Buah-buahan adalah salah satu sumber vitamin semulajadi untuk anak dalam proses tumbesarannya. Bukan setakat memberi vitamin ia juga boleh menguatkan sistem imunisasi anak.

Pilihan buah sebenarnya bukan terhad dalam satu kumpulan sahaja. Ada pelbagai jenis buah boleh diberikan asal sesuai dengan usia si kecil. Berbanding beri makanan rapu pada anak jadikan buah-buahan sebagai snek sihat.

Mungkin ibu boleh buat ikut kreativiti supaya anak lebih minat dan tertarik untuk menikmati hidangan buah.

Resipi jeli buah naga dan mangga yang dikongsikan oleh Puan Syaza Yasmin ni boleh dicuba untuk anak-anak. Mudah dan paling penting sihat untuk anak.

Jeli Buah Naga Dan Mangga Campur Susu. Tinggi Vitamin C, Confirm Anak Suka!

IKLAN

Lately Maryam taknak makan buah naga, dalam peti sejuk pula ada lebihan buah naga dan mangga banyak. Sebelum buruk, mama buat jeli buah naga dan jeli mangga.

JELI BUAH NAGA DAN MANGGA

IKLAN

Bahan-bahan;
– Agar-agar tali
– Susu segar
– Buah naga (blend atau lenyek kasar)
– Buah mangga (blend atau lenyek kasar)
– Puree kurma (atau madu untuk 1 tahun ke atas)
– Air

Jeli Buah Naga Dan Mangga Campur Susu. Tinggi Vitamin C, Confirm Anak Suka!
Jeli buah naga

Cara buat;
– Masakkan agar-agar tali sikit dengan air
– Bila agar-agar dah melarut, masukkan puree kurma
– Dah larut, tapis dan asingkan agar-agar kepada 3 bekas
– Campurkan buah naga, buah mangga dan susu segar untuk 3 bekas berasingan
– Gaulkan puree buah dengan agar-agar dalam bekas masing2
– Masukkan bancuhan buah naga dan buah mangga dalam acuan. Bila dah separa mengeras, masukkan bancuhan susu segar
– Biarkan sejuk, dan boleh masuk dalam beli sejuk

IKLAN

BACA [Bagi Dulu Bubur Kosong, Biar Anak Rasa Tawar Dulu. Barulah Perkenalkan Puri]

Jeli Buah Naga Dan Mangga Campur Susu. Tinggi Vitamin C, Confirm Anak Suka!
Jeli mangga

* Puree kurma tu mama letak sikit sangat. Orang kata tak padan dengan bancuhan agar-agar yang banyak. So jeli langsung tak rasa manis, just ada rasa manis buah naga dan manis buah mangga. Susu pun rasa natural sangat.
* Susu segar perlu dimasak di atas api untuk baby bawah 1 tahun.

Sumber: Syaza Yasmin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI