Umum mengetahui bahawa menyusukan anak dengan susu badan mempunyai pelbagai manfaatnya yang tersendiri. Namun begitu, ada sesetengah wanita yang tidak disarankan untuk melakukannya atas dasar kesihatan atau kondisi yang lain. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai beberapa penyebab utama anda tidak patut menyusukan anak dengan susu badan.

Apakah Penyebab Anda Tidak Patut Menyusukan Anak Dengan Susu Badan?

Anda sedang mengambil ubat-ubatan yang tertentu

Terdapat ubat-ubatan tertentu yang berbahaya kepada anak anda di mana mereka akan mendapatkan mudaratnya melalui penyusuan susu badan. Antara ubat-ubatan tersebut adalah:

  • Ubat HIV/AIDS
  • Ubat perancangan keluarga yang mengandungi estrogen
  • Ubat kemoterapi
  • Ubat yang disalahgunakan
  • Ubat migrain
  • Ubat penenang
  • Ubat tidur

Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut, anda disarankan untuk berhenti menyusukan anak dengan susu badan. Selain itu, ibu yang sedang melakukan radioterapi juga disarankan untuk tidak melakukannya kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada bayi.

IKLAN

Anda sedang menderita penyakit yang tertentu

Pelbagai jenis penyakit mampu merebak melalui penyusuan susu badan, antaranya:

  • Infeksi Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Infeksi Human T-cell Lymphotropic Virus (jenis 1 dan jenis 2)
  • Tuberkulosis (TB) yang tidak dirawat

Jika anda dijangkiti flu, anda juga patut berhenti menyusukan anak dengan susu badan dan kuarantinkan diri anda sendiri kerana anak anda yang masih bayi sangat mudah terjangkiti. Oleh itu, sentiasa pastikan tiada individu berpenyakit berada dekat dengan anak anda.

IKLAN

Kondisi kesihatan yang lain

Ibu yang menghidapi kondisi kesihatan yang kronik tidak dinasihatkan untuk menyusukan anak dengan susu badan. Jika anda masih mahu melakukannya, langkah berjaga-jaga yang ekstra perlu diambil untuk menjamin kesihatan anda dan juga bayi.

IKLAN
  • Ibu yang menghidap diabetes perlu makan dalam kuantiti yang banyak agar tahap gula dalam badan mereka tidak jatuh mendadak.
  • Ibu yang kurang berat badan terutamanya yang mengalami kondisi tiroid atau perut perlu tingkatkan pengambilan kalori untuk menjamin kesihatan mereka sendiri.
  • Ibu yang pernah melakukan pembedahan payudara akan mengalami kesukaran untuk menyusukan anak dengan susu badan.
  • Ibu yang mempunyai sejarah pengambilan bahan berbahaya seperti dadah tidak disarankan untuk menyusukan anak dengan susu badan.

Bayi yang mengalami masalah galactosemia iaitu keadaan badan bayi tidak dapat memproses galactose gula juga tidak disarankan untuk menyusu badan. Ini kerana galactose tersebut berisiko untuk terkumpul lalu meracuni bayi. Akibatnya, bayi ini akan mengalami gangguan hati serta kelainan upaya untuk belajar dan membesar.

Setiap individu mempunyai situasi yang berbeza. Oleh itu, panduan ini hanyalah sekadar pedoman dan bantuan pakar perubatan adalah jaminan yang terbaik buat anda dan bayi. Rawat kondisi kesihatan anda terlebih dahulu sekiranya ada sebelum memutuskan untuk menyusukan anak dengan susu badan.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI