
Ibu yang menyusukan bayinya pasti akan memuat stok perahan susu ibu. Cara penyimpanan yang betul sangat penting agar kualiti susu tidak terjejas dan selamat diminum oleh anak kita. Sebenarnya jika ada pengetahuan tentang cara simpanan susu, ia tidaklah sukar.
Kaunselor penyusuan, Nor Azura ada berkongsi lima persoalan popular dalam kalangan ibu tentang cara penyimpanan susu perahan.
Artikel Menarik: [Banyakkan Susu Ibu, Lepas Bersalin Terus Biar Anak ‘Mengempeng’. Meriah Terus!]
5 soalan popular nak SIMPAN susu perahan.
1.’Kalau saya pam susu,kan ada susu kiri dan kanan,boleh campur tak?’
👉Sudah tentulah boleh ibu,tiada masalah susu payudara kanan dicampur dengan payudara kiri.
2.’Rumah saya ada satu peti je,macam mana nak simpan susu?sebab ada makanan lain lagi macam ayam ikan?’
👉Boleh saja simpan dalam satu peti yang sama ibu..Jika risau akan bau makanan basah,boleh simpan makanan tersebut dalam bekas bertutup.
Artikel Menarik: [Kalau Susukan Anak, Ibu Tahu Apa Yang Terbaik. Jangan Dipengaruhi Unsur Negatif]
3.’Saya tengah kumpul stok susu.Tiap kali pam dapat dalam 1-2oz,macam mana nak simpan kuantiti macam ni ya?sayang pula rasa.’
👉Ibu boleh campurkan susu tersebut bersama susu lain yang dalam tempoh 24 jam.
Maksudnya jika susu A diperah pada 1 Januari 2020 pada jam 10pagi,
dan susu B diperah pada 2 Januari 2020 jam 8pagi,kedua susu ini boleh dicampurkan.
Syaratnya,kedua susu A dan B perlu disamakan suhu terlebih dahulu.
Maksudnya selepas susu B dimasukkan beberapa jam ke dalam chiller dan mula sejuk,bolehlah dicampurkan keduanya.
*Tapi waktu perahan dan expired,perlu ikut waktu susu A.
4.’Susu yang dah pam betul ke perlu tunggu 3-5 hari baru pindah masuk freezer’
👉Lihat pada keperluan,jika ibu nak jadikan susu ini susu frozen,boleh saja terus masuk Freezer,tak perlu tunggu sampai 5 hari di chiller.
5.’Betul ke kena biar susu beberapa jam baru masukkan dalam chiller?’
👉Tak perlu,selesai sesi memerah boleh masukkan dalam chiller terus.
Artikel Menarik: [Rutin Penyusuan Tak Betul Sebab Tu Anak Susah Nak Naik Berat Badan]
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang sedang berusaha untuk mengumpul stok susu perahan buat si manja. Dengan cara simpanan yang betul, kualiti susu akan bertahan lebih lama dan selamat diminum oleh bayi anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mommy Tahu, Ismail Kuat..” Anak Shahrol Shiro Selamat Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Berkat doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta.
Berita itu dimaklumkan isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbarunya di instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Anna mengucapkan rasa syukur kerana pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi serta tak perlu berada di wad ICU.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.
Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Di instastory yang dikongsikan juga, Anna memaklumkan Ismail dah mula memberi senyuman dan makan.
Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” tulisnya.
Sebelum ini, Anna pernah berkongsi yang Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang. Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.
Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki. Selain Ismail, anak sulung mereka, Iskandar Rizqi kini berusia empat tahun.
Kredit: IG Anna Hanna
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Ibu.” Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi, Muka Merah & Mulut Berbuih!

Dalam musim anak-anak banyak yang kena selesema dan batuk ni, biasanya kita akan sapukan minyak angin atau balm kan? Barulah rasa lega sikit, kalau hidung tersumbat tu dapatlah kurangkan rasa tak selesa.
Artikel Menarik: [“Rasmi Divaksin, Tak Demam & Sakit Badan.” Diana Kongsi Pengalaman Anak Dapat Suntikan]
Mama kena tahu peringkat umur yang sesuai bila kita nak guna minyak angin ni. Dalam pada kita nak kurangkan rasa tak selesa, rupanya boleh mendatangkan bahaya!
Perkongsian dari Faranem Rosmadi ni sememangnya boleh kita jadikan iktibar. Ini yang terjadi bila dia sapukan minyak angin pada hidung bayinya. Biarpun sudah setahun berlalu, namun tetap berkesan di hati;

INGAT, JANGAN SAPU MINYAK ANGIN DEKAT HIDUNG BABY! HATTA BATANG HIDUNG SEKALIPUN.
Dekat setahun aku simpan kekuatan nak cerita tentang ni. Tentang pengalaman sendiri. Perit bagi aku, tapi ilmu bg korang sebagai ibubapa. Trauma sungguh aku. Ye jadi dekat aku, yg kerja misi ni.
Ayad Fayaash ni lahir dengan sangat mudah. Alhamdullilah atas rezeki. Tapi start dia umur 20 hari, pernafasan dia mcm berbunyi. Bunyi macam hidung tersumbat tu. So aku memang ade sapu beberapa jenis minyak dekat batang hidung dia. Malam, siang aku akan sapu sikit, kekadang spray sterimar, kononnyaa nak bg dia lega.
Artikel Menarik: [Tak Payah Beli Baru. Cuci Guna Teh, Emas Berkilat Macam Keluar Kedai. Mudah!]
Balik berpantang di Kuantan
Nak jadikan cerita, aku bersalin di Kelantan, tp balik pantang kat Kuantan. Kat Balok, rumah umi abah. Ni je masanya boleh rentas negeri. Nak balik sesaja, memang tak dapat la, musim PKP ketat masa tu. Kirenya suami aku hantar n dia balik sana semula utk kerja.
Rutin biasa baby, khamis, jam 0130 petang, masa tukar pampers Ayad. Sambil tu aku pon sapu minyak telon dr 1 jenama ni. Sebelum ni aku memang tak pernah guna minyak tu. Tp kalini aku nak try, mana tahu ok. Bidan yg bagi, kata dia minyak ni bagus n sesuai utk baby. Yee aku percaya.
Muka Ayad merah, mulut berbuih..
Lepas sapu dekat hidung tu, aku pun pusing badan nak letak minyak kat tepi n masa aku paling ke Ayad, tak smpai sesaat pun, ALLAHH!!!! Aku tgk muka Ayad merah. Mulut dia berbuih. Suara dia mcm tercekik. Aku terus jeriittt panggil umi, abah smbil lari pergi sinki dekat dapor. Aku basuh muka Ayad.
Umiii. umiii. tolongg umii. Nape Ayad nii?
Umi ambil Ayad. Ayad lembikk. Suara tak keluar bunyi, muka Ayad merah. Mulut ada buih lagi. Abah ambil Ayad, tepuk2 blkg dia. Masih sama.
Ko buat apee ni kakkkk. Allahhh. lembik anakk niii.
Abah jerit pgl Kday(adik aku). Kdayy! Cepat start kereta, bawak kak pergi klinik. Cepattt.
Masok dlm kereta, aku tepuk2 blkg Ayad.
Adikkk adikkk jgn mcm ni dikkk. Ibu sorryyy..
Aku masok jari kelinking dlm mulut Ayad, nak clearkan mulut dia dr air liur berbuih tu. Pusing blkg tepuk2 blkg badan, pusing kedepan semula, mulut Ayad still berbuih lg + darah.
Cepat Kday, ade darah nii. Kenapeee niii Ayad.
Teringat nak buat CPR
Tiba2 terdetik dlm hati aku, eh CPR! Aku terus buat mouth to mouth breathing. Sekali buat, aku dengar suara Ayad merengek.
Kdayyyy, mu dengar tak suaraa Ayad td. Dengar!
Aku angkat Ayad, tepuk2 lagi. Ok aku buat lg sekalii, aku hembus sekali di hidung n mulut Ayad, (Cara CPR baby dan dewasa lain ye. Boleh google)

HUWAAAAA. WAAAA. Suara Ayad menangis kuat. Muka dia yg merah td, slow2 dah jd pink semula.
ALLAHUUUU ANAK AKUUUU. aku pelok Ayad kuat.
Kdayy, Ayad nngis dahhh, Ayad nangiss ni.
Lari ke ‘emergency’, Ayad tak pakai lampin
Aku? Dari awal, setitis air mata pun tak menitis. Yg aku tahu, aku nak anak aku hidup. aku yg buat salah, aku kena brtanggungjawab. 2 minit lepas tu, aku sampai di klinik Balok.
Aku lari masuk kecemasan dengan Ayad yang tak sempat pakai pampers, keadaan aku pulak? Hmm aib sangat kalau nak cerita. Kata staf, selalunya kalau baby dtg mcm tu, jarang yg dpt dengar bunyi nangis. Alhamdullilah anak ibu kuat.
Ohh jarak rumah aku ke klinik Balok dlm 7 min je. Sampai kt klinik, ayad dah ok. Muka dah jd pink semula. tp doc still pasangkan oxygen incase dia ada masalah lain, so Ayad kena refer ke HTAA.
Masa ni baru aku call suami. ‘Thank you yg sbb selamatkan anak kita’.. masa ni baru aku menangis.
Kena marah dengan pakar
Ayad admit HTAA utk 3 hari. Bila org tanya ank sakit apa, segan aih nk jawab. Admit sbb hidung tersumbat tapi aku kena marah teruk dengan specialist. Mak misi tp boleh sapu minyak angin dkt hidung anak.
Awak tahu tak,
BABY BAWAH DARI UMUR 3 BULAN, TIDAK BOLEH DISAPU SEBARANG MINYAK ANGIN/TELON.
Baby pd umur ni cuma bernafas dr hidung. Bila awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. Sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dgn mulut dia. Take note yee.
Lagi satu, tak semestinya minyak yg baby org lain guna, selamat untuk baby awak. Jgn jadikan baby bahan ujikaji. elakkan sebarang minyak/balm kepada baby.
Masih trauma tapi bersyukur..
Maafkan ibu, ayad. Lepas kejadian tu, lama aku trauma. Aku pantang dengar Ayad bernafas lain sikit, Ayad tercungap sbb susu banyak pun aku akan berlari cari sesapa kt rumah tu. Aku takot!
Tapi jauh dlm hati aku, aku bersyukur benda ni jadi..
Jadinya waktu petang, bukan waktu malam masa aku tengah mamai, bukan dlm bilik tidur yg lampunya malap dan bukan waktu klinik tutup. Tapi cukup lah sekali.

Kata umi, kalau ingat balik lembiknya Ayad masa dia pegang waktu tu. Boleh meremang satu badan.. dia tak dpt nak luah, dia cuma geleng kepala. ALLAHHUU
Terima kasih ALLAH sbb bg aku ilmu CPR dan terdetikkan hati aku untuk buat CPR. Terima kasih sbb bg aku peluang lagi utk terus jaga amanat ini.
Lastly: APA YANG BAGUS UNTUK BABY LAIN TAK SEMESTINYA BAGUS UNTUK BABY KITA. TAKE NOTE YA.
Buat Ayad Fayaash si bongsuku. Maafkan ibu.
Berdebar-debar bila baca kisah ibu ni. Memang cemas bila tiba-tiba muka anak berubah merah dan mulutnya berbuih. Mujurlah ibu ini pantas bertindak dan nyawa anaknya dapat diselamatkan. Perkongsian ini memberi kita ilmu baharu, bayi bawah umur tiga bulan tak sesuai kita sapukan sebarang minyak angin atau balm di hidung mereka.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Apa Saja, Asalkan Susu Cukup” Hanya Minum Air & Pam Berkala, Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar!

Menyusukan seorang anak pun sudah terasa kepenatannya, inikan pula menyusukan anak kembar. Kegigihan dan kecekalan hati isteri Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Yunos menyusu dua anak kembarnya sememangnya amat dikagumi.
Lebih-lebih lagi terpaksa bekerja dan fokus pada tanggungjawab dikala negara berdepan pandemik. Bukan satu hal yang mudah. Pastinya sebuah kekuatan yang dibawakan oleh ibu cekal ini.
Menerusi beberapa entrinya di Instagramnya jelas menunjukkan kekuatan yang dibawanya. Tidak hanya berjaga malam menyusukan anak, bahkan asal ada waktu terluang sahaja, ibu kepada enam orang cahaya mata ini cepat-cepat mengepam susu untuk stok Eusoff dan Emelia.
Kata Dr Halina, dia kini masih lagi menyusukan kedua kembarnya yang kini sudah pun berusia sembilan bulan.
“This is how I drive my car.. and I believe many others are doing the same. Bila nampak roadblock. Kelam kabut cari nursing cover 😀 Time waits for no woman,” kongsi Dr Halina menerusi sekeping gambar yang dikongsikannya ketika memandu kereta.
Asal ada waktu terluang, walaupun di dalam kereta, stok susu harus terus dibekalkan buat kedua anak kembarnya. Memang terbaik!
Kongsi tip penyusuan
Menerusi entri terawalnya selepas kelahiran Eusoff dan Emelia, Dr Halina juga turut berkongsi beberapa tip dan panduan untuk penyusuan ibu. Malah turut berkongsi tip penyusuannya ketika menyusukan Noah dan Adam menerusi blog peribadinya, BarelySupermommy. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Petua lain melalui pengalaman saya…
Minumlah air yang banyak. Bahan utama susu adalah air. Bagaimana kita nak hasilkan susu kalau kita sendiri mengalami dehidrasi. Hanya minum, bawa air ke tempat kerja, simpan sebotol di mana sahaja yang mudah dicapai.
Sekarang ni saya minum 5L sehari untuk jaga kesihatan diri dan hasilkan susu! Jangan tanya saya berapa kali saya kencing haha..saya akan buat apa saja untuk pastikan saya mempunyai cukup susu untuk anak-anak saya.
Pam lah secara berkala, tak kisah walaupun ada di rumah atau ibu bekerja. Sebab apa penting? Untuk hasilkan lebih banyak susu, payudara kita perlu dikosongkan selepas menyusu.
Payudara kosong akan beri isyarat kepada otak kita untuk hasilkan lebih banyak susu (otak tak hasilkan susu tetapi otak melepaskan prolaktin, hormon yang beritahu kelenjar susu kita sebagai kelenjar payudara untuk hasilkan lebih banyak susu).
Selama tiga bulan pertama, saya biasa mengepam lepas bagi makan anak kembar saya. Saya tahu saya tak akan dapat banyak pun, mungkin 0.5oz. Dalam jangka masa panjang, percayalah, anda akan dapat lebih banyak susu, in shaa Allah.
Adakah saya masih minum kopi masa menyusu? Ya, saya kurang minum kopi masa mereka kecil sebab bayi kita akan terkena kesan kafein, melalui susu ibu. Ada waktu mereka susah nak tidur jika ibu minum kopi. Saya perasan ni masa Adam dan Noah kecil lagi.
Saya harap, dengan berkongsi pengetahuan saya, saya dapat membantu ibu dalam perjalanan penyusuan anda. Saya mungkin menulis entri lain mengenai mengepam susu pula, in shaa Allah,” kongsinya lagi.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina & barelysupermommy.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI