Kebanyakkan dari kita kurang gemarkan popia kerana inti sayurnya yang sarat. Apa kata ubah kelainan dengan menggunakan inti yang berbeza selain dari sayur. Pisang antara salah satu bahan inti yang paling menarik untuk di cuba malah disukai anak-anak kita.
Resipi POPIS, yang menggunakan inti pisang dalam kulit popia ini memang awesome. Paling menarik, tak perlu masak pun malah teramat mudah untuk disediakan. Jom cuba resipi Puan Munierah Eyra ini. Memang awesome!
Korang menu apa petang ni? Che’ buat POPIS (popia+pisang). Caranya pun tak lah susah mana. Korang boleh cuba!
Bahan-bahannya:
Kulit popia
Pisang
Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan popia)
Susu pekat (guna untuk topping cheese)
Jem coklat pilihan
Serbuk Oreo
Cheedar cheese
Cornflakes
Nestum
Potong pisang dua bahagian.
Ads
Ambil kulit popia, letakkan pisang macam dalam gambar.
Anak-anak suka dengan makanan manis yang menyelerakan. Hidangan seperti kek cawan, pudding roti dan jeli aiskrim tentu jadi pilihan untuk hidangan pemanis mulut si manja. Variasi pilihan resipi khusus untuk si kecil anda jadikan hidangan pemanis mulut untuk anda jadikan pembuka selera mereka.
Buntu mama memikirkan resipi untuk si manja lagi-lagi resipi kuih muih ataupun kudap-kudapan. Jangan risau, di sini disertakan 10 resipi kudap-kudapan bayi yang hanya menggunakan bahan di dapur sahaja.
Di sini mami ingin berkongsi antara menu kudap-kudap eshan yg mami sediakan hanya dgn menggunakan bahan² yg ada di dapur. tak perlu pun bahan mahal atau bahan organik, tapi inshaallah masih mampu utk menyediakan menu best, sihat dan berkhasiat utk anak dan paling penting still NO SALT NO SUGAR
PENGAT JAGUNG KELEDEK BERSAGU
– 1 cawan jagung
– 1 cawan keledek oren
– 1 genggam sagu kecil
– 1 genggam kismis
– 3 sudu puree kurma
– daun pandan
– 1 sudu cream cheese tatura
– 1 kotak susu fernleaf full cream (any brand pun boleh, santan juga boleh)
– didihkan air di dalam periuk.
– apabila air tlh mendidih, masukkan jagung dan juga keledek. masak sehingga lembut.
– apabila telah lembut, masukkan kismis dan sagu kecil sehingga sagu masak iaitu berubah
warna jernih.
– kemudian, masukkan cream cheese tatura dan puree kurma.
– last sekali, tuangkan susu fernleaf full cream dan boleh padamkan api.
SAGU GULA MELAKA VERSI BABY – sagu kecil
– puree buah naga (tak letak takpa. mami saja nak bagi colour sagu rendang tu menarik)
– air secukupnya
– daun pandan
– puree kurma
– fresh milk @ susu formula @ santan @ ebm
– mula² basuh sagu dan rendam dlm stgh jam (nak cepat masak masa merebus).
kemudian, rebuskan bersama puree buah naga sehingga warna sagu berubah jernih
– apabila sejuk, masukkan dlm peti sejuk utk dibekukan.
– utk air gula pula, mami guna air, puree kurma, dan juga daun pandan. rebus
kesemuanya.
– bila telah beku, bolehla diambil, tuangkan air gula dan curah fresh milk. siap!
mula² blendkan bahan² bertanda *. kemudian, sapukan ub ke atas loyang dn juga roti. koyak² roti dan susun di dlm loyang. tuangkan bahan blend dan tekan² sedikit agar menyerap ke dalam roti. bakar dgn suhu 160 selama 20mnt atau sehingga kekuningan. nak kukus pun boleh.
masak kesemua bahan sehingga sebati kecuali tepung jagung. bila telah kelihatan sebati, tuangkan tepung sedikit² dan kacau sehingga menjadi sedikit pekat. matikan api.
– satukan kesemua bahan² di dalam bekas.
– kemudian, masukkan ke dalam mould ais krim.
– bekukan di dalam fridge semalaman.
– apabila telah beku, sedia utk dimakan.
p/s: sukatan bahan ini boleh menjadi 5 batang homemade aiskrim.
– mula² steam @ rebuskan kentang sehingga betul² lembut. kemudian, lenyekkan kentang
sehingga hancur.
– kemudian, tambahkan tepung gandum unbleached sedikit demi sedikit sehingga adunan
tidak melekat dan boleh dibentukkan.
– utk mengelakkan adunan melekat di tangan, sapukan nipis tepung di tangan dan ambil
adunan tersebut barulah dilenyek2 di tapak tangan.
– masukkan puree kurma dan cheese. kemudian katupkan semula dan bulat2kan adunan
kentang tersebut.
– gorengkan dengan minyak penuh sehingga kekuningan.
CHEESY MINI PUMPKIN STICK
-1½ cawan labu (kukus)
-2 sudu puree kurma
-3 sudu tepung jagung
-tepung gandum unbleached (agak² sehingga doh tak melekat)
-3 sudu cream cheese tatura
satukan kesemua bahan dan gaul sebati. kemudian bentukkan mengikut kreativiti masing².
p/s : kena sesuaikan kuantiti tepung ya sebab kadang tekstur labu steam atau puree kurma juga mempengaruhi kejadian doh tersebut.
– satukan kesemua bahan kecuali tepung dan gaul² sehingga sebati.
– apabila telah sebati, masukkan tepung sesudu demi sesudu dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
– setelah itu, bentukkan donat mengikut kreativiti masing².
– tips sy, utk elakkan doh melekat di tangan ketika membentuk donat, lapiskan tepung gandum sedikit di jari2. jangan guna minyak ya sebab minyak dia berlawanan dgn sifat yis, so nanti adunan akan kembang lambat.
– setelah itu, biarkan seketika sehingga donat naik cantik.
– apabila telah naik, bolehlah digoreng seperti biasa. dan jika ada baki dan ingiN difrozenkan, gorengkan seketika barulah disimpan.
PASTA EGG MUFFIN
bahan A
-pasta rebus
bahan B
-bebawangs
-isi ayam
-carrot
-cauliflower
-tomato
-cendawan
-cream cheese tatura
-tumiskan bebawangs dgn menggunakan minyak masak sehingga kekuningan. masukkn isi ayam dan diikuti sayur² lain mengikut urutan (yg lambat masak masukkan dahulu). last sekali masukkan cream cheese tatura dan padamkan api.
bahan C
-telur
-satukan kesemua bahan A,B dan C. make sure jumlah telur itu boleh menenggelamkan kesemua bahan ya.
-setelah itu masukkn ke dalam muffin tray yg telah dioles dgn unsalted butter.
-bakar dgn suhu 180 selama 25mnit. siap!
mula² rebuskan kentang. setelah empuk, lenyek² dsn ketepikan. dalam kuali, tumiskan bebawangs dgn menggunakan unsalted butter sehingga naik bau. setelah itu masukkan isi ayam dan carrot yg telah dicincang kecil.
apabila telah masak, masukkan pula sawi pakchoy dan cream cheese dan tutupkan api. tuangkn kentang lenyek, nasi dan tumisan ayam dlm bekas lain. gaul² sehingga sebati. kemudian bentukkannya bulat² atau mebgikut kreativiti ibu². cara saya, saya akan masukkan di dalam chiller sebelum menggoreng agar ketulan rice ball kukuh dan tidak berderai ketika digoreng.
30minit sudah memadai ya. boleh digoreng menggunakan salutan telur, bancuhan tepung atau tanpa disalut apa². jika tidak mahu menggorengnya juga boleh sbb bahan² telah masak semuanya.
boleh juga jika ingin difrozenkan. golekkan rice ball di atas tpung gandum secara nipis dan gorengkan seketika, dan boleh frozen spt biasa.
CHEESY DORY STUFFED BAKED POTATO
-kentang (direbus)
-ikan dori (boleh juga guna ayam dan daging)
-unsalted butter
-bawang putih (tumbuk)
-halia (tumbuk)
-carrot
-daun sup
-cream cheese tatura
-cheese stick
-Mula² rebuskan kentang sehingga empuk. angkat dan apabila telah suam², keluarkan isi kentang tengah seperti dlm gmbar di bawah.
-Kemudian, dlm kuali, tumiskan bawang putih dan halia dgn menggunakan unsalted butter. setelah naik bau,masukkan pula carrot dan kacau² lagi. apabila carrot mulai masak, masukkan pula ikan dori dan kacau² sebati. apabila telah masak, boleh taburkan daun sup dan masukkan cream cheese tatura. gaul² rata dan matikan api.
– Ambil isi kentang yg telah dikeluarkan tadi dan masukkan di dalam tumisan ikan dori. gaul2 sebati lagi. setelah itu, sudukan ia ke dalam kentang yg tlh dikeluarkan isinya tadi. tekan² sedikit agar isi tersebut agak padat.
-Setelah siap, taburkan cheese di atasnya. (saya hanya menggunakan cheese stick yg dikerat2 sendiri).
-Bakar dengan menggunakan suhu 180 selama 20minit atau sehingga cheese meleleh dan kentang agak kekuningan.
Sotong Paht Phet, kata orang jika anda menyediakan menu ini mudah kerja memasak jadinya. Apa tidaknya meskipun anda sediakan satu menu, namun ianya lengkap dengan hidangan sayur!
Bukan itu sahaja, hidangan ini juga sangat sedap kerana ia mempunyai rasa pedas dan beraroma yang mampu menyuntik selera untuk anda makan bertambah.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya? Jadi apa kata ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api .
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.