Merebus telur separuh masa menggunakan air fryer sememangnya lebih menjimatkan masa. Hanya mengambil masa selama 5 hingga 10 minit, ini cara tepat merebusnya dengan betul.
Perkongsian tip lengkap dengan suhu dan cara memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Arina Rashid ini anda kena cuba. Memang senang!
Ada peminat telur separuh masak kat sini? Ni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.
Meh rina nak share cara paling senang. Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer.
Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Haa.
Ok cara Rina buat telur separuh masak ni senang sangat. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
Ads
Telur straight amek dari counter (room temperature) bukan dari peti ais. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.
Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.
Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu.
Ads
Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi tittt..tittt.
Setting ni banyak kali dah Rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.
Ads
Korang try and error dulu eh. Rina lagi suka jenis A.
Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia.
Usia anak sudah pun hampir lima tahun tapi masih belum pandai memegang pensil dengan tepat. Inilah yang membuatkan ibu mula bimbang. Sebenarnya masih belum terlambat untuk merangsang anak-anak ini untuk mahir memegang pensil. Ada cara mudah yang dikongsikan pakar.
Menurut Pn Mahfuzah Zainol, Ahli Terapi Carakerja Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas, terdapat tiga cara mudah untuk melatih kekuatan tangan dan sekaligus melatih anak untuk mudah memegang pensil. Ini yang ibu boleh bantu lakukan.
3 cara nak buat jika murid atau anak sendiri masih belum pandai memegang pensel.
Pegangan pensel adalah salah satu daripada ‘school readiness’ skills. Tidak boleh memegang pensel dengan betul tandanya murid tersebut belum bersedia untuk menulis dan belajar.
Kalau masih tidak boleh memegang pensel, apa cikgu atau ibu ayah nak buat?
1. Lakukan aktiviti menguatkan otot tangan dan bahu. Banyak aktiviti kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan. Contohnya macam aktiviti di taman permainan. Bergayut, menggelongsor, berlari dan merangkak. Dan banyak lagi.
2. Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan gerakan memicit, memulas, meramas, mencucuk dan meregang pada otot bahagian tangan. Guna playdough, plastisin dan juga tepung dan air.
3. Buat aktiviti menulis tanpa pensel dan kertas. Maksudnya, murid masih belajar walaupun belum pandai pegang pensel dan menulis! Boleh guna doh plastisin, lidi, pasir, tepung dan banyak lagi bahan sensori!
Sekian, perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja kanak-kanak dan pendidikan khas.
“Degil betul budak ni, kalau mama bangun mama cubit awak” situasi biasa yang dialami oleh kita semua apabila marahkan anak. Macam mana nak elak marah anak dengan perkataan yang tidak baik? Ikuti perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dalam pertemuan dengan ramai pihak, kami selalu ditanya berkenaan cara untuk menangani pendidikan anak-anak yang nakal. Kami ringkaskan pesanan seperti berikut:
Bina hubungan seakrab mungkin antara pasangan suami isteri atau ibu bapa. Ini akan memudahkan sebarang bentuk tindakan yang bersifat bersama. Ia juga memberi keyakinan yang lebih bagi pihak kedua ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan.
Sentiasa fikir cara yang terbaik dalam mengambil sebarang tindakan. Hal ini penting agar anak akan memahami kehendak ibu bapa dengan arahan yang sama tanpa sebarang pertentangan.
Terangkan peraturan kepada anak-anak dengan jelas. Maklumkan kepada mereka tentang peraturan, had, batas dan apa yang dimahukan daripada mereka. Ia juga boleh dilakukan dalam bentuk bertulis.
Libatkan anak untuk sama-sama berbincang tentang peraturan yang ingin diterapkan. Hal ini akan menjadikan mereka lebih mudah untuk menuruti arahan tersebut.
Panggil anak dengan panggilan yang baik.
Jangan mengambil hati atas karenah dan kedegilan mereka tetapi bersabar dan terus didik dengan berhikmah.
Jangan sesekali menyebut perkataan degil atau tidak mendengar kata kepada anak.
Teguran atau tunjuk ajar dilakukan bukan dalam nada memaksa atau marah sebaliknya dengan memberi penjelasan.
Sesekali luangkan masa bersama anak terutama sewaktu mereka bermain serta cuba untuk fahami kehendak dan pemikiran anak-anak.
Berbincang sesama suami isteri untuk kenalpasti dan memahami punca anak menjadi nakal. Begitu juga dengan pembacaan dari bahan-bahan bacaan yang berkaitan.
Menurut Perunding Pendidikan dan Keibubapaan, Firdaus Azhari, menyebut cara berfikir kanak-kanak berbeza sama sekali dengan cara pemikiran dewasa. Pada tahap tersebut, mereka belum mampu melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Mereka hanya boleh melihat dan berfikir dengan cara mereka sahaja atau mengenai dirinya sahaja. Sebagai contoh, ibu bapa meminta anaknya berhenti bermain gelas kerana melihat dari sudut keselamatan. Namun berbeza dengan pemikiran kanak-kanak, mereka berfikir dari sudut keseronokan bermain dengan gelas tersebut.
Beliau berkongsi beberapa kaedah menangani situasi ini, antaranya:
Lapangkan hati
Apabila sudah memahami sifat kanak-kanak seperti itu, maka terima sahaja kemungkinan yang akan berlaku disebabkan kekangan ini.
Ulang secara konsisten
Dalam melatih dan memupuk sesuatu, ulang sebanyak mungkin kepada mereka dengan nada yang sama dan bukan dengan nada semakin lama semakin marah.
Elakkan daripada mengajar konsep ‘jangan sampai mak bangun’
Didik anak untuk ‘bangun’ dan ‘bergerak’ apabila mendengar arahan pada kali pertama. Caranya adalah dengan mengucapkan dengan seluruh jiwa dan perasaan. Jika hendak menyuruh anak ke dapur, jangan bercakap dari dapur. Sebaliknya, datanglah kepada mereka, tatap wajah mereka, dan minta anak ke dapur bersama-sama kerana sekiranya kita bercakap dari jauh, akan terbina konsep ‘Tak apa, mak cakap baru dua kali’.[1]
Saya teringat satu kaedah yang dinyatakan oleh salafus soleh:
Maksudnya: Bermainlah dengan mereka selama tujuh tahun yang pertama, didiklah mereka pada tujuh tahun yang kedua, dan bersahabatlah dengan mereka pada tujuh tahun yang ketiga. Kemudian tinggalkan bagi mereka tali pada puncak bukit.
Ini menunjukkan betapa anak-anak diberi bentuk pendidikan mengikut marhalah masing-masing yang akhirnya mampu menggalas dan memikul tanggungjawab untuk mengetuai keluarga pada masa seterusnya.
Semoga Allah jadikan anak-anak kita sebagai permata hati kita. Amin.
Pesanan kami, jangan lupa titipkan doa setiap hari kepada anak-anak dan kaum keluarga serta umat Islam agar dikurniakan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Surah al-Furqan (74)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak 90% kehidupan mereka adalah bermain. Badan mereka juga merasa letih dan penat. Urutan lembut sangat merangsang kesihatan anak untuk bebas dari demam, batuk dan sebagainya.
TEKNIK URUTAN UNTUK ANAK CERGAS DAN SENANG DI KEJUT UNTUK KE SEKOLAH
Bagi ibu-ibu yang nak dapatkan ilmu urutan bagi anak sentiasa cergas dan mudah nak bangun untuk ke sekolah, Puan Norafiza Mahmudberikan tipnya.
Emak Cik Oya pandai mengurut tapi urut untuk anak-anak sahaja. Mungkin mewarisi sedikit kelebihan dari emak. Cik Oya mula melatih diri mengurut anak-anak pula.
Sekarang sudah menjadi tabiat. Selepas urut sahaja bisik di telinga mereka untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Terus bangun seperti di pukau. Mungkin namanya pukauan ibu.
Selalu selepas solat subuh Cik Oya urut diaorang. Ini bukan teknik pakar. Urutan ini adalah urutan sentuhan atau aura positif ibu kepada anak-anak.
Sediakan DOA mudah ini sewaktu urutan.
Al-Fatihah Ayat Kursi
Ini urutan dada dan perut. Menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
Ini adalah teknik yang Cik Oya suka. Azraqi juga suka. Dengan DOA agar segala yang mereka belajar di sekolah lebih mudah faham dan cepat di terima. In shaa Allah. Cik Oya nampak perubahan mereka.
Sepanjang urutan kalian baca dan sembur pada badan anak-anak. Jika anak-anak jatuh, sakit badan atau sebagainya. Urut dan sembur pada bahagian yang sakit. In shaa Allah. DOA ibu akan menyembuhkan anak.
Urutan telinga ni selalu mak Cik Oya buat pada Cik Oya. Ya Allah. Sangat relaxing. Walaupun hanya telinga. Impak dia sangat besar.
Tepuk angin pada belakang anak. Jika kalian melakukan sewaktu subuh. Bisik sahaja di telinga mereka untuk bangun dan Mandi ke sekolah. Sewaktu urutan. Kejut lembut dan bertanya. Best tak mommy urut abang?
Pastikan kalian mendapat jawapan dari Mereka. Ini menandakan positive vibe sudah masuk ke minda. Daripada ” abang, cepat bangun. Jom pergi sekolah”
In shaa Allah. Ini bukan janji. Jika kalian lakukan penuh ikhlas Dan konsistan. Kalian dapat hasilnya.
Ini adalah urutan belakang. Urutan badan ini akan membuatkan badan anak rasa bertenaga dan ringan. Kalian boleh melakukan dan mengamalkan urutan ini setiap pagi selepas solat subuh.
Kalian tidak perlu melakukan semua teknik dalam satu masa. Apa yang perlu adalah konsistansi pada setiap hari dan pagi. Cara dan teknik ada di setiap gambar. Mohon baca sebelum praktikkannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!