Ibu bapa ‘wajib’ membiasakan anak untuk duduk di dalam car seat. Sebaik diletakkan, anak sudah mula meronta-ronta, menangis kerana ingin sentiasa berdampingan dengan ibunya.

Kemahiran inilah yang perlu dipraktikkan ibu bapa agar anak berasa lebih selesa ketika berada di dalam car seat. Bukan hanya selesa, bahkan ibu dan bapa sendiri pastinya mampu menarik nafas lega kerana membuat keputusan untuk mengutamakan aspek keselamatan buat anak-anak.

Mewajibkan penggunaan CRS atau (Child Restraint System) untuk kenderaan sememangnya salah satu langkah keselamatan terbaik anak-anak kita di dalam kenderaan. Jaga nyawa dan amanah yang satu ini buat kita. Mengapa CRS sangat penting?

1.Prinsip Momentum

Prinsip momentum adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju. Pada kelajuan 50 km/j, bayi yang seberat 5 kg akan mempunyai daya sebanyak 40 hingga 50 kali ganda berat badannya. Ini bermakna sekiranya kenderaan anda bergerak pada kelajuan 50km/j dan berhenti tiba-tiba, berat bayi anda sebenarnya telah pun menjadi lebih kurang 250kg!

Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat, Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

Ini menjadikan mustahil buat ibu untuk terus memeluk bayi ketika berlaku kemalangan, dan inilah yang selalunya membuatkan bayi tercampak keluar dari kenderaan.

2. Sistem keselamatan tali pinggang keledar bukan direka untuk kanak-kanak.

Sistem keselamatan menggunakan tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda sebenarnya direka untuk orang dewasa dan bukannya untuk saiz dan tinggi kanak-kanak.

IKLAN

Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat, Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

Kanak-kanak terlalu kecil untuk dipakaikan tali pinggang keledar dan tidak meliputi permukaan badan yang sepatutnya, tetapi akan menyilang di leher dan perut dan menyebabkan kecederaan serius ketika kemalangan. Sebab itulah amat penting bagi kita menggunakan CRS yang sesuai bagi melindungi bayi dan anak kita semasa di dalam kenderaan.

3. Struktur Anatomi bayi

Kepala bayi mewakili 25% keseluruhan berat badan mereka. Manakala tengkorak dan tulang leher bayi masih lembut dan berada dalam fasa pembentukan. Apabila berlaku kemalangan, risiko bayi mengalami kecederaan leher amatlah tinggi. Penggunaan CRS hadap belakang dengan sistem abah-abah 5-penjuru akan menyebarkan daya impak ke permukaan CRS yang lebih luas dan mengurangkan risiko kecederaan.

Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat, Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

IKLAN

Pilih Car Seat Bersesuaian, Jangan Lambat Bertindak

Sebelum membeli car seat, pastikan anda memilih sebuah car seat yang bukan hanya melindungi bahkan mempunyai ciri-ciri sesuai untuk saiz dan umur anak anda. Jangan tersalah beli.

1.Car Seat Ikut Berat Dan Tinggi

Sebelum membeli pastikan anda membeli Child Restraint System yang sesuai dengan berat dan tinggi anak anda. Jangan terlebih saiz atau terkecil kerana kurang sesuai. Dapatkan nasihat jurujual.

Perlu diingat bahawa saiz untuk bayi baru lahir dan satu tahun adalah car seat dengan berat 0-13 kg dan memiliki saiz 40-75 cm.

Manakala untuk toddler pula iaitu dari usia 9 bulan hingga empat tahun memerlukan car seat dengan berat purata dari 9-18 kg dan saiz 70-105 cm.

IKLAN

Manakala untuk kanak-kanak pula untuk usia tiga tahun hingga 12 tahun memerlukan berat dari 15-36 kg dan saiz 100-150 cm. Jadi jangan tersalah memilih berat dan saiz anak anda.

Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat, Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

2.Child Restraint System (CRS) Yang Betul

Letakkan anak anda di posisi hadap-belakang sejak usia baru lahir sehinggalah sekitar 2 hingga 3 tahun (mengikut berat yang dinyatakan di manual CRS anda). Jangan sesekali memasang CRS secara hadap belakang di kerusi penumpang hadapan. Hanya berpindah ke tali pinggang keledar jika anak-anak sudah mencapai umur dan tinggi yang sesuai, selepas lulus kesemua 5 langkah yang disarankan.

Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat, Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

Daya yang diperlukan untuk menahan bayi seberat 5 kg dari tercampak ketika kenderaan tiba-tiba berhenti atau berlanggar pada halaju 100 km/j adalah sama dengan daya untuk mengangkat beban sekitar 500 kg! Mustahil anda dapat menahan tekanan sekuat itu.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI