Sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes seorang bayi lelaki maut dipercayai didera pengasuh di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam satu kenyataan dikeluarkan petang 30 April berkata, polis menerima laporan daripada seorang doktor di sebuah hospital kerajaan berhubung kejadian itu.
Doktor terbabit mengaku menerima seorang bayi berumur sembilan bulan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki dipercayai pengasuh bayi tersebut.
“Bayi tersebut dibawa ke hospital oleh lelaki berkenaan kira-kira jam 7 petang Selasa.
Ads
“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di mulut dan kecederaan di dubur mangsa,” katanya.
Ads
Menurut Mohamad Fakhruddin lagi, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri warga tempatan di sebuah pangsapuri di sini kira-kira jam 8 malam.
Gambar Hiasan
“Kedua-dua suspek berumur 35 tahun itu ditahan berdasarkan keterangan saksi yang membantu siasatan kes tersebut.
Ads
Gambar Hiasan
“Semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod dalam kes dadah iaitu Seksyen 15(1)Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah.
“Kedua-dua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ditinggalkan sekejap kerana ibu keluar ke kedai, tak sangka dapat berita anak lelaki yang berusia 6 tahun terjatuh ke bawah sehingga meninggal dunia dan mengejutkan jiran berdekatan.
Kanak-kanak lelaki itu dijumpai maut terjatuh dari tingkat 15 Flat Ladang Gemilang Satu, Kuala Terengganu pada petang (25 Oktober).
Dipercayai tergelincir
Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada jam empat petang ketika mangsa, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, duduk bersendirian di rumahnya dan tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu. Ketika kejadian, ibu mangsa ketika itu keluar kedai berhampiran, manakala Aryan ketika itu dikatakan sedang tidur.
Menerusi ruang komen di Facebook, mangsa ketika itu sedang mamai mencari ibunya sebelum tergelincir jatuh ke bawah menerusi tingkap di ruang tamu.
Ingatkan ‘sampah’ jatuh
Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu oleh anak ada budak jatuh, saya kemudian melihat ke bawah dan terkejut kerana saya kenal kanak-kanak itu.
Menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias, 29 tahun, dia ketika itu sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum terdengar bunyi benda jatuh ke bawah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar telah mengesahkan kejadian tersebut dan masih menjalankan siasatan bagaimana insiden tersebut boleh berlaku.
“Arwah bersalam dengan saya”
Sementara itu, dalam laporan terbaru Metro, arwah sempat bersalam dengan ibunya pada pagi sebelum kejadian itu.
“Waktu pagi ketika mengemas rumah, dia bersalam dengan saya dan tidak sangka ia adalah tanda perkara tidak baik berlaku kepadanya.”
Nurul Emilia Ali, 34, berkata, dia tidak menyangka perbuatan anaknya (bersalam) yang dianggap sebagai suka-suka itu adalah salaman terakhir apabila anak ketiga daripada empat beradik itu pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
“Memang sedih dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba, namun kami reda dan menerima qada dan qadar yang sudah ditetapkan Allah walaupun perit untuk menerimanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Biasanya bawa bersama ke kedai
Menurutnya, dia bersama anak bongsunya ke kedai di kawasan sekitar flat itu untuk membeli makanan.
Nurul Emilia berkata, kebiasaannya dia akan membawa kanak-kanak terbabit bersama ke kedai membeli makanan tetapi disebabkan ketika itu kanak-kanak itu sedang tidur menyebabkan meninggalkannya sendirian.
Tanggalkan cermin nako, letak atas sofa
Katanya, dua abangnya sudah keluar bermain dan suaminya, Mohd Azizul Mohamad, 35, pula yang bekerja sebagai jurujual berada di Dungun.
“Sebelum keluar saya memasang cerita kartun tetapi tidak menyangka apabila terjaga dia menanggalkan sekeping tingkap cermin nako di ruang tamu dan letak di atas sofa.
“Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi kemungkinan dia mahu menjenguk untuk melihat ke bawah.
“Saya berasa agak pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang sedia maklum bahawa Tuanku Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin sehingga 9 April ini berikutan terdapat 16 orang staf istana disahkan positif Covid-19.
Berikutan situasi ini, hanya keluarga KDYMM Agong serta tiga orang pembantu sahaja yang berada di dalam istana ketika ini. Masing-masing hanya duduk di dalam bilik dan perlu dikuarantin buat sementara waktu untuk memastikan keadaan terkawal walaupun doktor telah mengesahkan yang lain-lain negatif Covid-19.
Walau bagaimanapun, Permaisuri Agong, Tunku Azizah melalui instagramnya sentiasa memuat naik aktiviti yang baginda lakukan sepanjang tempoh kuarantin.
Biarpun terpaksa berada berasingan, itu tidak menjadi halangan buat baginda untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Baginda telah berkongsikan aktivitinya menyediakan sarapan pagi buat baginda Agong.
Sehebat mana pun, tanggungjawab kepada suami nombor satu
Menurut baginda lagi, ketika membuat sarapan pagi ringkas untuk baginda Agong, sarung tangan dan topeng penutup muka tidak pernah diabaikan.
Kongsi Tunku Azizah, sebagai seorang isteri, tidak kira bangsa, agama ataupun kedudukan, tanggungjawab kepada suami haruslah dilaksanakan. Jadi, menyediakan makanan buat pasangan adalah satu yang menyeronokkan buat dirinya.
Kagum cara Tunku Azizah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pengikutnya cukup kagum dengan cara Tunku Azizah dan menganggap baginda sebagai inspirasi buat wanita lain.
Bukan itu saja, Tunku Azizah juga turut memanfaatkan masa lapangnya sepanjang tempoh kuarantin ini dengan aktiviti mengait dan semua kagum dengan kreativiti yang ada pada baginda.
Anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra yang kini berusia 8 tahun meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung buat arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin melalui sebuah nota ringkas.
Dalam nota tersebut tertera tulisan Talita “I Miss You Mummy”, saya rindukan mummy dan difahamkan nota tersebut ditulis di atas kertas ketika mereka sedang bercuti di sebuah pusat peranginan.
Talita kelihatan menahan sebak kerana terlalu rindukan arwah ibunya. Arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam jam 5.13 pagi, Ogos lalu.
Selepas menulis nota rindu tersebut, Talita kelihatan termenung dan kemudian mencium tudung milik arwah ibunya bagi melepaskan rindu.
Tambah nenek Talita, cucunya meninggalkan nota tersebut mungkin merasakan percutian kali ini tidak lengkap tanpa ibunya disisi.
“Ternampak Dekta tulis ayat ni 🥺 Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu. Nampak dari cara pandangan talita sangat-sangat kerinduan.
Terima kasih pada yang mendoakan utk talita dan yang menhadiahkan Al-fatihah utk ibu (siti sarah raissuddin)”
Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut tidak dapat menahan sebak membayangkan satu-satunya anak perempuan Shuib merindui arwah ibunya.
Sedih tengok, moga terus kuat
Moga kuat sayang, mama tunggu dekat syurga
Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan 3 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!