Melihat perkembangan anak adalah kepuasan bagi ibu dan ayah. Apatah lagi apabila apa yang diusahakan mula menunjukkan hasil positif.

Mac lalu, Aktres dan usahawan Wawa Zainal  pernah berkongsi kepada sebuah akhbar yang anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun mengalami  masalah speech delay atau lambat bercakap.

“Attar Suka Cakap English Je.” Aeril Syukur Anak Speech Delay Mula Lancar Bercakap

“Attar masih belum lancar bercakap tetapi dia sudah menunjukkan banyak perubahan. Selepas hantar dia ke kelas terapi sejak tahun lalu, dari situ saya tengok perubahan dalam dirinya dan ada banyak peningkatan.

“Saya dapat kesan ketika dia berusia tiga tahun. Ketika itu dia hanya bercakap tiga ke empat patah saja dan banyak perkataan yang dia tak boleh cakap.

“Attar Suka Cakap English Je.” Aeril Syukur Anak Speech Delay Mula Lancar Bercakap

“Apabila buat pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami simptom lambat bercakap tapi bukan autisme. Itu perkara yang paling saya bimbangkan,” katanya.

Lebih menggembirakan Wawa juga apabila guru di sekolah anaknya memaklumkan Attar boleh meneruskan persekolahan di sekolah biasa tahun depan.

“Saya lega dan bersyukur apabila guru beritahu Attar boleh bersekolah di sekolah harian seperti kanak-kanak normal lain. Malah, di sekolah sekarang Attar juga sudah boleh bergaul dengan murid lain.

IKLAN

“Attar Suka Cakap English Je.” Aeril Syukur Anak Speech Delay Mula Lancar Bercakap

“Apatah lagi tahun depan dia akan masuk tahun satu. Saya berharap, dia akan terus menunjukkan peningkatan. Selain kelas terapi, saya dan suami juga akan sentiasa meluangkan masa bersamanya dengan mengajak dia bercakap. Bagi saya ini semua penting,” katanya

ATTAR MULA LANCAR BERCAKAP, SUKA BERTUTUR BAHASA INGGERIS

Hari ini, suami Wawa, aktor Aeril Zafrel berkongsi video di Instagram anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6 sudah mula lancar bercakap. Cuma bapa ini berseloroh Attar hanya memilih untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Alhamdulillah Attar dah lancar sikit bercakap. Tapi tulah nak cakap English je.

Kita ni dah la broken English ?? Korang ada pengalaman anak-anak macam ni??

IKLAN

Para peminat melahirkan kesyukuran dan rasa gembira dengan perkembangan Attar.

BAGUSNYA ATTAR

“Actually utk ajar anak mula bercakap memang senang ajar dalam english sbb english satu suku kata. Bagusnya Attar ckp english..” @am0i_mieza

JUST COMMUNICATE

“Just communicate dgn english lambat ckp melayu x pe asalkan boleh bercakap tu alhamdulilah.” @khairulniezam83

IKLAN

JANGAN PAKSA, KENALKAN BM SLOWLY

“Dats great! Let him talk in English if he is more comfortable with it, don’t force. For Malay language, you can slowly introduce him. Lambat laun taulah ckp melayu..mcm my anak.” @abbylady5

ITS OK ATTAR, NANTI PANDAILAH CAKAP MELAYU 

“Selalunya kids yg agak lewat untu bckp tu…bila dihantar ke sekolah yg memang speak in English mmg akan biasa cakap English bila dah pandai bckp. Melayunya kurang, But its ok Attar, nanti pandai lah cakap Melayu tu, kanak-kanak biasalah tu.” @sitinurkhalilah

Sumber: aeril_zafrel & Harian Metro

Artikel berkaitan:[Inilah Pembawaan Budak. Duduk Rumah Alahan Tak Berhenti, Dapat Berjalan Muntah Pening Hilang] [Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad] [Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air]

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI