Semalam negara diselubungi kesedihan atas pemergiaan pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. Pesanannya sebagai bapa buat anak & keluarga ini amat meruntun jiwa.
Allahyarham meninggal dunia sekitar 7.30 pagi semalam pada usia 73 tahun. Allahyarham yang merupakan tokoh agama yang disegani dan pernah bertugas sebagai imam di Masjid Negara. Beliau juga aktif berceramah termasuk di pentas dakwah di stesen-stesen televisyen.
Ads
Antara pesanan beliau kepada anak-anak dan seluruh ahli keluarga ialah menjaga hubungan serta mengekalkan momentum ibadah & hubungan. Katanya, anak-anaknya membanggakan dan tiada yang menyusahkan. Harapannya untuk melihat anak-anak meneruskan suasana semasa beliau masih ada. Rakaman video yang dimuat naik aktor Adam Corrie ini amat menyentuh hati.
“Pertama kali seumur hidup jumpa bayi perempuan cukup sifat. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, menggeletar satu badan,” kata pemilik akaun Facebook (FB) Salika Bakri.
Dia dan suaminya saksi kejadian yang menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam bungkusan beg di tepi jalan di Seksyen 6, Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Pasangan naik motosikal dan tinggalkan bungkusan beg
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, seorang lelaki melihat pasangan meninggalkan beg plastik itu di lokasi kejadian.
Salika yang berkongsi kejadian itu menerusi FB berkata, dia menerima panggilan telefon dari suami memberitahu menemui bayi dan meminta dia datang kerana tidak berani menyentuh.
“Kawasan bayi itu ditemui memang tak jauh dengan rumah.
“Sampai sampai je tengok memang bayi dah tak bernafas, siap ada plastik dalam tu (mungkin uri).
“Saya tak buka sebab arahan daripada polis jangan sentuh apa apa. Dah niat dalam hati, andai sampai sampai tadi kalau bayi tu tengah menangis, memang nak bagi dia menyusu tapi bayi dah meninggal,” katanya.
Katanya, pasangan lelaki dan perempuan tidak tahulah berkahwin atau tidak.
“Dorang (mereka) naik motosikal, dan tinggal macam tu je kata suami. Dia dah perasan dorang (mereka) nampak macam mencurigakan, so (jadi) suami pun patah balik pergi tengok memang betul bayi.. Allahu Akhbar.
“Suami tak sempat mengambil nombor plat motosikal. Bayi dah dibawa ke balai polis dan pihak hospital dah ambil untuk bedah siasat,” katanya.
Dibalut dengan kain
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima panggilan jam 10 pagi menyatakan penemuan bungkusan beg warna oren yang ditinggalkan di tepi jalan.
“Hasil semakan lanjut pengadu, didapati di dalamnya mengandungi bayi dibalut kain berwarna coklat.
“Bertindak dengan maklumat ini, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian bersama bantuan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan
Rajab berkata, hasil siasatan awal pegawai perubatan HKL mengesahkan bayi perempuan itu dalam keadaan cukup sifat ketika ditemui sudah meninggal dunia.
“Disyaki bayi ini baru saja dilahirkan kerana masih ada cebisan tali pusat pada badan bayi itu.
“Saksi juga gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.
Sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkannya kepada Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-376 7390 atau pusat kawalan polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522.
“Hanya 43 hari sahaja sempat bersama anak”, itulah antara luahan Puan Aida Syahafiza menerusi Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Offical sebelum bayinya meninggal dunia pada 1 Januari 2019 atas beberapa masalah kesihatan. Ikuti perkongsian yang dikongskian beliau.
SEMPAT PELUK ANAK SELEPAS MENINGGAL
Assalamualaikum ibu2..saja nak share rasa sedih di hati ..anak istimewa saya anak syurga sy dah meninggal 1/1/2019..and lahir 18/11/18..43 hari pinjaman yg dipinjamkan utk ditatap dibelai dan disayang.. tak pernah sehari pon sy dapat tidur ngan dia. Tak dapat dah saya peluk dia.. saya hanya peluk lepas anak syurga sy dah meninggal. Kaku tiada da respon.. saya peluk cium puas2 sebab itu yang terakhir untuk saya.
ANAK DISAHKAN DOWN SYNDROM SELEPAS LAHIR
Anak saya lepas lahir terus admit NICU 14 hari dan 29 hari PCICU..Ada masalah jantung, down syndrome, baby iugr dan yg terakhir beberapa hari sebelum meninggal ada jangkitan kuman kat darah, air kencing, paru-paru dan jantung ada darah beku kat jantung dan kerosakan buah pinggang..pernah buat operation hari ke 14 tapi jantung tetap tidak berfungsi dgn baik.
IKHLAS NAK BAGI KASIH SAYANG TAPI ALLAH LEBIH SAYANGKAN ANAK
Sejak dari lahir mmg berselirat penuh wayar..tak dapat nak peluk..terima kasih sayang mama berjuang melawan sakit2 untuk bersama mama papa selama 43 hari. Terima kasih untuk kenangan sementara yang adik bagi pada mama.. mama dah janji nk jaga anak istimewa mama baik2 tp Allah lebih sayang kan adik. Untuk putera hati permata hati mama Haris Mirza bin Muhammad suffian..berlari2 la sayang main la dgn kawan2 adik d snaa..tiada lagi wayar2, tiada lagi jarum, tiada lagi mesin, tiada lagi oksigen..adik bebas dah sayang..mama sayang sangat kat adik terima kasih sgt2 adik kuat sangat..adik anak istimewa anak syurga anak baik..gembiralah sayang kat snaa..mama akan jumpa adik satu hari nanti..
Dalam keturunan saya dan husband ini la anak istimewa down syndrome yang pertama dalam family saya.. dah janji sama2 untuk menjaga dengan ikhlas dan nak bg kasih sayang dekat dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia lebih dari saya sayangkan dia..Ibu2 doakan saya kuat ..sedih..rindu dia..sangat-sangat rindu..pergilah sayangku mirza..damailah anak mama di sana..
NURSE PULANGKAN SUSU
Hari adik meninggal, nurse pulangkan susu yg adik tak sempat minum. Takpa sayang..sana ada susu lagi sedap..minum banyak banyak tau.
Siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mendapati kebakaran mengorbankan empat sekeluarga, di Taman Hungab, Penampang, Selasa lalu, berpunca akibat bebanan elektrik di tingkat bawah rumah.
Menurut sumber Harian Metro, Siasatan turut mendapati bebanan api berlebihan menyebabkan kebakaran merebak dengan lebih cepat dan jangkaan api bermula pada 2.32 pagi. Menjelaskan perkara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail berkata, mangsa juga dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri kerana bahagian bawah rumah dipenuhi api.
Selain itu katanya, semua tingkap rumah serta pintu keluar juga dilengkapi jeriji dan berkunci menyebabkan mangsa terperangkap.
“Berdasarkan rekod, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba di tempat kejadian pada 3.04 pagi.
“Kelewatan ini diakibatkan oleh nota panggilan yang dicetak tertera alamat tidak tepat. Ia diberikan salah seorang pemanggil pada awal pagi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Md Ali berkata, kesilapan alamat itu menyebabkan pasukan bomba tersasar dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar.
Katanya, ketika ketibaan, pasukan bomba mendapati api sudah merebak di bahagian bawah dan atas rumah.
Sehubungan itu, Md Ali mewakili JBPM menzahirkan kesedihan dan mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang empat sekeluarga iaitu Matthew Wong, 50, Jecky Vun Kon Fung, 47, serta dua anak mereka iaitu Brendan Wong, 18, dan Eric Wong, 15 tahun.
Setiap orang perlu mempelajari tip untuk mengelak kebakaran. Bukan hanya sebagai persediaan awal, ia juga membantu mengatasi rasa cemas dan panik.
TIPS Cara Mencegah Kebakaran.
1. Keselamatan Di dapur
Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk
i. Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
ii. Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
iii. Elakkan memasak jika mengantuk, pening aatau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk
2. Kebersihan dapur
i. Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiranatau di atas ruangan aktiviti memasak.
ii. Pastikan rak dapur sentiasa bersih.Kotoran daripada bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
iii. Elakkan sebarang bahanmudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.
3. Perkakas Merokok
Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur. Adalah lebih baik jika TIDAK MEROKOK.
4. Mancis dan Pemetik Api
Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak
Pasang Alat Pengesan Asap bagi Melindungi Rumah
Banyak kematian dan kecederaan yang berlaku dari kes kabakaran kerana mereka tidak sedar api dan asap telah merebak.Langkah awal adalah sangat penting untuk mengelak dari api menjadi semakin marak.
Karbon monoksida yang merupakan gas yang dihasilkan dalam api akan membuatkan anda tidak sedar jika tidak ada amaran awal.
Oleh itu, alat pengesan asap adalah perkara yang paling berkesan dalam memberikan amaran awal serta dapat melindungi rumah anda dari kebakaran jika berlaku kebakaran terutama ketika orang sedang tidur
Pemadam Api
Kebakaran dapat dielakkan sekiranya api dipadamkan ketika api lebih kecil . Sediakan pemadam api di rumah sekurangnya 1 unit . Ini adalah salah satu langkah mencegah kebakaran . Pastikan penghuni di rumah ketahui kedudukan pemadam api dan cara mengunakannya .
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)