Anzalna memberitahu yang dia tidak mahu memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Tidak mahu menipu orang lain walau pun ditawarkan bayaran.
Anzalna Nasir yang kini sedang hamil anak pertama memberitahu tentang hal ini menerusi instagram beliau. Selorohnya, duit dia mahu tapi menipu tidak mahu! Bagaimana pun Anzalna berterima kasih di atas tawaran itu.
anzalnanasir88 Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna. Duit mau, menipu tidak mau! Hahhahahahahhaha Thanks for the offer! ? #BuatApaTipuBoskurrrrrrrrr
Para peminat menghargai dan menyambut baik keputusan jujur Anzalna untuk tidak memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Malah ada juga yang memuji berserinya wajah ibu hamil ini, nampak glowing!
Impian peminat melihat pelakon dan pengacara cantik jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim menjadi ibu pastinya bakal terlaksana pada Julai nanti.
Melihat perkembangan pelakon dan pengacara cantik jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim yang semakin cantik dengan kehamilan hampir 5 bulan ini buat peminat teruja menantikan kelahiran bayinya pada Julai nanti.
Menariknya sepanjang kehamilan, Sarimah tidak lolek berkongsi cerita dan begitu teruja berkongsi perjalanan kehamilannya di instagram peribadi miliknya.
Bakal ibu ini sempat berkongsi rahsia dan tipnya hamil di usia lewat 30an. Beliau memberitahu sejak mengumumkan dirinya sedang mengandung anak pertama pada Februari lalu, beliau banyak menerima pertanyaan tentang kaedah kehamilan terbaik untuk hamil pada usia 35 tahun.
Katanya dalam instagram peribadinya, ramai menyangka kehamilan pertamanya ini adalah menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF). Namun Sarimah menepis kata-kata ini dengan memaklumkan bahawa dia hamil secara semulajadi namun menitik beratkan pemakanan, melakukan pemeriksaan dalaman dan bersenam selalu. Akhirnya rezekinya hamil pada usia 41 tahun. Awesome!
” Ramai yang DM tanya saya macam mana cara terbaik untuk hamil terutamanya selepas berusia 35 tahun. Ramai yang tertekan dan mula putus asa pada usia ini.
Sarimah juga sempat menasihatkan wanita-wanita yang masih menanti kehamilan agar tidak terburu-buru untuk melakukan rawatan IVF selagi belum mencuba secara semulajadi yang dikongsikannya.
“Paling penting kena sentiasa kekalkan pemikiran positif dan jangan terburu-buru untuk melakukan rawatan IVF.
Semua orang mempunyai perjalanan hidupnya sendiri. Saya dan suami alhamdulillah kami berjaya secara semulajadi tetapi berbeza pula dengan perjalanan hidup orang lain. Dan ingat…Allah lebih mengetahui bila yang sesuai dan terbaik buat diri kita. Jangan pernah putus asa ok!
Dalam pada itu Sarimah sempat berkongsi masalah sakit belakang yang dialaminya sejak hamil. Namun kini beliau semakin pulih dan makin selesa untuk kembali aktif bersenam.
Kredit: @sarimahibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk wanita yang berusia melebihi 35 tahun ke atas, untuk hamil mungkin ramai yang merasakan agak sukar. Maklumlah ditambah pula dengan rasa letih yang mungkin lebih dari wanita yang lebih muda. Sebenarnya jika anda sudah sedikit berumur dan merancang untuk hamil, ia boeh dilakukan. Usahalah dengan cara yang betul dan banyakkan berdoa.
Berkongsi tip untuk hamil pada lewat usia, Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman Facebooknya memberitahu yang ia tidak mustahil. Ibu perlulah mencuba sedaya upaya dan mengikut tip yang diberikan ini, mana tahu mudah ‘lekat’ kan?
MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS
Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedekah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahil.
Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah :
1. KETAHUI WAKTU SUBUR
Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita itu benar-benar subur pada waktu tertentu dalam kitaran haid mereka.
Oleh itu jika mahu cepat hamil, harus mengetahui HARI SUBUR supaya lebih banyak usaha yang dapat diberikan sebagai persediaan sebelum melakukan hubungan seksual pada waktu itu.
2. JANGAN MENUNGGU UNTUK HAMIL
Berkahwin pada usia 35 tahun ke atas adalah perkahwinan yang harus segera mendapatkan zuriat. Jika mahu menangguhkan dulu untuk beberapa tahun kerana belum bersedia, ia adalah satu pertaruhan yang besar.
Ini kerana semakin seorang wanita itu berusia, semakin sukar peluang untuk hamil dengan mudah. Ini bukan bermakna tidak boleh hamil, tetapi usaha yang dilakukan haruskan berlipat kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia lebih muda.
Dalam satu laporan statistik mengatakan bahawa kebarangkalian untuk seorang wanita berusia antara 35-39 tahun untuk hamil dalam masa setahun perkahwinan ialah satu dalam tiga wanita. Ini pun jika wanita itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan sistem reproduktif.
3. LAKUKAN PEMERIKSAAN
Tidak dapat dinafikan bahawa semakin kita bertambah usia, semakin kita mengalami masalah kesihatan. Kekuatan kita melakukan suatu kerja semakin beransur kurang berbanding dengan kekuatan kita semasa muda. Kebolehan untuk hamil segera pun begitu.
Oleh itu jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kerana apabila seorang wanita telah memasuki umur 35 tahun ke atas perbezaan dirinya dengan orang lain yang sama umur dengannya agak jauh berbeza.
Kebolehan untuk segera hamil ini bergantung kepada beberapa perkara, antaranya :
1. Pemakanan
2. Genetik
3. Berat badan
4. Masalah kesihatan yang kronik seperti diabetes mellitus, hypertension
5. Keseimbangan hormon
6. Masalah kesihatan reproduktif seperti endometriosis, ovarian cy, dan fibroid
Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tubuh bersedia untuk hamil. Selain itu, ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, cara hidup yang lebih yang sihat, kurangkan pendedahan terhadap toksin dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai tubuh yang unik, dan mempunyai kebolehan untuk hamil berbeza dengan wanita yang lain. Jadi jangan berputus asa, dan terus berusaha untuk hamil.
Saya mencadangkan seorang wanita yang berusia lebih 35, agar segera mendapatkan pemeriksaan ujian kesuburan apabila mereka tidak berjaya untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan atau lebih.
Bagi wanita yang berusaha untuk hamil walaupun sudah lewat usia, anda masih boleh mencuba. Dapatkan nasihat dari doktor supaya dapat mengharungi fasa kehamilan tanpa gagal. Semoga usaha anda diberkati dan berjaya hamil tanpa masalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal bergelar ibu, tentunya teruja & gembira dengan kehadiran si kecil di dalam rahim. Tidak sabar rasanya ingin memeluk si kecil dalam dakapan!
Dalam kegembiraan ini, ibu pasti akan melakukan apa sahaja untuk si comel dalam kandungan. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup dan persekitaran yang positif akan membantu ibu meneruskan kehamilan dengan baik.
Tahukah anda pembentukan organ utama janin seperti otak dan saraf tunjang berlaku dengan pesat pada awal kehamilan dan ini adalah waktu kritikal yang bakal menentukan tahap kesihatan bayi selepas dilahirkan. Semasa pembentukan organ-organ tersebut, janin memerlukan nutrisi terpenting iaitu asid folik.
APA ITU ASID FOLIK?
Asid folik amat penting kepada wanita khususnya yang merancang untuk hamil dan sedang hamil. Ia adalah sejenis vitamin B yang diperlukan oleh setiap sel dalam tubuh ibu bagi menampung tumbesaran dan pembesaran janin yang normal. Tablet asid folik walaupun bersaiz kecil, namun memberikan impak yang besar kepada perkembangan janin.
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi, KPJ Selangor Medical Centre, asid folik ialah vitamin B9 yang amat penting untuk badan terutamanya untuk ibu hamil kerana sel-sel memerlukan vitamin B9 pada ketika ini. Ia terdapat dalam 2 bentuk iaitu folate dalam bentuk makanan misalnya sayur-sayuran hijau, kekacang serta buah-buahan dan juga asid folik dalam bentuk suplemen.
“Semasa mengandung, akan terbentuk satu sel atau neural tube yang akan kemudiannya menjadi otak dan saraf tunjang. Yang inilah sebab mengapa wanita memerlukan asid folik. Tanpanya, bayi boleh mengalami kecacatan pada otak dan saraf tunjang.” kata Dr Siti.
JENIS-JENIS KECACATAN OTAK DAN SARAF TUNJANG BAYI
Kecacatan otak dan saraf tunjang yang biasa dijumpai ialah;
SPINA BIFIDA – Penutupan saraf tunjang dan tulang belakang yang tidak sempurna.
ANENSEFALI – Keadaan yang berlaku di mana pembentukan otak yang tidak sempurna semasa peringkat fetal.
ENSEPHALOKEL – Kecacatan tabung saraf yang ditandai dengan adanya penonjolan selaput otak melalui satu lubang pada tulang tengkorak.
KEPENTINGAN PENGAMBILAN ASID FOLIK DALAM JUMLAH DAN MASA YANG SESUAI
Pengambilan kurang daripada saranan mungkin menyebabkan badan anda tidak memperolehi asid folik yang mencukupi manakala pengambilan yang melebihi saranan akan menyembunyi tanda-tanda kekurangan nutrisi yang lain.
Dos asid folik yang perlu diambil hanyalah 400mikrogram (mcg) sekali sehari dan pengambilan asid folik sebagaimana yang disyorkan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub neural sehingga 70%.
Oleh kerana anda tidak tahu bila persenyawaan akan berlaku, maka bersiap sedialah dari awal apabila anda merancang untuk hamil seawal 3 bulan sebelum hamil atau jika tidak menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan. Apabila sudah hamil, teruskan pengambilan tablet ini untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, preskripsi dos asid folik yang lebih tinggi diperlukan.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
SUSU & MINUMAN BERKAFEIN GANGGU PENYERAPAN
Cara pengambilan yang betul menggalakkan penyerapan asid folik yang berkesan.
Ibu-ibu disyorkan mengambil asid folik setiap hari selepas sarapan pagi untuk mengelakkan anda daripada terlupa mengambilnya.
Elakkan pengambilan tablet asid folik bersama dengan minuman berkafein atau susu kerana ia juga menimbulkan gangguan kepada proses penyerapan. Atau anda boleh menjarakkan 3 jam sebelum atau selepas mengambil susu & minuman berkafein.
PENTING UNTUK MEMILIH SUPLEMEN ASID FOLIK YANG SESUAI
Appeton Essentials Folic Acid adalah makanan tambahan diet bagi wanita yang sedang merancang kehamilan. Setiap tablet mengandungi 400mcg untuk diambil sekali sehari dan mudah ditelan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip jimat sambut Raya untuk mak ayah yang ingin berjimat tanpa menghilangkan kemeriahan Hari Raya. Panduan praktikal kawal bajet Raya, baju anak, kuih, menu dan duit raya.