Dalam tempoh membesar, anak-anak mungkin banyak buat perangai. Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik. Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak. Jangan dibentak atau dimarahi, apatah lagi dengan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar.
Selain anak-anak, ada masanya kita buntu juga dengan perangai suami atau isteri. Mungkin mereka ada buat perkara-perkara yang kita kurang gemar. Sudah dinasihatkan tetapi tiada perubahan. Kalau banyak kali ditegur, nanti boleh buat bergaduh pula.
Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.
TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI
#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Ads
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Ads
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Ads
Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi ibu bapa bukanlah tugas yang mudah untuk memastikan anak di didik dengan didikan yang sempurna. Ibu bapa juga akan menjadi contoh yang terbesar dalam hidup anak-anak.
Sebagai ibu bapa, kita harus berhati-hati dalam setiap tindakan dan perbuatan. Apa yang dilakukan oleh ibu ayah mereka akan mereka lihat dan jadikan panduan.
3 perkara ni kena elakkan buat depan anak, buruk kesannya kalau anak nampak;
Pertama – Kutuk makanan
Belakang anak pun tak boleh buat sebenarnya, tak bersyukur namanya kutuk makanan ni. Nak ajar anak faham erti bersyukur? Mulakan dari hargai makanan. Rezeki tu mahal, tak kisah berapa murah pun ia di mata kita wajib hargai semahal yang boleh.
Kedua – Tengking isteri
Sekali anak nampak kita tengking isteri, sampai ke tua dia susah nak hormat ibunya. Anak sepatutnya hormat ibu 3 kali lebih tinggi dari ayah tau, jadi kita kena la tunjuk contoh yang betul.
Ingat! Nak anak hormati ibunya, suami dulu kena hormati isteri.
Ketiga – Marah anak orang
Anak belajar dengan meniru dari ibu bapa. Dari cara guna otak hinggalah kepada cara ibu bapa menguruskan emosi. Sekali kita tunjuk marah2 anak orang, anak pun akan begitu.
Jadi perengus la nanti! Asyik bergaduh je dengan kawan nanti. Peranan seorang ayah ni sangat penting dalam rumahtangga. Dari ayah anak belajar cara bersyukur, Dari ayah anak belajar cara menghormati orang, Dari ayah juga anak belajar berkawan dan bina sosial skil.
Anak sempurna jika ayah tunjukkan cara menjadi yang sempurna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Fauzi Nawawi memberi ucapan sweet kepada isterinya, Lisdawati sempena anniversary ke-11 pada 9 September lalu.
Menerusi Instagramnya, Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya di salah sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka kelmarin.
Tak dinafikan, anak-anak kecil kita sememangnya cukup pantas membesar. Di waktu PKP ini sahaja, seluar anak mula singkat dan baju mula nampak mengecil. Semuanya kerana mereka cepat membesar.
Pun begitu, baju-baju lama yang sudah tidak dipakai ini janganlah dibuang sebaiknya simpan sahaja. Namun nak menyimpan pun mesti ada caranya. Barulah baju tak kulapuk atau berkulat dan lebih menjimatkan ruang simpanan anda.
Superdaddy, Khairul Abdullah berkongsi tip dan caranya menyimpan kesemua baju anaknya. Ini cara mudah. Mama boleh tiru!
Tadi sambil laundry, dok susun baju bagai terperasan ada penuh satu beg ikea baju budak-budak ni waktu baby dulu. Dok nak simpan, nak simpan, dah bertahun tapi masih dalam beg ikea tu lagi.
Tadi curi masa sekejap masukkan semua baju tu dalam vakum bag untuk disimpan. Senang simpan gini, baju tak busuk berkulat, dan jimat space, sebab dia dah compressed jadi nipis jer.
Arwah isteri aku memang simpan gini. Jadi aku teruskanlah cara dia.
Vacuum bag ini boleh guna berkali-kali dan boleh simpan pelbagai barang macam mainan anak, baju lama yang dah tak muat, selimut, sarung tilam tuala yang bercampur aduk dan bertindan dalam almari tu, curtain, sarung kusyen dan segala mak nenek.
Simpan dalam vakum beg ni barang-barang kita lebih terjaga. Lipas tak gigit weh. Belum lagi part simpan dan almari sampai bau hapak dan berhabuk berkilo. Kena cuci balik, kena susun balik. Penat oihh.
So, reuseable vacuum bag ini memag berbaloi. Masalah serabut dan semak perut dan semak mata ini dapat dikurangkan dengan mudah tangkas lagi berkesan cuma dengan 3 langkah sahaja. Pack, seal and pump.
Siapppp.
Ehh, nak pindah rumah pun sangat bagus tau, jimat kotak. Boleh sumbat semaksimum mugkin setiap kotak tu. Taknak pakai kotak pun boleh angkut gitu jer.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.