Hidangan minum petang sudah semestinya menjadi kewajipan bagi kita sekeluarga. Tidak sah tanpa sepinggan kuih bersama secawan teh panas yang menyegarkan petang hari. Namun hidangan atau menu bagaimana yang menjadi kesukaan anak-anak dan suami?
Apam Kampung antara kuih tradisi yang paling senang untuk disediakan. Resipi perkongsian Pn SuiSan Aleizha ini cukup mudah. Hanya empat bahan sahaja, apam tersedia buat keluarga. Jom cuba!
Sepetang bersama Apam Kampung & Teh panas. Kuih orang dulu-dulu, alhamdulillah sempat belajar dengan Uwan & arwah mak. Saya sertakan resepi jika ada yang berminat.
Resepi:
1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
2 senduk gula pasir
1 senduk setengah gula merah ( bancuh dengan air panas, kemudian sejukkan)
Gaul tepung bersama mauripan bagi sebati, kemudian masukkan gula pasir ratakan.
Ads
Masukkan air gula merah dan air manis ikut masing-masing. Bancuh jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat, sedang-sedang je. Tutup rapat dengan dulang atau tutup periuk. Biarkan beberapa minit.
Kemudian dah berbuih-buih, kacau semula, isi dalam talam kukus 20 hingga 25 minit.
Pastikn air dalam kukus betul-betul mendidih, dah masak angkat sejukkan baru potong.
Ads
Kelapa parut jangan sampai tempurung, gaul sedikit garam dan gaul dengan apam.
Siap!
Ads
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
PKP yang panjang ini ada waktunya kita sudah mula tidak berselera untuk makan nasi. Di tambah pula dengan berpuasa yang inginkan selera berbeza. Apa kata sempena hari cuti ini kita sajikan laksa utara versi kuah pekat untuk anak-anak dan suami. Confirm anak makan bertambah.
Ada diantara kita yang menyediakan laksa sehingga mengambil masa hingga satu jam. Mungkin tersalah langkah. Resipi ibu ini, Ameera, paling mantap kerana cara memasaknya cukup mudah, dalam masa 25 minit laksa siap tersedia untuk berbuka petang nanti. Paling menarik ada tip nak elakkan ikan atau kuah berbau hanyir. Jom ikuti langkahnya!
Tips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir, bau wangi semerbak 2 kilometer. Penyediaan 25 minit siap semua! Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha? Jom follow step ibu. Ambil resipi ni buat niaga. Insyaallah ramai yang suka.
Bahan-bahan:
1 bungkus laksa kering -direbus
1 kg ikan kembung -direbus
Bahan Kuah:
10 tangkai cili kering
2 biji cili merah
10 biji cili padi
4 biji bawang besar
Belacan
Garam secukup rasa
Daun kesum, bunga kantan
Asam keping segenggam
Ikan kembung lemak. Semua sedara mara dia dalam tu. Nanti air rebus ikan ni buang tau.
Gigi besi owh gigi besi, blend je semua kepala dan tulang semua. Jangan takut. Kang kita tapis. Pakai air paip je. Yang isi kita ambil dan blend siap-siap.
Macam biasa lah, blender serba boleh hat ni.
Raga ikan ibu yang paling ku sayang. Banyak bakti nya. Tapis di sini, tulang segala selamat di raga, tak masuk dalam kuah laksa kita.
Cantik kejadiannya. Pekat kan. Nanti tambah air sikit.
Ini part sambal dia. Korang nak pedas boleh letak cili padi tu lebih. Ini sukatan yang anak anak pun boleh makan.
Hah? Blender ni lagi. Kan dah kata blender serba boleh. Korang takde jangan jealous.
Campak dalam periuk. Haishh senang je keje nya korang.
Helok hitam asam keping ibu. Buat sendiri asam keping ni. Bukan beli.
Udah siap ha! Apa lagi, bau wangi yamat.
Tonggeng terus masuk ke sambal tadi. Berkilat kan dapo ibu, tips nya, lepas masak sila kemas terus.
Terus masuk kan daun-daun ni ye.
Yeaaahhhh siap dah! Biar menggelegak dah masak la tu weh. Boleh makan bersama anak anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biskut samperit tidak dinafikan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Biskut legend ini kini semakin menerima pelbagai inovasi malah digabungkan dengan pelbagai bahan dan rasa mewah.
Terbaru, cikgu masakan yang cukup terkenal di media sosial, Azlina Ina Fans turut berkongsi resipi samperit kayangan, Samperit Lotus Biscoff yang pastinya buat anak-anak bertambah teruja untuk makan. Nak tahu macam mana enaknya Samperit Lotus Biscoff ini, jom cuba resipi hebat cikgu kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!