Kehamilan

Asyalliee Menyampah Tengok Muka Suami Ketika Mengandung. Ibu Muda Ini Kongsi Dua Cerita Berbeza Sewaktu Hamilkan Anak-Anaknya

Share

Ketika mengandung, pelbagai kerenahnya. Ada yang mabuk teruk, ada yang segar sahaja. Ada yang kuat tidur, ada yang tak boleh duduk diam. Ada yang suka makan, ada yang muntah selepas bau makanan. Itu semua dugaan buat ibu yang mengandungkan anak.

Besar pengorbanan seorang ibu. Instafamous cantik yang juga seorang ahli perniagaan berjaya, Asyalliee turut berrkongsi pengalamannya ketika hamil anak pertama dan situasinya sekarang semasa mengandungkan anak kedua.

Waktu hamilkan anak sulungnya, Haider Mikhael, Asya hanya mengalami morning sickness selama satu bulan sahaja. Dia juga kuat makan. Anaknya tidak aktif sangat, bergerak biasa-biasa saja. Menurut Asya lagi, wajahnya flawless ketika hamil anak sulung. Dia juga sukakan makanan yang masin dan masam.

Perut tidak kelihatan sehingga kandungan mencecah lapan bulan. Kuat merajuk dan suka tidur. Asya juga gemar bersolek dan suka bergaya. Pun begitu kata Asya, dia suka tidur lewat dan menjadi malas. Ketika hamilkan Haider juga Asya suka menangis tanpa sebab.

Berbeza sungguh dengan kehamilan keduanya, Asya mengalami mabuk-mabuk sehingga kandungan lima bulan. Tidak boleh gosok gigi kerana akan muntah. Asya kurang berselera dan lebih gemar makanan manis dan bersup. Kurang minat untuk bersolek dan kulit wajah bermasalah. Asya juga tidur awal dan lebih rajin berbanding kehamilan pertama.

Ketika hamil anak kedua yang diberi nama Baby Rose, Asya jadi tidak suka dengan suaminya tetapi pada masa yang sama tetap mahu ‘berkepit’ selalu. Bayinya kali ini sangat aktif bergerak sehingga Asya senak dibuatnya. Memilih untuk mengenakan pakaian yang selesa dan mengalami perubahan emosi yang ketara.

Pada admin, tidak kisahlah apa pun keadaan ibu ketika hamil asalkan kedua-duanya sihat. Itulah yang paling utama. Bagi Mama yang sedang hamil, jaga diri anda dan pastikan sentiasa patuh dengan tarikh temujanji rawatan yang sudah dibuat. Selamat mengandung dan melahirkan, semua!

Sumber: Asyalliee

IKLAN