Masuk hari ke 17 berpuasa, pasti ramai yang sudah pun menyimpan menu lebih awal dan merancang juadah pagi raya nanti untuk keluarga. Nasi antara resipi wajib bagi masyarakat di sebelah utara tanah air sebagai juadah istimewa. Selain nasi minyak, nasi tomato dan beraneka jenis nasi lain, nasi yang satu ini juga unik.

Apa kata raya kali ini kita cari kelainan dengan menyediakan gabungan Nasi Lobak Merah dengan Ayam Masak Merah pula yang pastinya memberikan sedikit kelainan di pagi raya anda. Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini memang cukup ringkas malah hendak menyediakannya juga cukup mudah. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Sotong Kukus Limau Marvelous Pembuka Selera Menggantikan Menu Berkuah!

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah Orang Kahwin Untuk Raya Nanti, Paling Simple Tapi Super Sedap!

 


Saya masak yang paling simple. Barang semua ada kat rumah.

IKLAN

Nasi Carrot

Bahan-bahan:
Beras basmathi (rendam 30 minit toskan, letak dalam rice cooker)
Carrot 1 btg (direbus dan diblend)
Tomato 1 biji dan dibuang biji ( rebus bersama carrot dan blend)
Kiub ayam 1
Bwg besar -dihiris
Halia -dihiris
Daun pandan -2 helai
3 sekawan
Marjerin dan minyak masak utk menumis

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah Orang Kahwin Untuk Raya Nanti, Paling Simple Tapi Super Sedap!Letakkan majerin dan minyak masak ke dalam kuali. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia hingga garing. Kemudian masukkan daun pandan.

Masukkan carrot dan tomato yang telah diblend dan masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.

IKLAN

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah Orang Kahwin Untuk Raya Nanti, Paling Simple Tapi Super Sedap!Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi berisi beras. Kalau basmathi sukatan 2 cup beras 4 cup air. Kalau beras biasa, sukat seperti masak nasi biasa.

Tekan je dan tunggu sehingga masak.

Ayam masak merah

Bahan-bahan:
Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
3 sekawan
Tomato -dibuang biji dan hiris
Daun pandan
Cili kering blend bersama bwng putih dan merah
Sos cili
Bwng besar hiris
Gula merah (suka gula merah jenis dulu-dulu tu)

IKLAN

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah Orang Kahwin Untuk Raya Nanti, Paling Simple Tapi Super Sedap!
Tumis 3 sekawan, bawang besar dan daun pandan. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris.

Masukkan cili blend tumis sehingga garing. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah.

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah Orang Kahwin Untuk Raya Nanti, Paling Simple Tapi Super Sedap!Masukkan ayam yang telah di goreng gaul sebati beberapa minit.

Siap!

Resipi wajib cuba: Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup, Viral Sampai 58K Share, Simple Je!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI