Kalau dalam pantang mesti kita akan pakai stokin untuk elak sejuk dan badan masuk angin. Tapi sebenarnya ada jenis stokin yang boleh di pakai ketika dalam pantang. Doktor kesihatan wanita dan kehamilan berkongsi tentang stokin yang boleh dipakai oleh ibu berpantang dan bila perlu dipakai.
Pantang kan? stoking mana? Manaa?”
Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.
Betul ke?
Ads
Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.
Ads
‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yg ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Ads
Baca betul-betul, sy cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan.
Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja
Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan. Jangan jatuh mcm nangkabusuk dah
Salah satu bahagian badan bayi yang mesti dibersihkan ialah telinga. Bagaimanapun, membersihkan telinga bayi anda tidak sepatutnya dilakukan begitu sahaja. Ada cara membersihkan telinga bayi dengan cara yang betul. Jangan sesekali menggunakan putik kapas.
Cara pembersihan yang salah sebenarnya boleh mencederakan kulit telinga bayi dan menyebabkan masalah lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya membersihkan telinga bayi anda. Lalu apakah cara yang betul untuk membersihkan telinga bayi? Berikut dikongsikan cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa.
Anda mungkin berfikir bahawa telinga bayi anda tidak kotor kerana dia masih belum banyak bergerak. Tanpa anda sedari, telinga bayi juga boleh kotor kerana terdedah kepada habuk dari luar.
Oleh itu, seperti bahagian badan yang lain, anda juga perlu membersihkan telinga bayi anda.Dengan memastikan telinga anda bersih, bayi anda boleh menjadi lebih sihat dan selesa.
Ini juga boleh membantu mengelakkan pelbagai masalah pada telinga bayi yang mungkin timbul, seperti telinga bayi berbau atau masalah lain. Membersihkan telinga dengan cara yang betul adalah salah satu bentuk penjagaan bayi yang perlu anda lakukan. Jadi, membersihkan telinga orang dewasa dan bayi adalah sama penting.
Bagaimana cara membersihkan telinga bayi dengan betul?
Semasa membersihkan telinga bayi anda, anda tidak boleh menggunakan alat pembersih yang tajam, seperti putik kapas atau jari anda.
Menggunakan objek ini boleh berisiko menolak lilin lebih dalam sehingga menyumbat telinga.
Bukan itu sahaja, alat pembersih ini juga boleh berisiko mencederakan kulit di dalam telinga.
Oleh itu, anda harus menggunakan pembersih lembut untuk membersihkan telinga bayi anda.
Untuk butiran lanjut, berikut ialah cara yang betul untuk membersihkan telinga bayi.
1. Gunakan kapas atau kain lap
Cara paling mudah untuk membersihkan telinga bayi adalah dengan menggunakan bola kapas atau kain lap. Lakukan ini sebelum atau semasa anda memandikan bayi anda.
Berikut adalah cara yang betul untuk membersihkan telinga bayi menggunakan kain lap.
*Basahkan bebola kapas atau kain lap dengan air suam.
*Pastikan tiada air yang menitis daripada bulu kapas atau kain lap untuk mengelakkan air masuk ke dalam telinga bayi.
*Bersihkan bahagian luar telinga dan belakang bayi anda dengan lembut dengan kapas atau kain lap basah.
*Jangan gunakan sabun semasa membersihkan telinga kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi anda.
*Jika bersih, gunakan tuala lembut untuk mengeringkan bahagian telinga.
2. Gunakan titisan untuk membersihkan telinga bayi
Kadangkala, anda boleh membersihkan telinga bayi anda menggunakan cecair pembersih khas atau titisan telinga.
Gunakan titisan ini untuk melembutkan lilin di telinga. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh hanya menggunakan ubat titis telinga untuk bayi.
Anda biasanya boleh mendapatkan ubat ini melalui preskripsi doktor untuk masalah telinga tertentu.
Bagaimanapun, jika bayi anda mendapat ubat titis telinga daripada doktor dan perlu menggunakannya, anda boleh mengikuti kaedah seperti di bawah.
*Cuci tangan anda terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat titis telinga.
*Baringkan bayi di sisi atau sisinya supaya telinganya menghadap ke atas.
*Letakkan pergelangan tangan anda pada pipi atau kepala bayi untuk menitiskan ubat.
*Tarik perlahan bahagian telinga yang menutup saluran ke bawah dan ke belakang supaya saluran terbuka.
*Titiskan ubat ke dalam saluran telinga bayi mengikut dos yang diberikan oleh doktor.
*Pegang kedudukan bayi selama 1-2 minit supaya ubat diserap.
*Gerakkan cuping telinga bayi anda perlahan-lahan supaya ubat dapat memasukinya sepenuhnya.
*Letakkan bebola kapas di telinga bayi anda kemudian bangunkan bayi perlahan-lahan. Bebola kapas ini bertujuan untuk mengelakkan kebocoran ubat keluar dari saluran.
*Apabila selesai, basuh tangan anda sekali lagi dan bersihkan hujung penitis untuk memastikan ia bersih.
*Sekiranya anda telah menggunakan kaedah ini tetapi bayi terus menangis atau menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, anda harus segera membawanya berjumpa doktor.
Doktor boleh membantu memeriksa dan membersihkan telinga bayi anda dengan cara yang betul.
Adakah perlu juga membersihkan kotoran di telinga bayi?
Habuk sering mencemarkan bahagian luar telinga bayi, jadi anda perlu membersihkannya dengan cara yang betul.
Namun, bagaimana pula dengan tahi telinga di dalamnya?
Umumnya anda tidak perlu mengeluarkan lilin dari telinga bayi anda.
Sebabnya, tahi telinga sebenarnya memainkan peranan penting dalam melindungi telinga bayi anda.
Tahi telinga, juga dikenali sebagai cerumen, adalah bahan yang terbentuk secara semula jadi di dalam telinga, termasuk pada bayi.
Bahan ini dibuat dalam saluran telinga dan berfungsi sebagai pelincir. Cerumen mengandungi enzim yang boleh membantu menghalang bakteria dan kulat yang menyebabkan jangkitan telinga pada bayi.
Ini juga berfungsi sebagai penghalang untuk air, habuk atau kotoran dari luar supaya ia tidak boleh masuk ke dalam telinga dan menyebabkan kerengsaan.
Bukan itu sahaja, secara asasnya tahi telinga boleh keluar dengan sendirinya. Jika anak kecil anda ada tahi telinga, anda tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa.
Sebaliknya, cubaan membuang tahi telinga sebenarnya berisiko menyebabkan jangkitan atau kecederaan pada saluran telinga bayi.
Namun, jika tahi telinga bayi anda keluar dengan sendirinya dari telinga, anda masih perlu membersihkannya.
Masalah puting merekah berkemungkinan berpunca daripada pelekapan yang tidak betul (shallow latch), kelainan pada lidah atau bibir seperti bersambung (tongue-tie/ lip tie),jangkitan pada puting seperti jangkitan kulat dan sebagainya.
Pertama sekali, kita perlu mencari punca masalah ini kemudian barulah mendapatkan penyelesaian. Dapatkan bantuan konsultan laktasi bertauliah (IBCLC) jika usaha yang anda lakukan tidak berjaya.
Semasa penyusuan
*Susukan bayi pada sebelah payudara yang tidak sakit supaya dia boleh menyusukan dengan lebih lembut pada payudara yang sakit. Pelekapan ketika ini akan menyakitkan. Tuam ais pada puting untuk mengurangkan kesakitan.
*Bereksperimen dengan payudara dan berikan si kecil payudara yang anda selesa dan tidak sakit.
*Jika penyusuan secara terus amat menyakitkan, lebih baik susu diperah untuk mengelakkan mastitis dan mengelakkan produksi susu merudum. Gunakan perahan tangan jika perahan menggunakan pam menyakitkan.
Selepas penyusuan
*Bilas dengan larutan air garam (saline) supaya payudara tidak sakit. Cara menyediakan larutan saline ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh garam ke dalam gelas berisi lapan oz air bersih. Sediakan baru setiap hari untuk mengelakkan kontaminasi. Anda juga boleh membeli larutan saline yang siap dalam pek individu di farmasi.
*Selepas penyusuan, rendamkan, atau pancutkan puting yang merekah dengan larutan saline ini selama seminit.
*Elakkan merendam terlalu lama melebihi lima minit kerana ia boleh menyebabkan kulit puting menjadi kering dan lambat sembuh.
Keringkan dengan tisu.
*Jika bayi menolak payudara kerana ‘rasa’ puting yang agak masin, bilas dan keringkan puting payudara sebelum menyusukan.
Selepas bilasan air garam
Sapukan susu ibu pada puting untuk menggalakkan penyembuhan.
Sapuan krim atau gel boleh membantu melembap dan memulihkan bahagian terbabit.
Jika ada jangkitan thrush, sapukan dengan salap anti fungus setiap kali selepas rendaman air garam. Jika perlu, sapukan ubat antibiotik seperti Bactroban/mupirocin, atau Polysporin setiap kali selepas menyusukan.
Ubat sapu seperti Per Hale, Bactroban (mupirocin adalah pilihan paling selamat bagi ibu menyusu). Ubat-ubatan ini hanya boleh didapati melalui preskripsi oleh doktor.
Manakala Polysporin (Polymyxin B Sulfate and Bacitracin Zinc) pula boleh didapati di farmasi tetapi terhad pada bagaian puting sahaja.
Ubat-ubatan ini tidak perlu dicuci sekiranya disapu sedikit sahaja. Tetapi jika sapuan agak banyak, lapkan bahagian terbabit dengan kain lembap.
Antara penyusuan:
*Udarakan puting sebanyak mungkin. Pastikan juga anda menukar pad payudara sekerap mungkin. Pakai breast shell untuk mengelakkan puting yang merekah lembap dan terhimpit.
*Jika anda berasa sakit, letakkan pek ais yang dibekukan bebalut kain pada puting yang merekah selama 20 puluh minit dalam selang masa 20 minit.
*Ibuprofen (Advil, Motrin) atau acetaminophen (Tylenol) juga penahan sakit yang boleh diambil bagi ibu menyusu.
*Gunakan sabun tanpa pewangi bukan anti bakteria untuk membersihkan kawasan yang merekah kemudian bilas di bawah air yang mengalir. Penggunaan sabun pada puting tidak digalakkan pada waktu biasa melainkan ia merekah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meningkatkan berat badan anak memang perlu namun jangan memberikan lebih gula pada anak. Lebih-lebih lagi gula putih. Selain melemahkan memori anak, lebihan gula dan juga bahan sucralose tidak baik untuk diambil anak-anak dalam diet harian mereka.
Setiap kali membeli makanan pada anak, periksa dahulu kandungan bahannya dan elakkan sucralose ini. Ia mengandungi 600 kali ganda dari gula biasa. Ini yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar.
Ada satu pagi ni saya singgah kat stesen minyak. Saya nak ambil duit. Bila masuk saja dalam convenience store stesen minyak tu terus dengar bunyi suara budak menangis.
Menjerit sakan budak tu. Siap hentak hentak kaki. Dia dok sebut nak chewing gum. “Nak chewing gum nak chewing gummmm haaa” macam broken record kata oramg putih.
Saya tengok kat tangan dia dah ada minuman yogurt berperisa. Staf di kaunter dok tengok tengok. Orang beratur di ATM mesin pun tengok juga. Saya kesian tengok mak dia. Apalah yang dia fikirkan.
Alhirnya si emak tewas. Beli juga chewinggum. Sekelip mata gegak gempita hilang. Tiada lagi bunyi.
Ni bukan kali pertama saya jumpa insidem macam ni. Kerap berlaku. Ramai orang pernah rasa.
Saya yang tengok pun jatuh belas pada ibubapa. Mak ayah terperangkap. Mungkin juga asalnya salah sendiri sebab beri pada anak. Atau benarkan orang beri pada anak.
Ramai tidak perasan “makanan dan minuman” proses begini ada sucralose. Ia adalah pemanis tiruan. Ia 600 kali ganda lebih manis dari gula biasa.
Sucralose ini biasanya ada dalam air berperisa buah, ais krim, frozen yogurt, chewing gum, coklat berperisa, jem, candy, minuman diet, “healthy” bar dan minuman berkarbonat.
Satu kajian dapati pemanis tiruan sucralose membunuh 50% bakteria baik. Tinggikan nisbah bakteria jahat dalam usus. Seolah surat jemputan untuk penyakit mula berdempek.
Dalam kajian di jurnal saintifik Frontiers in Physiology tahun 2017, sucralose sebabkan inflamasi kepada liver dan dikaitkan dengan diabetes dan obesiti.
Lebih malang lagi, Sucralose juga ganggu sistem keseimbangan tubuh atau homeostasis. Laporan dari jurnal Cell 2006 sebut gangguan homeostasis boleh sebabkan penyakit cardiovascular, allergies, dan kanser.
Cuba fikirkan sejenak. Bila kita bagi kat anak atau diri sendiri adakah penyakit jantung, diabetes, allergies atau kanser yang kita sedang jemput masuk ke diri?
Atau obesiti dengan limpahan lemak sana sini yang jadi dambaan? Fikir sekejap. Apakata bila beli sesuatu lepas ini semak di bahagian ingredient, ada sucralose atau tidak?
Kalau ada letak balik. Cari yang lain. Boleh begitu?