3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.
4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.
5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.
Ads
6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.
7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti.
Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.
8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.
Ads
*Ikuti tips ini yang dikongsikan oleh doktor aimi, Insyaallah, akan nampak hasilnya. Apabila anak sudah pandai makan, mudahlah ibu bapa tidak perlu lagi pening-pening mahu pergi beli susu formula banyak-banyak lagi. Kos juga dapat dikurangkan. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Sumber : Dr Aimi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah tahu tak pisang boleh buat sembelit, pisang juga boleh bantu rawat sembelit. Pilih pisang yang betul-betul ranum untuk elakkan risiko anak sembelit.
Pisang yang belum sepenuhnya ranum, tinggi dengan kandungan kanji susah hadam. Atau nama lain resistant starch.
Elakkan yang macam ni kalau anak asyik sembelit bila makan pisang.
Resistant starch ni yang buat anak susah nak membuang bila makan pisang. Pilih pisang warna kuning yang dah ranum, elakkan yang masih kuning kehijauan.
Anak mungkin akan sembelit sebab kanji dalam pisang kuning kehijauan susah untuk dihadam. Usus anak tak dapat jalankan fungsi dengan baik. Maka akan susah nak membuang.
Pisang macam ni mungkin boleh rawat sembelit.
Pisang ranum tinggi kandungan antioksida dan fiber mudah larut. Ini akan bantu anak lagi mudah nak membuang.
Sebab tu ada baby makan pisang, sembelit teruk sangat, tapi ada baby yang makan, laju je membuang.
Kena tengok balik pisang apa yang ibu bagi. Sebaiknya cari yang betul-betul ranum, untuk elakkan masalah macam ni.
Blend campur santan bagi anak minum. Mudah nak membuang nanti. Tinggi antioksida tau pisang macam ni.
Pun begitu, kena kenal jugak perut anak, sesuai atau tidak dengan pisang. Kalau makan pisang ranum pun masih jadi sembelit, elakkan dulu dari anak. Penting untuk anak membuang setiap hari supaya toksin tak kekal dalam badan anak.
Cari buah lain yang sesuai. Yang mana bila anak makan, mudah juga untuk dia keluarkan.
Pisang ranum atau belum ranum, yang pastinya dua-dua pun ada kebaikan masing-masing.
Tahap keranuman pisang.
Ranum elakkan sembelit. Belum ranum bantu kurangkan cirit-birit.
Indahkan real food sebenarnya. Selain anak dapat kenyang, proses penyembuhan pun boleh berlaku kalau kena caranya.
Kita sama-sama banyakkan real food dan kurangkan makanan proses dari anak-anak ya.
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Kesan makan makanan tidak sihat ini selalunya lepas 10-15 tahun. Kalau dari umur 10 tahun dah makan jajan, makanan banyak MSG pengawet perasa pewarna dan transfat, minum air gas, makanan banyak refined karbo, minuman sangat manis, tak minum air kosong, pilih air sejuk manis, tak makan sayur, agak-agak umur berapa baru dapat kesan masalah penyakit kronik?
Cuba kita kira…
Pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang juga akan menyebabkan anak kekurangan nutrisi. Kekurangan nutrsi sangat bahaya untuk perkembangan anak-anak.
Apakah yang menyebabkan kurang nutrisi?
Kekurangan nutrisi mungkin terjadi akibat makan terlalu sedikit atau terlalu banyak. Selain itu, pengambilan bahan makanan mengandungi lemak, gula dan garam yang tidak mencukupi juga menyebabkan kekurangan nutrisi.
Tabiat makanan yang tidak seimbang juga akan mengakibatkan kesan negatif teradap kesihatan. Pengambilan protein, serat, vitamin dan sebagainya perlu seimbang bagi menjamin kesihatan individu.
Apakah kesan kekurangan nutrisi terhadap anak anda?
Kanak-kanak yang mengamalkan tabiat pemakanan tidak seimbang berisiko tinggi mengalami pelbagai jenis kondisi kesihatan, antaranya:
Osteoporosis.
Penyakit kardiovaskular. Pengambilan lemak, gula dan garam yang berlebihan akan menyebabkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi serta atherosclerosisas.
Menyebabkan gangguan pernafasan.
Obesiti. Kondisi ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi yang lain. Obesiti disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang berlebihan. Kondisi ini juga merupakan punca kepada pelbagai penyakit seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, gangguan pemakanan, masalah imej serta masalah psikologi untuk jangka masa panjang.
Mempengaruhi mental dan emosi. Kebanyakan kanak-kanak yang membesar dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat cenderung mengalami masalah psikologi yang membimbangkan seperti kegelisahan atau masalah pembelajaran. Kekurangan nutrisi ini juga malangnya boleh mengakibatkan kanak-kanak tidak mencapai kebolehan atau mengasah bakat mereka secara maksimum.
Menjejaskan pembelajaran. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti. Mereka juga kebiasaannya tidak mempunyai ramai kawan akibat masalah tingkah laku mereka yang sangat merisaukan ibu bapa.
Menyebabkan pelbagai penyakit. Kekurangan nutrisi dan obesiti juga akan mengakibatkan penyakit kronik yang lain seperti diabetes jenis 2. Kondisi membimbangkan ini boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Tip pengambilan nutrisi yang seimbang untuk anak anda
Makan pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan setiap hari.
Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tidak dinafikan masalah anak cerewet makan adalah masalah yang selalu dihadapi ibu bapa. Buntu dibuatnya bila semua makanan dia tak suka!
Bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak yang cerewet makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah tumbesaran kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa hendaklah melipat gandakan usaha dalam menangani permasalahan ini.
Dalam hal ini, ibu bapa perlulah mengutamakan makanan dari sumber semula jadi selain daripada pengambilan multivitamin yang mengandungi Lysine sebagai suplemen. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi menangani anak yang cerewet makan:
#1.Tetapkan jadual makan
Tiga waktu hidangan utama dan berselang seli dengan tiga waktu snek. Pilihan snek boleh terdiri daripada buah-buahan segar, biskut dan roti. Elakkan minuman ringan, manis, berjus dan bersusu semasa snek kerana itu boleh menyebabkan anak kurang selera makan semasa hidangan utama.
#2. Waktu makan menyeronokkkan
Jadikan waktu makan satu pengalaman yang seronok. Nikmati waktu makan bersama seluruh ahli keluarga. Tutup televisyen dan berikan tumpuan ke arah hidangan yang terhidang di atas meja makan. Kanak-kanak akan jadi lebih bersemangat bila melihat ahli keluarga yang lain juga makan bersama.
#3. Kreatif dalam penyediaan makanan
Hidangkan sayur-sayuran bersama sos pencicah mayonis atau buah-buahan dimakan bersama celupan sos coklat. Potong makanan kepada bentuk yang kelihatan menarik. Pelbagaikan warna makanan dalam satu pinggan lobak yang berwarna oren, brokoli yang berwarna hijau dan tomato yang berwarna merah.
#4. Perkenalkan makanan baru satu persatu
Selalunya anak akan mencuba dahulu secubit sebelum dia berani untuk makan makanan yang baru. Jika dia tidak mahu pada pertama kali, cuba lagi beberapa kali sehingga dia mahu merasa. Galakkan dengan bercerita mengenai warna, bau dan rasa makanan itu. Bukan sekadar mengatakan makanan itu sedap. Hidangkan makanan baru itu sekali dengan makanan yang dia sudah biasa.
#5. Jangan upah makanan ringan
Jangan sesekali menjanjikan aiskrim jika anak anda mampu menghabiskan sebiji epal. Itu boleh mengelirukan pertimbangan mereka. Sebaliknya, tetapkan satu hari yang dibenarkan makan aiskrim dalam seminggu.
#6. Libatkan mereka
Apabila sedang membeli-belah di pasar raya, minta mereka pilihkan sayur dan buah dan masukkan ke dalam bakul. Jangan beli makanan yang tidak sihat yang anda tidak mahu mereka makan. Di rumah, galakkan mereka membantu anda membasuh sayur, atau menyiapkan meja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.