Kalau ada lebihan nasi, boleh simpan dan jadikan apam nasi. Resipinya pun sangat mudah malah mama yang ada anak kecil pun boleh jadikan kudapan untuk mereka.
Resipi yang dikongsi ini ada dua versi iaitu untuk bayi dan juga dewasa. Selamat mencuba!
💓 APAM NASI 💓
Bahan Bahan :
Versi Dewasa :
Bahan A :
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
3/4 – 1 cawan gula
Ads
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Bahan Lain :
pewarna pilihan
kelapa parut
Versi Baby :
Bahan A :
1 cawan nasi organik groomy discoverer Groomy Malaysia ( Dila My )
1 1/2 cawan air
1/2 cawan madu
Ads
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Cara Cara :
Satukan ke semua Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati . tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan Bahan B dan kacau sebati .
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan, perapkan adunan selama 1 jam .
Ads
Sementara itu panaskan kukusan. Setelah diperap , kacau seketika dan tuangkan adunan ke dalam acuan / loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak .
Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan apam daripada acuan dan letakkan di dalam pinggan .
Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Kelapa parut boleh juga dikukus agar tahan lebih lama. siap, sedia dihidang !
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel berkongsi berita gembira buat peminatnya apabila memberitahu Wawa telah mengandung anak keempat mereka.
Di instagramnya sebelum ini, Aeril mengucapkan syukur kerana doanya sudah termakbul. “Alhamdulillah Ya Allah. Doa dimakbulkan, dapat bayi nombor empat. Tinggal nak satu saja lagi,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Aeril juga memohon doa daripada pengikut-pengikutnya di platform media sosial itu agar urusan bersalin Wawa dipermudahkan dan doakan yang baik-baik.
Bagi meraikan Wawa yang tak lama lagi akan bercuti pantang dan kebetulan boleh rentas negeri, Aeril telah membawa Wawa dan anak-anak bercuti ke Cameron Highland. Tambah Aeril percutian ini adalah sebelum Wawa melahirkan bayi.
Sementara itu, di instagram Wawa Zainal pula, dia telah berkongsi satu video pendek menunjukkan suasana bilik berpantang yang dihias cantik untuk menyambut kelahiran bayi tak lama lagi.
Menurut Wawa, sudah lama dia mengimpikan untuk menyediakan bilik khusus sebegini untuk proses berpantang yang selesa.
Walaupun dekorasi dalam bilik itu simple namun gabungan warna putih dan biru nampak cantik sangat. Malah hiasan beberapa helai baju bayi yang digantung, anak patung, bingkai gambar menambahkan lagi seri bilik berpantang Wawa kali ini.
“Alhamdulillah rezeki dapat buat bilik pantang untuk 4th baby. Dah lama teringin nak buat. Tak sabar nak jumpa baby. Doakan Wawa ya”
Malah ramai peminat pasangan ini membuat tekaan bahawa Aeril dan Wawa mungkin akan menimang bayi lelaki biarpun mereka belum berkongsi jantina bayinya kepada umum.
“Comelnya, mesti baby boy”
“Ni macam baby boy je gayanya”
“Lawanyaaa bilik pantang. Macam ni pantang tiap tahun pun onzzzz hihi”
“Semoga dipermudahkan.. tak sabar nak tengok version kali ni. Mesti comel!”
Di akhir perkongsian Wawa, dia berkongsi gambar scan babynya yang memberi senyuman. Moga proses kelahiran bayi keempat dipermudahkan dan selamat kedua-duanya. Amin
Kredit: IG Aeril Zafril & Wawa Zainal
**Nak dapatkan lampin bayi pada harga jimat dan berbaloi, terus klik link ini untuk membelinya.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlukan biskut raya yang mewah, biskut raya ringkas tetap menjadi pujaan kita untuk dihidangkan kepada anak-anak di pagi raya. Biskut Peanut Butter ini antara biskut yang begitu digemari kerana rasanya yang cukup unik namun sedap.
Paling menarik, cara hendak membuatnya juga cukup mudah dan ringkas. Jom cuba resipi perkongsian Pn Novelis Afieyza Isahak.
Biskut Raya Ketiga, Peanut Butter. Ini tahun kedua Cik Fieyza buat biskut kegemaran arwah abah. Tahun lepas mak ajak buat sebab dah lama tak makan biskut lama ni.
Kali ini acuan masih satu, cari di beberapa kedai semua habis jadi Cik Fieyza tekap guna acuan bunga. Masa bakar, terlupa nak turunkan suhu oven maka bergelap la semua adunan bunga. Tak apa, kenangan untuk tahun ini. Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah buat :
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri tunggal pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana sejak kecil lagi sentiasa menjadi perhatian umum. Mana tidaknya, kecantikan Aaisyah yang diwarisi dari ibunya ini terus membuatkan si comel ini menjadi perhatian.
Kini, Aaisyah Dhia Rana sudah pun berusia tujuh tahun. Di usianya yang kini Aaisyah dilihat semakin bijak bergaya, persis ibunya.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya, kemunculan Aaisyah Dhia Rana sememangnya cukup dinantikan semua. Jika tahun-tahun sebelum ini Aaisyah muncul dengan pelbagai tema untuk majlisnya, kali ini Aaisyah Dhia Rana bergaya bak puteri dewasa.
Menerusi instagram miliknya, Che Ta turut berkongsi beberapa keping gambar kemeriahan sambutan itu yang diadakan untuk keluarga terdekat sahaja. Gabungan warna-warna ceria, biru dan merah jambu dipilih untuk melatari seluruh majlis puteri comel ini. Semuanya cantik-cantik belaka.
Jika sebelum ini Aaisyah meminta enam biji kek, menariknya kata Che Ta, kali ini Aaisyah meminta tujuh biji kek pula, sempena usianya yang menginjak tujuh tahun. Hebat!
“7 tahun 7 birthday kek! Pengsan mak hang @aaisyahdhiarana111,” tulis Che Ta ringkas di Instagramnya.
Namun bagi memenuhi impian anak kecilnya itu, ibu cantik ini berbesar hati merealiasasikan impian anaknya itu seperti yang diingininya.
Dalam pada itu Che Ta juga turut menitipkan ucapan istimewa buat Aaisyah sempena kelahirannya itu. Semoga yang baik-baik sahaja mengiringi Aaisyah hendaknya dan teruslah membesar menjadi anak yang baik dan sentiasa membanggakan ibu dan ayahnya.
“Happy Birthday to our beautiful little girl! We’re so grateful for the 7 years you’ve been in our lives. @aaisyahdhiarana111,” tulisnya lagi.
Warisi kecantikan Che Ta
Beberapa keping gambar Aaisyah Dhia Rana serta sekitar majlis turut dimuat naik Che Ta di Instagramnya. Semuanya cantik-cantik belaka. Malah penampilan Aaisyah Dhia Rana yang tampil dengan gaya remaja itu cukup cantik, kesan solekan dan dandanan yang ditata hias buatnya.
Pada majlis ringkas itu, adik beradik Che Ta turut sama memeriahkan majlis penuh bermakna pada Aaisyah.
Terdahulu, Che Ta dan suaminya Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Kelahiran Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014 menjadi pelengkap bahagia Che Ta dan seluruh keluarga.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.