Ads

Anwar Titip Ucapan Hari Lahir Buat Adik Nanang, Janji Balas Surat Impian Jadi PM!

Kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Pulau Banggi mencuri perhatian ramai apabila keberaniannya menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mendapat respons istimewa daripada pemimpin negara itu sendiri.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Anwar memuat naik video ketika menerima sepucuk surat daripada Syam Aariz Rayyan Abdullah yang lebih mesra dipanggil Nanang semasa lawatan beliau ke Pulau Banggi, Sabah.

Walaupun masih kecil, Nanang mempunyai impian besar untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Namun cita-cita itu sering dijadikan bahan gurauan oleh rakan-rakan sekolahnya.

Anwar Titip Ucapan Hari Lahir Buat Adik Nanang, Janji Balas Surat Impian Jadi PM!

Nanang Pulau Banggi Tulis Surat Demi Impian Besar

Tidak mahu terus dipandang rendah, murid Sekolah Kebangsaan Karakit itu mengambil inisiatif menulis sendiri surat kepada Anwar bagi meluahkan hasrat serta membuktikan kesungguhannya mengejar impian.

Dalam video berdurasi hampir seminit itu, Perdana Menteri turut membaca kandungan surat berkenaan dan memaklumkan beliau akan mengirimkan surat balasan khas buat Nanang.

“Semalam ketika di Pulau Banggi, saya terima surat daripada adik Nanang. Dia bertanya bagaimana mahu menjadi seorang pemimpin. Insya-Allah saya akan balas surat itu nanti.

Ads

“Nasihat saya, rajin membaca buku, sentiasa hormat dan sayang ibu bapa. Dan selamat hari lahir buat Nanang,” katanya.

Anwar Titip Ucapan Hari Lahir Buat Adik Nanang, Janji Balas Surat Impian Jadi PM!

Anwar Ibrahim Beri Nasihat Kepada Nanang Pulau Banggi

Pertemuan singkat tersebut berlaku ketika Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Penduduk Tempatan Pulau Banggi dan menjadi detik yang cukup bermakna buat kanak-kanak itu.

Ibunya, Norsakinah Junaidi, 33, berkata mereka hadir seawal jam 8 pagi kerana mahu memastikan Nanang dapat bertemu sendiri dengan Perdana Menteri serta menyerahkan surat yang ditulisnya.

Ads

Menurut Norsakinah, anaknya sangat bersungguh-sungguh mahu menulis surat itu sebaik sahaja mengetahui Anwar akan datang ke Pulau Banggi.

Saya beritahu dia Perdana Menteri nak datang. Terus dia kata mahu tulis surat sebab dia nak buktikan kepada kawan-kawan dan cikgu bahawa cita-citanya nak jadi Perdana Menteri bukan sekadar main-main.

“Dia cakap, ‘Mama tolong saya sampaikan surat ini kepada Perdana Menteri. Saya nak tunjuk saya serius,’” katanya.

Impian Nanang Pulau Banggi Jadi Inspirasi Ramai

Wajah Nanang jelas kelihatan gembira dan teruja apabila impiannya untuk menyerahkan sendiri surat kepada Perdana Menteri akhirnya menjadi kenyataan.

Ads

Kisah Nanang Pulau Banggi turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang kagum dengan keyakinan serta keberanian kanak-kanak itu mengejar cita-cita sejak usia muda.

Ramai menyifatkan tindakan Nanang sebagai contoh terbaik kepada golongan muda supaya tidak malu menyimpan impian besar walaupun sering dipandang rendah oleh orang sekeliling.

Selain itu, ramai juga memuji sikap Perdana Menteri yang meluangkan masa membaca surat tersebut dan memberikan kata-kata semangat kepada seorang kanak-kanak dari kawasan pedalaman Sabah.

Baca lagi: Ibu Cekal Daki Tangga Tingkat-36 Demi Anak Selepas Tujuh Lif Rosak 

Mykad Baharu Bermula Jun 2026, Ini Ciri Keselamatan & Siapa Perlu Tukar

Sumber: Facebook @anwaribrahimofficial

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

anak lambat bercakap

Anak Lambat Bercakap, Dua Amalan Surah Ni Mak Ayah Boleh Amalkan...

Masalah lambat bercakap pada anak tidak boleh dipandang ringan. Ketahui punca, ikhtiar terapi serta amalan surah dan doa membantu anak lebih petah bercakap.