Jika dahulu anak seorang, kini tanggungjawab semakin besar sejak punya anak dua. Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga mengakui akan cabarannya bergelar ibu kepada anak dua.
Kata Siti menerusi sesi temubual ketika melancarkan produk perisa terbaru Beaukids baru-baru ini, menguruskan dua anak dalam satu masa bukanlah satu tugas yang mudah.
Tambah pula kata Siti, dia wanita bekerjaya yang kerjanya tidak tentu masa malah memerlukan komitmen yang cukup tinggi. Amat menyukarkan. Namun Siti bersyukur kerana dibantu oleh support sistem yang cukup baik.
“Saya akui bukan mudah untuk urus dua anak dalam satu masa. Rasa macam kalut tapi saya gembira dan berterima kasih sebab ada kakak yang bantu dan memang saya sangat memerlukan sebab saya wanita berkerjaya.
“Waktu kerja tak tentu, macam semalam balik lewat pukul 2, keluar awal pagi jadi memang saya tak terkejar. Kerja rumah pun saya kena tengokkan juga. Saya bukanlah isteri yang sempurna sebab itu saya perlukan support system yang baik,” kongsi Siti lagi.
Dalam pada itu kata Siti lagi, dia paling bersyukur kerana dibantu pembantu yang begitu berpengalaman disaat dia amat memerlukan.
“Alhamdulillah Aafiyah dan Afwa ada yang menjaganya, malah ada nurse untuk jaga Afwa, memandangkan Afwa masih kecil dan jadi lebih mudah pantau kesihatannya.
“Support system sangat perlu bagi yang berkerjaya dan sibuk macam saya. Syukur ramai membantu meringankan kerja-kerja saya. Itu sebab saya boleh fokus dengan kerja yang saya buat contohnya seperti jika perlu buat photoshoot, buat promosi jualan, rehearsal konsert persembahan semua itu main minda dan tenaga. So far alhamdulillah syukur,” tambah Dato’ Siti lagi.
Aafiyah pamer sikap kakak-kakak
Berkongsi kisahnya dalam membesarkan dua anak dan cabaran membesarkan keduanya akui Dato’ Siti, ia memerlukan kekuatan emosi dan fizikal yang kuat. Malah melihat Aafiyah yang kini membesar dan penuh dengan sifat kakak-kakak membuatkan dia rasa bangga.
Malah katanya lagi, cabaran utama ketika melahirkan anak keduanya adalah berdepan emosi Aafiyah yang ketika itu amat memerlukan perhatian dan kasih sayangnya kerana masih kecil.
Namun akui Siti, dia punya cara sendiri dan kini Aafiyah semakin matang malah mula nampak sisi seorang kakak yang paling penyayang.
“Bila saya mengandungkan Afwa memang saya sentiasa cakap dengan dia yang dia akan ada adik tapi waktu tu dia masih kecil lagi, baru nak masuk tiga tahun.
“Dia tahu ibu ada baby tapi dia waktu tu masih tak tahu kakak tu macam mana. Mulanya memang agak sukar. Masa dalam pantang pun saya tidur asing dengan Aafiyah, dia menangis sebab nak tidur dengan saya walaupun bilik dekat saja.
“Masa tu dia ada bagitau ibu dah tak sayang Aafiyah dan macam-macam lagi tapi bila dah empat tahun dia dah jadi macam kakak-kakak.
“Sekarang ni kalau bawa dia dan adik ke hospital pun dia akan marah doktor supaya tak sentuh adik dia masa nak cucuk. Kalau kita bergurau nak ambil adik pun dia akan marah kita balik. Dah nampaklah kak long dia tu,” kongsi Tok Ti lagi.
Berkongsi lanjut berkenaan produk Beaukids perisa terbaharu Anggur yang baru dilancarkan, rupa-rupanyanya ia merupakan pilihan Aafiyah sendiri yang memilih buah itu sebagai pilihan kesukaannya.
“Masa penghasilan perisa anggur kita ada satu lagi pilihan, buah yang lain. Jadi kita tak letak warna, gambar dan sedaikan 2 cup sampel berbeza untuk Aafiyah cuba. Antara keduanya, dia pilih anggur.
“Saya nak apa yang the real selera anak-anak, alhamdulillah anggur pilihan Aafiyah dan kemudian barulah saya rasa dan nyata saya juga suka dengan rasanya,” kata Dato’ Siti lagi.
Terdahulu, Dato’ Siti melancarkan perisa terbaru Beaukids iaitu perisa anggur selepas perisa strawberi yang begitu disukai kanak-kanak.
Jika ada simptom demam dengan suhu tinggi, selesema dan batuk yang berpanjangan, ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak-anak ke klinik atau hospital sebagai langkah segera.
Ini berikutan jangkitan virus influenza kembali menyerang kanak-kanak dan orang dewasa. Boleh dikatakan ramai yang tengah mengalaminya buat masa sekarang. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Erna Nadia kongsikan nasihat buat ibu bapa agar mengambil berat hal ini.
Susah nak diam lah sebab risau. Masa saya locum, punyalah ramai kanak kanak termasuk bayi yang datang klinik akibat influenza like illness.
Bila masuk klinik pula, ibu bapa dijangkiti dari anak anak sendiri. Influenza ini cepat merebak dan ambil masa lama untuk betul betul sembuh.
Paling kasihan pada bayi dan anak kecil sebab tak pandai buang kahak dan tak tau nak habaq pun betapa tak selesanya mereka.
Sebab tu, kalau boleh tak usahlah dedahkan anak-anak, lagi-lagi yang masih kecil pada tempat berisiko tinggi.
Habis nak kurung anak anak? MashaAllah. Dunia ini luas Allah ciptakan. Anak kecil lebih elok dan bagus terdedah dengan matahari dan alam sekitar berbanding main-main di dalam dewan atau bangunan.
Punyalah banyak tempat boleh bawa mereka untuk nikmati hidup. Kita dulu pun main pondok-pondok, polis sentri, roundes, galah panjang, congkak guna bijik getah, lompat getah, lari hambat wau, kat luaq saja, tak heran pun kalau tak tengok wayang, kan?
Ka sebab saya ni orang kampung sangat?
Kalau anak tak sihat, tak perlu bawa keluar ke mana-mana. Jagalah mereka sebaiknya.
Paling penting, jika anak demam, bagilah ubat demam 6-8jam sekali, mandikan mereka dengan kerap, make sure pampers mereka ada air kencing dan tiada tanda amaran seperti
nafas laju, nafas berbunyi kuat, muntah atau cirit non stop, lemah tak bermaya, dahi dan dada berlekuk, menangis tak keluar air mata, tak mau makan dan minum.
Jika ada, tolonglah terus bawa anak tersebut ke hospital. Jangan tunggu jangan berlengah.
Baru sahaja terbaca seorang anak kecil sedang bertarung nyawa di ICU akibat daripada komplikasi long Covid.
Ya Covid pun masih ada ya. Jadi, sentiasa lah beringat. Bukan suruh kurung diri tapi beringat untuk elak dari terkena. Itu saja.
As usual, ini cuma nasihat. Bukan kecaman. Nasihat pasal banyak stok ubat di klinik, hospital dan farmasi sudah habis.
Pernahkah Mama berasa pelik apabila melihat saiz payudara yang tidak sama antara kedua-duanya? Sebelah besar, sebelah kecil. Itu perkara normal jika anda menyusukan bayi. Perbezaan saiz payudara biasanya berlaku jika ibu kerap menyusukan bayi pada sebelah payudara sahaja. Pada asasnya saiz payudara wanita memang berbeza antara kedua-duanya.
Tetapi perubahan saiz semakin ketara apabila si ibu membuat kaedah penyusuan yang tidak seimbang. Perbezaan ini dapat dilihat sekiranya ibu tidak menyusukan anak secara seimbang pada kedua-dua belah payudara tersebut.
Menyusu Sebelah Payudara, Susu Ibu Akan Kering
Pada kebiasaannya payudara ibu akan kelihatan lebih besar atau tidak seimbang saiznya semasa beberapa minggu pertama penyusuan susu ibu berlangsung kerana ia sedang menyesuaikan diri dengan fasa penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Penyusuan susu ibu sepatutnya diberikan secara seimbang pada kedua-dua belah payudara ibu agar penghasilan susu ibu menjadi sama rata.
Jika ibu hanya memberi bayi menyusu sebelah sahaja, ini boleh mengundang risiko payudara menjadi bengkak akibat saluran susu yang tersumbat dan boleh membawa mudarat kepada mastitis disebabkan susu tidak dikeluarkan dengan baik.
Lama-kelamaan jika bayi tidak menyusu di payudara sebelah itu bakal membuatkan susu di payudara tersebut kering dan menjadikan payudara kekal berbeza saiznya! Dan ia bakal mempengaruhi penampilan serta keyakinan seseorang wanita tersebut.
Saiz Berbeza Itu Normal
Saiz payudara yang berbeza bagi ibu menyusu adalah sesuatu yang tidak perlu dirunsingkan sekiranya bayi menyusu di kedua-dua belah payudara. Payudara yang kecil sebelah kerana bayi menyusu itu normal kerana lekapan bayi dan penyusuan adalah efektif. Namun jika payudara bengkak dan besar serta terdapat kemerah-merahan maka haruslah mendapatkan khidmat bantuan kaunselor laktasi atau rujuk pada doktor.
Susukan Selalu Elak Block Duct
Pada asasnya bentuk atau saiz tidak mempengaruhi aliran kelancaran susu. Bentuk dan saiz hanyalah berbeza mengikut kepadatan atau ketebalan lemak pada payudara tersebut. Bagi memastikan kelancaran susu adalah melalui lekapan bayi. Lekapan dan penyusuan secara efektif akan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Ibu harus kerap mengosongkan payudara agar tiada susu yang terkumpul sehingga boleh menyebabkan block duct.
Besar Tidak Semestinya ‘Kilang Susu’ Terbaik
Ukuran saiz payudara tidak mempengaruhi kuantiti susu ibu. Saiz payudara yang berbeza adalah disebabkan oleh kadar lapisan lemak yang ada padanya. Tidak semestinya payudara dengan lemak yang lebih boleh menghasilkan susu lebih banyak berbanding payudara yang kecil. Penghasilan susu ibu adalah bergantung pada jaringan kelenjar susu ibu, dimana kelenjar susu merupakan tempat untuk menghasilkan serta menyimpan susu ibu.
Kelenjar susu sudah menghasilkan susu sejak dari kehamilan sebagai persiapan kelahiran bayi. Ketika saat ibu hampir melahirkan, kelenjar susu akan mula membengkak kerana susu sudah terbentuk dan matang untuk diberikan pada bayi bila-bila masa. Setiap payudara, biar besar atau kecil mana pun saiznya pasti cukup untuk menghasilan susu.
Kapasiti payudara yang kecil akan membuatkan bayi kerap menyusu dan sekaligus susu akan kembali terhasil untuk penyusuan seterusnya. Bekalan susu tetap cukup untuk bayi cuma jarak penyusuan adalah lebih kerap berbanding ibu yang mempunyai payudara berkapasiti besar.
Secara kesimpulannya, saiz payudara tidak mempengaruhi kuantiti atau kualiti susu. Jika ibu mahukan kuantiti susu yang lebih banyak dan tidak terputus bekalannya sehingga dua tahun, fahami konsep demand vs supply. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu yang akan terhasil tidak kira apa sekalipun saiz payudara ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!