Setiap kali membeli fish cake atau fish ball di kedai, hati pasti terasa sedikit ragu bagaimana cara pembuatannya. Adakah ia bersih dan selamat untuk dihidangkan kepada anak-anak kita. Bagi mengelakkan keraguan dan pasti lebih bersih dan menjimatkan apa kata kita sajikan fish cake sendiri untuk anak di rumah. Baru lah rasa selamat dan makan tanpa ragu.

Resipi homemade fish cake yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Namun yang paling penting ia bersih, halal dan sangat menjimatkan kita. Nak buatnya pun cukup mudah. Jadi jom cuba!


Resepinya
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend rasa, jangan masin sangat ye sebab nanti time sejuk lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)

** Anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan letak air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah… so abaikan sukatan air tu.

Ambil isi ikan tenggiri, kulit takmau ye dan diblend halus. Saya guna food prosessor.

Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)

IKLAN

Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.

Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.

Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. (Macam buat serimuka) ratakan ia serta padatkannya.

Menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak

Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong sepertimana bentuk fishcake.

Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah.

DHA Baik Untuk Sistem Saraf & Sel Otak Anak
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan.

DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak terutama kepada anak-anak kita.

Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.

Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting. Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:

Salmon (Atlantic, Chinook, Coho, Pink, Sockeye)
Tilapia
Pollock (Atlantic & Walleye)
Flounder
Haddock
Ikan keli
Kerang
Tiram
Udang
Kerang scallops

2 jenis ikan yang terbaik untuk kanak-kanak adalah:

Salmon
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.

Tuna
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.