anak. Nampak simple tapi bila biasa sangat dapat membantu anak untuk lebih fokus
Ada dekat sini kawan-kawan yang nak Anis kongsikan beberapa contoh aktiviti homeschool untuk tingkatkan fokus anak? Jika dipanjangkan umur, insyaAllah Anis kongsikan ya.

Kredit: Hanis Athirah Rusli

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Anak Susah Fokus, Kejap Belajar, Kejap Main. Kena Tahu Sebab Dulu, Bukan Terus Marah!

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI