Anak Zahirah MacWilson dua-dua ada ‘lesung pipit,’ comel betul Isaac dan Inara. Zahirah MacWilson melahirkan anak keduanya, Inara Raisa pada 31 Mei lalu. Terbaharu melalui hantaran di laman Instagramnya, Zahirah berkongsi gambar anak keduanya itu.
Anak Zahirah MacWilson Dua-dua Ada ‘Lesung Pipit’
Namun apa yang menarik perhatian warga maya selain penampilan Zahirah yang nampak cantik dan langsing walaupun masih berpantang ialah kecomelan Inara. Sama seperti abangnya Isaac Raees, Inara juga mempunyai lesung pipit. Comel betul bila si kecil ini senyum!
Ramai yang tidak sabar untuk melihat Inara besar nanti. Tentu comel bila tersenyum macam abangnya. Ada juga warga maya yang berpendapat wajah Inara Isaac. Tak kurang juga yang mengatakan Inara adalah Isaac versi perempuan.
Ketabahan dan kekuatannya bukan biasa-biasa. Semangat dan ketabahan pelakon, Rita Rudaini dalam membesarkan dua anak lelakinya hingga besar menjadi contoh dan inspirasi untuk semua.
Akui Rita menerusi Instagramnya, kehidupannya berubah secara total selepas kehadiran dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, dan Airit Qaqa Arjuna.
Malah segala keringat ditumpahkan demi membesarkan dua anak kesayangannya itu hingga kini. Tambah Rita lagi, di masa anaknya kecil inilah dia mahu mengorbankan seluruh masanya untuk mereka.
“Dulu masa belum ada dua lelaki ni saya kerja back to back sebab bosan di rumah sorang-sorang. Sejak ada mereka hidup saya totally berubah. Saya kerja sebulan dan 2 bulan 3 bulan saya akan rest untuk spendtime dengan mereka dan lepas tu kalau mereka ada sekolah, saya takkan ambik job yang oustation, saya kena tolak.
“Tak apa bagi saya rezeki tetap akan ada, saya kena pandai bahagikan masa untuk mereka kerana masa kecil mereka tidak akan datang kembali. Saya kena berkorban.
“Ye saya sorang, saya sorang yang tanggung mereka, segala-galanya. Pedih, suka, duka saya rempuh saja, saya pernah 3 tahun hilang perkerjaan sebab pkp, sama macam orang lain jugak tapi yang makan gaji, gaji tetap jalan.
“Yang tak makan gaji macam saya? Masakk. Dan tak dibenarkan keja sebab tak vaksin, macam mana saya dan anak-anak survive? Segala saving saya gunakan dan berharap hanya pada ALLAH permudahkan segala-galannya buat kami.
“Segala yang terbaik saya nak untuk anak-anak saya, saya korbankan life saya, keinginan saya hanya untuk kehidupan anak-anak. Susah payah saya berbaloi bila saya dapat bagi pendidikan yang terbaik dan selesa untuk anak-anak.
“Bukan nak berlagak bagi private school tapi saya tak pernah rasa di masa kecil saya. Apa salahnya saya tengok anak-anak saya merasa. Memang belanja agak besar untuk saya tanggung sorang-sorang tapi bagi saya, nak seribu daya tak nak seribu dalih.
“Saya rempuh juga dalam keadaan struggle dan ada ‘nyawa-nyawa ikan’ jugak lah tapi saya percaya ALLAH bersama saya. Apa yang ada dalam hati saya, hanya ALLAH yang tau.
“Saya selalu pegang kata-kata ni dalam hati saya ‘insyaallah ALLAH akan permudahkan. Ada orang yang lagi susah dari kita’. Kata-kata ni jugak selalu saya bagi pada anak-anak. Saya jugak cakap pada mereka ‘walaupon family kita tak complete macam orang lain, tapi kita boleh bahagia cara kita’,” katanya berkongsi kesusahan hidupnya membesarkan anak.
Bahkan ibu kepada Rayyan dan Arjuna ini tidak pernah kenal erti penat lelah dalam membesarkan dua anaknya hingga kini.
Istilah penat dalam membesarkan anak-anak sendirian tidak pernah menjadi penghalang untuk dia mematahkan semangat dirinya setiap hari.
“Ibu tunggal, single parent macam saya ni tak taulah bila kali terakhir perkataan ‘penat & letih’ keluar dari mulut dan bila kali terakhir menangis kepenatan.
“Saya pun dah tak ingat sebab saya tak sempat untuk melayan perasaan-perasaan tu semua kerana terleka dengan figura anak-anak kecil yang dah makin membujang depan mata saya.
“Saya percaya jugak, ibu-ibu tunggal dan single parents di luar sana sama macam saya dan punya kisah-kisah sendiri. Saya dah lama tak kisah hal diri saya kerana sekarang adalah kisah mereka.
“Hanya yang terbaik selagi saya mampu, doakan mommy sentiasa kuat. Mommy ok sorang-sorang selagi kamu ada. Melihat kamu membesar depan mata dah cukup bahagiakan seluruh hidup mommy,” tambahnya lagi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Datuk Siti Nurhaliza buat ‘live’ dalam bilik Afwa cuit hati warga maya – “Ibu bisinglah.” Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi satu insiden lucu membabitkan anak keduanya, Muhammad Afwa, yang berlaku ketika beliau sedang membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menurut biduanita negara itu, sesi ‘live’ tersebut dijalankan di bilik Afwa, yang kebiasaannya digunakan untuk waktu tidur tengah hari anaknya itu. Ketika sedang rancak menyanyikan lagu Nazam Lebaran bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah, tiba-tiba Afwa muncul dan mematikan muzik, menyebabkan mereka berdua tergelak besar. Perkara itu turut mencuit hati para penonton di TikTok.
“Dia sebenarnya tak faham. Dia cuma rasa mak dia bising. Dia kata nak tidur. Afwa ni lain macam sikit perangainya,” ujar Siti sambil ketawa.
Beliau mengakui kesalahan itu berpunca daripadanya sendiri kerana menggunakan bilik anak lelakinya sebagai lokasi siaran langsung, sedangkan waktu itu Afwa sepatutnya berehat. Disebabkan itu, anak kecil tersebut menjadi tidak selesa dan marah kerana mengantuk, bahkan keluar masuk bilik berkali-kali. Walaupun pintu dikunci, Afwa tetap mengetuk dari luar.
Siti kemudian cuba menenangkan Afwa dengan memberikan iPad untuk mengalih perhatiannya. Namun, sebaik sahaja Afwa berjaya membuka pintu, dia terus masuk dan mematikan muzik sambil bersuara, “Ibu bisinglah.”
“Sebab itulah jadi macam tu. Afwa ni memang kelakar. Di rumah pun dia selalu buat saya tergelak. Lain sangat perangainya dengan kakak dia, sebab kakak dia lebih serius dan garang sikit,” katanya sambil tersenyum.
Selain itu, Siti turut berkongsi minat mendalam Afwa terhadap kereta sejak kecil. Menurutnya, anak lelakinya itu boleh mengenali pelbagai logo dan jenama kenderaan hanya dengan melihat, seperti Porsche, Lamborghini dan Mercedes, walaupun hanya sekilas di lebuh raya. Siti menganggap minat itu mungkin diwarisi daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Pelakon Toq bergelar ayah, timang anak lelaki, 9 tahun tunggu baru dapat anak. Sembilan tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakon, Toq 40, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Zila Zulkifll selamat melahirkan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman TikTok milik Zila Zulkifli berserta sepotong video pendek berdurasi 29 saat.
Ahmad Ansari – tulis Zila
Dalam video berkenaan kelihatan Toq memeluk erat buah hati kesayangan yang amat dinanti-nantikan sekian lama.
Seakan faham dirinya diberi perhatian, si comel sempat melemparkan senyuman manis ke arah ibunya yang sedang merakam wajahnya itu sambil diagah oleh si ibu. Bayi yang diberi nama Ahmad Ansari itu saling tak tumpah wajah si ayah.
Perkongsian Zila tentang anak mereka mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Sebelum ini pemilik nama sebenar, Takiyuddin Bakar, pernah berkongsi berita gembira tentang kehamilan isterinya menerusi perkongsian video.
Zila membuat kejutan dengan memberikan alat ujian kehamilan kepada Pelakon filem Apa Celop Toqq itu pada jam 3 pagi.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.