Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman instagramnya berkongsi gambar berkenaan teka-teki yang diajukan oleh netizen kepada beliau.
“Salam @drzul_albakri, apa benda nak ambik susah, tapi bila dah dapat kita main buang je?”
Jawapan yang diberikan oleh Mufti diluar jangkaan namun sangat berhemah;
Menarik soalan teka-teki ni. Jawapanya isteri (bagi yang suka bercerai/tak jaga hak dan perasaan isteri). Justeru, sayangilah isteri. Jaga isteri dengan penuh jiwa raga. Isteri amanah Allah untuk suami.
Sementara itu diruangan komen, Mufti sempat bertanya “Ada jawapan lain” bagi soalan teka teki tersebut.
Ruangan komen beliau dihujani dengan komen-komen daripada Netizen. Rata-rata terkejut dengan jawapan Mufti, mereka tidak menjangkakan jawapan yang sangat berhemah dan berkhikmah.
Ads
Jawapan dari mufti sangatlah diluar jangkaan
Berkhimah alim ulama menjawab
Ads
Totally agree with the answer
Dah kahwin tak ambil hati isteri dah
Ads
Begitulah sifat manusia dengan keinginannya
Sedih diceraikan hanya nak membahagiakan isteri kedua dengan mutlak
Semoga apa yang dikongsikan oleh Mufti dapat dijadikan panduan dalam hidup berumah tangga, saling sayang menyayangi dan menghargai pasangan.
Pelakon popular, Nur Fazura atau mesra dia panggil Fazura berkongsi gambar keluarga lengkap berbaju kurung dan berbaju melayu dalam kemeriahan menyambut hari raya Aidiladha semalam.
Pasangan tersebut mengayakan baju sedondon bewarna biru lembut bersama si kecil, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 9 bulan.
“A little late to the posting party, but here’s our photo for today 😅 Happy Eid – Al- Adha Mubarak with lots of Love 🤍🤍🤍”
Menurut Fazura, baju ini sebenarnya di simpan untuk sebuah majlis yang bakal di adakan namun terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan pandemik Covid-19 yang menjadikan perintah kawalan pergerakkan (PKP) dilanjutkan.
Tambahnya, dia risau Fatima semakin membesar dan menyebabkan baju yang dibeli tidak muat jadi dia mengambil keputusan untuk memakaikan sahaja baju tersebut kepada Fatima pada hari raya korban semalam.
“Had this baju raya done back in April by @altelia_amani . Berangan kot kes Covid turun banyak lah masa Hari Raya Aidilfitri hari tu, feeling nak buat open house. Last last pakai time ni je lah since dah macam tak muat for Fatima 😭”
Anak-anak memang sangat cepat membesar. Rasanya kita pun mengalami situasi yang sama, ada yang membeli baju untuk anak-anak dengan niat untuk dipakaikan sewaktu majlis-majlis keramaian dan juga untuk ‘holiday’ namun disebabkan PKP akhirnya baju tersebut dipakaikan sahaja di rumah.
Rata-rata warga maya teruja melihat kecomelan Fatima. Tak kurang juga ada yang teruja melihat kecantikan Fazura mengenakan tudung bawal di pagi raya dan mendoakan agar Fazura sentiasa kekal bertudung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara yang tak disangka berlaku jika nak jadi sekelip mata sahaja. Begitu juga dengan kes kecurian dan ragut yang sekarang makin menjadi-jadi. Jenayah tersebut biasanya tidak disedari kerana berlaku dalam keadaan cepat.
Anak menangis, beritahu ada orang ambil rantai
Perkongsian dari seorang ibu, Siti Haryani Azmi di facebooknya menceritakan pengalaman ragut yang berlaku pada anaknya ketika pergi ke tapak acara Jom Heboh di Batu Kawan Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menurut Siti Haryani, dia pada mulanya tidak menyedari kejadian tersebut sehinggakan anak perempuannya menangis dan memberitahu ada seseorang yang mengambil rantai emas yang dipakainya.
Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku 😭
Kesan merah selepas rantai direntap
Kongsinya lagi, walaupun dia tidak dapat mengenalpasti siapa yang mengambil rantai tersebut kerana berada dalam keadaan yang sangat bersesak, dia bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius.
Namun begitu, terdapat kesan merah di leher kanak-kanak tersebut berpunca daripada rentapan rantai emas di lehernya.
Apabila cuba nak cari siapa pelakunya memang tak tahulah sebab keadaan sesak.
“Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang ambil. Gelabah cikni dah macam apa kat sana. Nak menjerit, nak melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah cikni saja tapi kita tak tahu siapa dia.
“Suami cikni pegang tangan Anelia time tu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bising speaker main lagu, dengan bising penjual dok bercakap pakai mic. Pandai sungguh peragut cari tempat dan masa.
Rantai tak kisah. Ada rezeki boleh beli lain. Tapi anak yang penting. Mujur tak luka apa. Cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang.
Peringatan bersama
Dalam pada itu, Siti Haryani mengakui kesilapannya kerana memakaikan anak kecil barang kemas di tempat-tempat awam walaupun hakikatnya kanak-kanak itu setiasa memakai aksesori perempuan tersebut tidak kira masa.
Dia juga menzahirkan rasa kesal dengan perlakuan peragut yang langsung tidak berasa kasihan terhadap kanak-kanak kecil dan berharap perbuatan buruk itu mendapat balasan daripada Allah S.W.T.
Harap semangat Anelia pulih
Ibu mintak maaf kat Anelia. Kesian dia trauma sampai balik ke rumah masih teringat “orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.” Semua details dia cerita. Wallahualam sama ada betul atau tak gambaran dia bagi tu. Tapi setiap kali tanya, cerita dia sama.
Cikni harap kisah ini jadi pengajaran buat cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Orang jahat sekarang ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.
Tolong doakan Anelia dapat lupakan kisah hitam ni ya 😔. Sekarang dah nampak sedikit keceriaan di wajahnya selepas beberapa hari kejadian hitam tersebut berlaku.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah yang dilalui oleh lelaki ini apabila terpaksa membawa bayinya yang masih kecil ketika bekerja.
Dia yang bekerja sebagai penghantar makanan memberitahu bahawa dia terpaksa membawa bayinya ketika bekerja kerana tidak mampu untuk menghantar kepada pengasuh.
“Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan – mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup.”
Videonya tular sehingga mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas di sosial media. Terpanggil untuk membantu, Ustaz Ebit menghadiahkan sebuah motor dan duit asuhan bulanan.
“Menangis masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta dia cari pengasuh untuk anaknya.”
“Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.”
“Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.”
“Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini”
Rata-rata warga maya mendoakan agar keluarga ini dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh-Nya.
umar_aze Subhanallah ❤️
ainaabeautynisa Semoga dipermudahkan segala urusan untuk mereka sekeluarga 🤲🏻
hanaisemail_ii Terima kasih pelihara anak dengan baik. Moga sentiasa dalam jagaan Allah SWT 🤲🏻
zuraieyda_ Auto mengalir airmata😢 semoga dipermudahkan segala urusan..