Anak Tolak Makan Sayur, Ada Trik Hebat Mama Boleh Buat, Confirm Makan Bertambah!

Share

Susah sungguh anak-anak kita nak makan sayur. Orang kata nak ajar anak makan sayur, mama papa pun kena jadi pencinta sayur. Barulah anak-anak akan makan. Tak gitu? Tapi ada trik mama boleh cuba.

Kalau anak masih lagi tak suka makan sayur, ada baiknya mama cuba masakkan sayur cara kreatif. Snek ringkas daripada sayuran pun boleh juga.

Sayur yang dikongsikan oleh Norhidayah Dayah ni boleh juga mama cuba. Sedar tak sedar anak dah habiskan, siap minta tambah lagi. Jom cuba!


Kudapan untuk anak-anak petang ni. Anak-anak memang suka sangat makan…


1. Kobis panjang kopek sehelai-sehelai, cuci bersih-bersih. Kemudian kukus atas api yang sederhana sehingga layu.

2. Bahan bahan yang disagat halus, ubi kentang dua biji, carrot satu batang dan bawang merah dua ulas.

3. Gaulkan bahan yang disagat halus tadi bersama daging kisar.

4. Perasakan dengan garam dan blackpapper. Masak sekejap dalam minyak yang panas. 

5. Setelah siap inti digoreng, gunakan sudu dan cedok inti letakkan di atas kobis panjang yang sudah dikukus tadi. 

6. Gulung gulung seperti di gambar ni..

7. Kukuskan sekali lagi yang dah dibalut inti.

Tara.. siap. Potong-potong cicah dengan sos thai. Sedap yakmatt.

Selamat mencuba!

Kredit: Norhidayah Dayah

IKLAN