Brokoli sarat dengan pelbagai zat dan nutrient ini amat disarankan untuk pembesaran si manja dari usia enam bulan ke atas. Masak brokoli tanpa bahan lain atau gandingkan dengan sayur atau buah.

Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka, Resipi Mudah Berasaskan Brokolioli

Nutrien dalam brokoli

Brokoli adalah sangat tinggi dalam vitamin C dan merupakan sumber serat larut. Ini menjadikan brokoli indah untuk ditambah kepada resipi makanan bayi.

Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka, Resipi Mudah Berasaskan Brokolioli

Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia berubah bentuk ketika ia melewati saluran pencernaan. Rasanya yang sedap berlemak dan tidak pahit menjadikan brokoli sayur kegemaran kebanyakan kanak-kanak

Cara penyediaan terbaik

IKLAN

Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka, Resipi Mudah Berasaskan Brokolioli

Cara terbaik untuk memasak brokoli ialah mengukus atau memasaknya dengan minyak zaitun. Sekiranya anda ingin menyediakan brokoli sebagai makanan jejari, pastikan ia dimasak sehingga empuk. Brokoli juga bagus dimasak secara panggang atau sup.

RESIPI OMELET BROKOLI

Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka, Resipi Mudah Berasaskan Brokolioli

BAHAN-BAHAN

IKLAN

2 biji telur gred A
½ cawan brokoli, dipotong kecil
1 ulas bawang merah, hiris
2 sudu besar keju mozzarella, diparut
Secubit garam

CARA-CARA

  1. Pukul telur dalam mangkuk kecil
  2. Tuangkan minyak dalam kuali tidak melekat. Gunakan api yang sederhana
  3. Masukkan brokoli dan bawang merah. Masak kedua-duanya dan kacau sehingga brokoli lembut dalam anggaran lima minit
  4. Pukul telur dengan garam dan tuangkan ke dalam kuali. Biarkan ia tanpa dikacau.
  5. Selepas beberapa minit taburkan keju di atas permukaan omelet.
  6. Biarkan sehingga omelet kering sehingga masak, barulah diangkat kepada si manja.

Cara memilih dan menyimpan brokoli

Apabila membeli brokoli segar, beli brokoli yang mana bunganya bewarna hijau seragam. Bunga haruslah hijau gelap. Patikan bunganya tidak bewarna kelabu atau berjalur dengan adanya bunga yang sudah kekuningan.

IKLAN

Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka, Resipi Mudah Berasaskan Brokolioli

Sentiasa simpan brokoli segar di dalam laci sayur-sayuran. Brokoli segar boleh disimpan sehingga empat hari.

Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka, Resipi Mudah Berasaskan Brokolioli

BACA: Sayang Anak Jagalah Kesihatan Kulitnya. Ini Yang Ibu Bapa Patut Buat

Sumber: Pa&Ma

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI