Anak-anak kita yang sedang aktif membesar selalu punya keinginan untuk mencuba pelbagai jenis menu. Salah satu menu yang boleh dicuba untuk anak-anak adalah Scotch Egg.
Gabungan daging kisar dan telur rebus ini lain macam sedapnya. Tak mahu nasi, boleh gantikan dengan bebola Scotch Egg ini. Memang padu! Jom cuba perkongsian resipi Wan LuQman ini.
Pernah makan tak scotch egg? Kebiasaanya restoran-restoran high ada jual menu ni. Takde la high end sangat, contoh macam cafe yang konsep macam Naj & Belle ke, Kenny Hills Bakers ke, VCR, Kleptokrat, Kalico, STG, LOKL, Leaf & Co, Colonial dan seangkatan dengannya.
Scotch egg ni makanan barat, kalau tak silap England, not Amerika. Kemudian dia berevolusi ke pelbagai gaya dan cara mengikut kreativiti chef tersebut. Nak buat ni kena ada skill dan ketekunan dan aku masih gagal.
Sebaiknya telur rebus tu 3 suku masak, kuning dia cair-cair. Sebab tu dia mahal, dia ada seni, soul, teknik.
Bahan² utama dia super simple:
Telur
Daging Kisar
Garam dan lada hitam
Ads
Guna telur saiz kecik je. Saiz C-D dan rebus. Korang tengok, awal² dah gagal…telur dah pecah haha. Mungkin telur tak berapa fresh dah. Nak lagi mudah, kalau ada alat yang untuk buat telur separuh masak tu lebih baik.
Kenapa lebih baik guna telur kecik? Pasal senang nak bungkus. Sebelum bungkus ni, korang gaul la dulu garam dan serbuk lada hitam ye.
Ada 3 station nak kena lalu dulu sebelum goreng. Lepas balut telur dengan daging, golek dalam tepung, lepas tu ke dalam telur kemudian golek ke dalam serbuk panko.
Ni panko breadcrumb lebihan masa buat chicken katsu 5 hari lepas. Bila dah beli barang, lepas tu ada lebih jangan simpan lama². Sedar-sedar dah expired. Make use of it ye. Jangan bazir.
Ads
Kemudian deep fried.
Angkat dan toskan.
Ads
Boleh hidangkan bersama kentang putar, salad dan pasta. Siap!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Sesekali ubah selera anak pastinya buat anak teruja hendak makan. Roti Pizza Ekstra Chezzy ini pasti buat anak buka mata. Maklumlah taburan cheesenya cukup padu. Pasti buat anak teruja.
Resipi ringkas ini bukan hanya buat anak teruja bahkan cukup mudah hendak disediakan. Jadi dapatlah mama jimatkan masa di dapur. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi.
Resepi Roti Pizza Ekstra Chezzy. Kebetulan dapat berita seluruh sekolah dah mula cuti panjang kan. Jenuhlah sekalian mak cari resepi mudah nak masak dekat anak-anak nanti. Haa cikgu bakar guna pan je. Tak guna AF ke apa. Mudahkan kerja mak-mak.
Cikgu suka bagi gambar satu-satu. Senang nak rujuk resepi. Walaupun caranya ringkas, pizza ini sangat sedappp. Ini resepinya.
Sediakan bahan-bahan seperti di atas:
5 keping Roti gardenia wholemeal( nak guna putih pun boleh)
2 batang sosej -digrill seketika
Hirisan bawang merah
1/8 cili benggala
5-6 biji cendawan butang
Semangkuk kecil cheese mozarella
Sos spagetti
Daun parsley kering
Sos cili dan mayonis
Roti gardenia potong dua. Kemudian sapu planta@marjerin kedua-dua belah. Susun atas pan. Bakar sekejap sebelah bawah sedikit garing. Sebelah atas tak perlu ya. Tutup api.
Kemudian terbalikkan. Bahagian garing tadi disapu dengan sedikit sos Prego.
Susun sosej, cendawan butang dan hirisan bawang merah Bombay.
Kemudian taburkan cheese mozarella dan paip nipis mayonis serta sos. Taburkan juga sedikit daun parsley.Buka api semula paling perlahan.
Tutup pan guna tudung periuk.
Angkat setelah keju mencair. Ingat ya. Api jangan buka besar. Nanti bawah hangit sebelum sempat cheese cair.
Hidangkan panas-panas bersama teh ‘cantik’. Ahaa. Teh O + bunga mawar.
Hari ini kita sudah masuk 18 hari berpuasa. Cepatnya masa berlalu, tahu-tahu esok lusa kita akan beraya. Walaupun raya tahun ini berbeza sedikit dari tahun-tahun yang sebelumnya, ia tidak seharusnya menghalang untuk kita mensyukuri nikmat Aidilfitri.
Untuk para ibu yang masih berhempas-pulas menyiapkan kuih raya untuk tahun ini, bolehlah cuba resipi tat Cadburry seperti yang dikongsikan oleh Zunnur Afiqah ini. Kalau biasanya kita gunakan jem nenas di dalam tat, untuk resipi ini digantikan dengan coklat.
Hi semua .. mummy ustaz baby here .. Sementara bersahur and rehatkan badan baru selesai buat biskut .. saja nak gembirakan hati sendiri sebab kenangkan x dapat balik raya so nak share resepi tart 🙈 .. try la buat sesiapa yang tengah riki2 nak buat biskut raya apa tahun ni ..
🥮 250g butter 🥮 2 sudu besar gula ising 🥮 1 tutup esen vanila 🥮 pewarna 🥮 1 biji kuning telur 🥮 2 sudu besar tepung jagung 🥮 400g tepung
Cara2 dkt gmba .. Check it out ~
*dalam gamba ni mummy ustaz baby buat 3 adunan sekali gus ..
selamat mencuba semua 💋
1) arwah mak dulu2 kalau nak buat biskut dia akan jemur tepung bawah cahaya matahari .. saya goreng atas dapur ja .. api kecik ja nanti tepung hangus . Dah goreng biarkan dia rehat dulu
*tepung jenama apa2 .. cap ros ke sauh ke. Ok ja tapi mostly guna cap ros kalau buat biskut tapi dalam gmba ni guna cap sauh
2) Dalam besen lain masukan 250 g butter ( mummy guna margerine cap pelangi ) n 2 sudu besar gula ising .. kalau Nk rasa manis letak la 3 sudu besar .. gaul rata
3) tadaaaaa.. masukkan esen vanila n pewarna .. harini mummy ustaz baby buat tart warna purple .. kalau nak tart cadbury ada rasa Red velvet ke , blueberry ke boleh letak sekali time ni ya .. letak 1 tutup juga
* di ingatkan dalam gamba ni mummy ustaz baby buat untuk 3 adunan sekali gus .. tu ada 3 kuning telur
5) masukkan 2 sudu tepung jagung
6) masukkan 400 tepung tadi .. ayak kan tepung.. masuk sikit2
7) sebatikan adunan sampai jadi mcm ni .. sampai x melekat kat tangan
* adunan akan melekat sikit2 kt tangan ja .. jgn gelabah takut x jadi ..
8) tinggalkan sikit adunan dalam besen n selebihnya masukkan dalam plastik untuk nak elakkan adunan keras kena angin
9) piping mcm biasa .. In shaa Allah kalau ikut sukatan betul senang ja nak piping .. tak keras pun
* kalau keluarkan dari dalam plastik tadi dia mcm keras sikit dari waktu nak masukkkan dalam plastik tadi , uli semula , nanti akan jadi lembut balik
10) letak cadbury flipkan mcm ni ja
11) potong kan dia ., mummy guna blender punya pengacau tu ja 😅😅😅
12) tadaaaaaaaa!!! Dh siap piping n letak cadbury ..
13) letak ap2 atas tart tadi .. suka hati nak letak badam ke , choc rice ke.. ikut selera masing2 .. bakar dalam oven 165 c / 15 minit @ mengikut kesesuaian oven masing2 .. oven mummy ustaz baby kecik ja .. boleh masuk loyang 10 inchi
14) ni contoh warna merah
15) ni contoh warna kuning .. selamat mencuba 🌸
Kalau buat tat coklat ni, puas hati. Makan tak berhenti. Sedap berlemak. Rasa rapuh kulit tat dengan manis coklat memang tak cukup kalau setakat makan sebiji dua. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak susah makan, mama mulalah risau. Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan, lagilah pening mama dibuatnya. Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ini boleh juga dialami oleh anak yangsu dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu berjumpa pakar pemakanan membuatkan beliau ‘mencipta’ beberapa resipi untuk memastikan berat anaknya seimbang.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas.
ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur-sayuran pilihan (cendawan enoki, lobak merah dan kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
1.Buat telur hancur (scramble egg). Angkat dan ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur dan buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan* dan lain-lain). Biarkan air/jusnya merenih dan kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan nasi.
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma dan jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Menurut pakar pemakanan, kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dan lain-lain) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik-baiknya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif dan boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang sudah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan.
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka dan sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil mentega
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis dan buangkan buih-buih yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar-benar lembut.
5. Masukkan santan pekat dan mentega. Kacau dan lenyek-lenyekkan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung dan potong kecil. Cairkan mentega dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit.
BAYI 8 BULAN++
-Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
-Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) dan campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
-Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti dan bakar dalam pan.
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti.
2. Sapukan kacang hijau.
3. Gulung dan potongkan roti kecil-kecil.
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat).
5. Bakar dan balik-balikkan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka itu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)
Bahan-bahan:
1 cawan agar-agar tali (dipotong pendek dan disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:
1. Renihkan agar-agar dalam air hingga larut.
2. Masukkan susu, santan dan keju.
3. Kacau hingga keju cair dan air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar-agar tali dan air/susu/santan
Agar-agar ini rasanya lemak-lemak masin (dari santan dan keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) dan dikisar halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan dan agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, boleh gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan mentega bersama minyak zaitun kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam dan kacau. Masak sehingga lembut dan hingga keluar jus cendawan. Tutup api dan kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) dan panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam dan semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih dan ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik-balikkan dan bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis dan naikkan rasa kuah percik