Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk mengandung disarankan untuk mengambil asid folik. Rata-rata mengetahui asid folik sangat baik untuk kesuburan wanita. Namun, ada juga yang bertanya adakah pengambilan asid folik ketika seseorang wanita itu datang haid akan menimbulkan masalah.

Artikel Menarik: [“Suruh Senyum Sampai Senget Kepala.” Comel Adik Ni Ambil Gambar Buat Passport!]

 

ASID FOLIK SUPLEMEN ‘DEKAT’ DENGAN WANITA

“Doktor, adakah asid folik boleh diambil ketika haid?

Pil asid folik sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi asid folik juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

Asid folik adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.

Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat
Sumber foto: www.freepik.com

Asid folik boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.

IKLAN

“Doktor betul ke asid folik ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula.”

Artikel Menarik: [Taktik Elak Mandi, Tidur Sambil Senyum. Gelagat Bayi Ni Cuit Hati Warganet!]

AMBIL ASID FOLIK BUKAN JAMINAN MUDAH HAMIL

Wanita yang mengambil asid folik sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil asid folik akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain. Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan asid folik bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doktor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.

Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat
Sumber foto: www.freepik.com

Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrien seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan asid folik akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.

IKLAN

Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.

Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]

Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan asid folik pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.

IKLAN

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik.

Nak hantar gambar anak klik sini 👉 https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat