Kita memang tak perasan tapi ada waktunya anak tiba-tiba batuk lepas makan buah. Sebab apa? Sebabnya buah yang kita beli tidak dicuci dengan cara yang betul.
Kesan kotoran dan kesan lilin yang melindungi buah itu sebenarnya yang buat kesihatan anak terjejas. Jadi kalau beli buah di pasaraya, cepat-cepat basuh dulu ikut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan ini. Simple je guna tiga bahan ini.
Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.
Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.
Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.
Dalam buah, dan sayur jugak. Ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Garam. Cuka. Soda bikarbonat. Salah satu dari 3 bahan ni, wajib ada kat rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.
Ads
Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi.
Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.
Ratio untuk basuh buah dan sayur;
Ads
Garam 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
Cuka 1 cawan cuka : 3 cawan air
Soda bikarbonat 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air
Kacau bagi sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit.
Kalini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Korang tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.
“Saya baru sahaja melahirkan anak sulung. Saya ingin tahu apakah amalan pemakanan yang boleh membantu saya mendapatkan anak yang cerdik otaknya”. Pasti ramai ibu bapa yang inginkan anak cerdik dan pandai seperti ibu ini.
Pemakanan sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental anak-anak. Melalui pemakanan yang baik dan sihat mampu membina sel otak anak dengan baik. Ikuti perkongian daripada Noorlailina Moha Mohtar, Pegawai Dietetik Hospital Sultanah Bahiyah tentang bagaimana makanan boleh menjadikan anak bijak.
Soalan ini adalah soalan yang sering kali saya terima ketika berbincang dengan ibu-ibu hamil. Saya lihat mereka sanggup berpantang pelbagai perkara yang dirasakan boleh menjejaskan tumbesaran anak ketika mengandung, tetapi mula lupa tentang aspek yang perlu dititikberatkan selepas anak dilahirkan dan dalam proses membesar.
Pemakanan bayi memberi kesan kepada perkembangan otaknya bermula di antara pertengahan kehamilan dan usia dua tahun. Pertumbuhan otak yang tidak mencukupi menjelaskan mengapa kanak-kanak yang kekurangan nutrisi semasa janin dan bayi mengalami defisit tingkah laku dan kemahiran kognitif seperti lambat bercakap, IQ rendah dan pencapaian akademik yang rendah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu puan dan suami lakukan bagi memastikan anak membesar sebagai seorang anak yang pintar.
1. Selepas kelahiran, pertumbuhan otak ini sangat bergantung kepada kualiti pemakanannya. Susu ibu menawarkan campuran nutrien paling baik untuk menggalakkan pertumbuhan otak. Oleh yang demikian, kualiti susu ibu sangat bergantung kepada kualiti pemakanan puan. Elakkan makanan diproses seperti jeruk, keropok, kerepek dan lain-lain lagi. Variasikan jenis makanan dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bermakna lebih banyak vitamin yang diperolehi daripada jenis makanan tersebut.
2. Pilih makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Banyakkan makan ikan terutamanya ikan yang tinggi dengan Omega-3 seperti salmon, tenggiri dan kembung. Selain itu, dapatkannya juga daripada suplemen seperti minyak ikan atau makanan yang telah ditambah dengan omega-3 seperti telur, susu dan lain-lain.
3. Setelah bayi mencapai usia enam bulan, kenalkan dia kepada makanan yang sihat dan lengkap. Dia boleh diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijadikan puri. Masukkan sumber protein secara perlahan-lahan ke dalam menu hariannya. Puri boleh dicampurkan dengan perahan susu ibu untuk menjadikannya lebih berkhasiat dan enak. Jangan hadkan pemakanan anda hanya dengan bubur nasi atau bijirin komersial semata-mata.
4. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan defisit kognitif pada anak. Oleh itu, penting untuk beri dia zat besi mencukupi. Zat besi bukan sahaja banyak terdapat dalam kerangan dan organ dalaman tetapi turut wujud di dalam lauk pauk seharian seperti ayam, daging dan ikan.
5. Beri anak makan banyak sayur dan akhiri dengan buah-buahan sitrus yang tinggi dengan Vitamin C. Zat besi adalah kritikal untuk mengekalkan kebolehan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan.
6.Jika anak tidak disusukan dengan susu ibu, pilihlah susu formula bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Susu-susu ini diformulakan untuk meniru formula yang terdapat di dalam susu ibu. Namun, harus diingatkan bahawa susu ibu mempunyai lebih keupayaan untuk meningkatkan kepintaran anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda penggemar buah pisang, anda mungkin tahu bahawa sebenarnya ada banyak jenis jenis pisang dengan pelbagai nama yang unik. Tidak hanya itu, setiap daripada jenis itu juga mungkin mempunyai manfaat tersendiri terhadap kesihatan. Jom terus baca artikel ini!
Pisang bukan berwarna hijau dan kuning sahaja?
Kebanyakan individu mungkin sangka bahawa buah ini cuma ada dua jenis dan akan dibezakan daripada warna iaitu hijau dan kuning sedangkan sangkaan ini tidak begitu tepat.
Ini kerana warna pada kulit pisang itu sebenarnya hanya akan menunjukkan kepada kita semua sama ada ia sudah masak (warna kekuningan) atau belum matang (warna kehijauan).
Ia juga mampu menentukan cara untuk anda mengambil buah ini dan ada 3 kaedah utama memasaknya iaitu:
Warna hijau – Disebabkan tekstur yang agak keras dan rasa kurang manis, ia sesuai untuk digoreng dengan tepung dan minyak
Warna kuning cerah – Ia boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dijadikan minuman
Warna kuning gelap – Ia boleh dilenyek atau dikisar untuk dijadikan snek cucur pisang
Persoalannya, apa pula jenis jenis pisang yang dimaksudkan di awal artikel? Terus skrol artikel ini!
Jenis pisang dan manfaat buah ini pada kesihatan!
Untuk pengetahuan anda semua, buah ini memang ada banyak jenis dan mempunyai manfaat terhadap kesihatan yang tersendiri termasuk:
#1. Susu
Merupakan jenis pisang yang paling umum dan biasa, pisang susu dipercayai ada manfaat yang sangat bagus terhadap ibu hamil kerana ia tinggi dengan asid folik atau folat.
Tidak hanya itu, pisang ini juga mampu membantu merawat masalah mual atau muntah akibat loya. Jadi, pengambilannya mungkin agak bagus di saat anda tidak sedap perut.
Pun begitu, ia mungkin agak tinggi dengan kalori yang boleh menjejaskan berat badan individu.
2. Montel
Dikenali ekoran bentuknya yang agak gemuk dan bulat sesuai dengan nama, pisang montel mempunyai rasa yang agak manis serta sedap untuk dimakan dengan begitu sahaja.
Ia tinggi dengan nutrisi serat, karbohidrat, protein, lemak dan dipercayai sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman individu apabila ada masalah.
Apa yang agak menarik, pengambilan buah ini setiap hari dikatakan juga bagus untuk penglihatan yang lebih jelas.
3. Abu
Ramai yang mungkin mempersoal dan mempersenda nama pisang ini namun belum tahu jika ia mempunyai vitamin dari jenis B, C, kalium, potasium dan lain-lain yang sangat tinggi.
Turut tinggi dengan nutrien serat, ia bagus jika anda ada masalah sembelit atau buasir kerana jenis pisang ini adalah amat bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anda.
Ia juga agak mudah ditemui dan biasa dijadikan pisang goreng ekoran tekstur yang kenyal serta rasa yang manis mengalahkan pisang nangka yang turut popular atas sebab sama.
4. Raja
Jangan pula keliru dengan pisang ini dan pisang emas. Ini kerana pisang raja mungkin lebih tinggi nutrisi seperti serat, mangan, protein, kalium, magnesium dan vitamin dari jenis A, B6 dan C.
Disebabkan vitamin serta mineral yang sangat padat di dalamnya, pisang ini mungkin mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sumber tenaga tubuh badan individu itu.
Ia juga ada manfaat untuk tulang, mata, otak, serta membantu melawan penyakit seperti anemia.
5. Tanduk
Pisang yang paling panjang dan besar ini juga sangat padat dengan banyak nutrisi seperti serat, folat, magnesium, kalium, zat besi dan pelbagai lain jenis vitamin serta mineral.
Manfaatnya pula tentu sekali dapat mengatasi masalah perut seperti sembelit dan buasir. Apa yang lebih bagus, ia juga baik jika anda ada masalah kesihatan organ ginjal dan buah pinggang.
Anda juga tidak perlu makan terlalu banyak untuk mendapatkan manfaat kerana saiznya yang luar biasa.
Adakah wujud lagi jenis-jenis yang lain?
Ya, ada. Buat anda yang mungkin belum tahu, wujud lagi pisang nangka, pisang emas, pisang awak dan lain-lain yang turut mempunyai manfaat lebih kurang sama dengan jenis-jenis di atas tadi.
Konklusinya, manfaat daripada buah ini juga mungkin tidak jauh berbeza di antara satu sama lain meskipun berlainan jenis namun memerlukan kajian lanjut untuk benar-benar pasti tentangnya.
Kita sudah sedia maklum mengenai khasiat lobak merah kepada kesihatan mata. Kandungan beta-karoten yang ada di dalam lobak merah membantu retina dan bahagian mata lain berfungsi dengan baik.
Bagaimanapun, tidak semestinya anda perlu beri anak makan lobak merah sahaja sepanjang masa. Ketahui jenis makanan lain yang juga baik untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas dan memelihara kesihatan mata si manja anda. Jom ikuti perkongsia dari Hello Health ini.
Jenis sayuran seperti ini adalah sumber baik antioksidan, yang melindungi tubuh anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal. Sayuran ini juga mengandungi lutein, zeaxanthin, beta-karoten, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalsium, zink, dan zat besi serta serat pemakanan. Lutein dan zeaxanthin menjaga mata bayi anda daripada sinaran ultra ungu. Selain itu, nutrien ini juga baik untuk mengawal kerosakan retina, katarak dan glaukoma. Bayam, brokoli, kubis, lada hijau, dan timun adalah contoh sayuran berdaun hijau. Anda boleh mendapatnya dengan mudah di mana-mana kedai runcit.
Buahan dan sayuran berwarna kuning dan oren
Kuning dan oren adalah warna utama vitamin A, karotenoid, vitamin C, folat, dan fitonutrien antioksidan lain. Kajian menunjukkan bahawa amaun karotenoid yang tinggi boleh mengurangkan pembinaan masalah mata.
Makanan berwarna merah
Makanan merah selalunya mengandungi vitamin C, lycopene, dan antioksidan lain yang berfungsi melawan penyakit dan menerangkan penglihatan bayi anda, serta memelihara kesihatan tubuh bayi. Kajian membuktikan bahawa seseorang individu yang mempunyai paras lycopene dan vitamin C yang rendah adalah cenderung mendapat masalah mata.
Tomato mengandungi kuantiti lycopene yang tinggi. Makanan berwarna merah lain adalah seperti ubi beetroot, epal, ceri, dan strawberi.
Sayuran dan daging putih
Makanan berwarna putih terkenal dengan sejumlah besar beta-glukan. Sayuran dan buahan putih termasuklah pisang, cendawan, bawang putih, dan bijirin penuh. Daging putih adalah seperti telur putih dan ikan (seperti salmon dan tuna). Ikan putih adalah sumber kaya dengan asid lemak omega-3, DHA, dan EPA yang baik untuk mencegah pembinaan penyakit mata seperti sindrom mata kering dan makular. Tambahkan lebih ikan dalam hidangan harian anda bagi meningkatkan kesihatan anak anda.
Gantikan lobak merah dengan sayuran lain yang kaya dengan vitamin A bagi memberikan pengalaman makan yang menarik untuk si manja anda. Bagaimanapun, ingatlah bahawa amalan pemakanan hanyalah sebahagian kecil dalam usaha anda untuk memastikan kesihatan mata bayi. Mata yang terang dan sihat adalah hasil daripada gabungan pemakanan dan gaya hidup dan tabiat peribadi yang sihat.
__
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.