Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman instagramnya berkongsi gambar berkenaan teka-teki yang diajukan oleh netizen kepada beliau.
“Salam @drzul_albakri, apa benda nak ambik susah, tapi bila dah dapat kita main buang je?”
Jawapan yang diberikan oleh Mufti diluar jangkaan namun sangat berhemah;
Menarik soalan teka-teki ni. Jawapanya isteri (bagi yang suka bercerai/tak jaga hak dan perasaan isteri). Justeru, sayangilah isteri. Jaga isteri dengan penuh jiwa raga. Isteri amanah Allah untuk suami.
Sementara itu diruangan komen, Mufti sempat bertanya “Ada jawapan lain” bagi soalan teka teki tersebut.
Ruangan komen beliau dihujani dengan komen-komen daripada Netizen. Rata-rata terkejut dengan jawapan Mufti, mereka tidak menjangkakan jawapan yang sangat berhemah dan berkhikmah.
Baru-baru ini pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bercuti ke Santorini, Greece dan turut membawa anak kesayangan mereka, SyerivSamheizy yang berusia 1 tahun.
SyerivSamheizy atau nama manjanya Mat Yip mempunyai pengikut di Instagram sebanyak 800 ribu followers. Rata-rata peminat Mat Yip suka melihat telatahnya yang comel dan melucukan selain raut wajahnya yang sangat comel. Menerusi Instagram Mat Yip, Syatilla telah berkongsi video aksi mereka bermain ombak di Read Beach Santorini.
Aksi Mat Yip yang menangis teruk kerana takut ombak mendapat kecaman ramai pengikutnya. Rata-rata tidak setuju dengan cara Syatilla memaksa Mat Yip bermain ombak.
Takut Fobia
Kesian, Jangan Paksa
Trauma
Emosi perlu dijaga
Namun begitu, ada juga yang memberikan komen positif dan membina. Mungkin Mat Yip masih kecil lagi dan takut. Bila dah besar nanti Mat Yip pula yang suka dengan ombak. Tak terkejar nanti Syatilla dan Sam kan. Syatilla tahu yang terbaik untuk anaknya dan dia tahu tahap anaknya dimana.
Viral semalam kisah arwah adik Nur Qaisarah Medina Sufian, 2 tahun, dikatakan tertusuk pisau di bahagian perut ketika berada di rumahnya. Mangsa meminta susu dengan ibunya sebelum ke dapur untuk mendapatkan neneknya dan terpijak pinggan.
Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Akibat panik, nenek mangsa mencabut pisau yang tertusuk di perutnya.
Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah pengamal perubatan, jururawat, menerusi laman facebooknya telah berkongsi langkah rawatan awal jika berlaku kecemasan.
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertusuk pisau itu, gara-gara panik, neneknya mencabut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam (Rabu).
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal, berkata Siti Nur Aini Zulimi dikatakan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas terletak kira-kira enam kilometer (km) dari rumah pada jam 10.30 pagi.
Minta tolong jiran lihat anak jika menangis
Katanya, ibu mangsa dikatakan ada berpesan kepada jiran untuk tolong melihat jika anak bongsunya itu menangis manakala lima anaknya yang lain dipercayai berada di sekolah.
“Tidak lama selepas itu, wanita terbabit menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.
“Wanita terbabit bergegas pulang dan cuba memasuki rumah untuk mendapatkan anaknya namun dihalang oleh orang ramai berikutan api yang marak,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Pilus berkata, suami wanita itu berada di tempat kerjanya di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas ketika kejadian.
Katanya, kes disiasat oleh pihak bomba dan diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Melecur 30 peratus
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa didapati melecur 30 peratus manakala rumah mangsa terbakar 60 peratus.
“Punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin,” katanya.
Dark chocolate dikatakan mampu membantu fokus dan memori anak ketika musim peperiksaan. Ketahui penjelasan Pakar Otak Dr Rizal Abu Bakar, manfaat flavanol serta cara memilih dark chocolate yang sesuai.