Melahirkan anak kelima awal beberapa hari sebelum jangkaan yang sepatutnya hari Ahad, Datin Seri Shahida selamat melahirkan bayi perempuannya petang semalam (19 Disember).
Menerusi perkongsian di instagram Datuk Seri Aliff Syukri, hampir lapan jam menanti dan memantau perkembangan si isteri dan bayi yang bakal lahir, penyanyi dan usahawan ini menjelaskan, dia berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik.
“Beranak sebelum waktunya. Sebenarnya isteri saya dijangka bersalin pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doktor cakap kena beranak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri melahirkan bayi.
“Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.
Ads
“Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak menang,” tulisnya.
Malah jelasnya, orang luar sentiasa melihat mereka pasangan bahagia, namun dugaan berumahtangga hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
Ads
“Sebab tu hari ini saya nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, syg sy @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak. Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Pelbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. tapi saya yakin yang terbaik untuk awak dan awak terbaik untuk saya sampai mati sayang.
“Kalau tengok dugaan wanita yang ingin melahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee semua cakap isteri.. sebab tu abang tak malu nak minta maaf,” katanya.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta seorang anak angkat.
Ads
DS Shahida Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Menjengah Instagram Bonda Rozita, Bonda ada memuat naik gambar bayi pasangan ini dengan mengucapkan syukur kerana selamat melahirkan anak perempuan pada jam 5.30 petang.
Foto : IG Aliff Syukri | Bonda Rozita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gigitan bayi semasa menyusu amat menyakitkan. Memang tidak dapat ditahan, kadang-kadang mama rasa nak hentikan sahaja penyusuan. Fikir dua kali ye mama kerana anda boleh cuba 8 cara ini dulu sebelum give up!
Menyusukan bayi yang sudah tumbuh gigi atau bergusi keras ada cabarannya; iaitu cabaran digigit! Pada usia enam bulan misalnya ada segelintir bayi yang mula tumbuh gigi. Jom ketahui cara-cara untuk mengelakkannya.
1. ALIRAN SUSU
Sebaik-baiknya, dari awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit bayi. Bagaimana caranya? Hal ini dapat anda lakukan dengan terlebih dahulu mengenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payu dara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.
Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payu dara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.
2. BERALIH PAYU DARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.
Sambil melakukan proses pengalihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara berhemah. Nyatakan perasaan cara elak gigitan bayi yang anda alami akibat gigitannya itu. Antara yang boleh anda luahkan ialah, “Mama sakit bila sayang gigit mama.” ataupun “Adik tak sayang mama ke? Kasihan mama kena gigit.” Walaupun gigitannya itu mungkinakan menimbulkan rasa marah akibat rasa sakit digigit, namun anda dinasihatkan agar menegur bayi secara sopan.
Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.
3. MENEKAP MUKA BAYI
Setiap kali melihat bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payu dara anda. Cara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak anda mengalami sesak nafas. Jadi, ia akan mendorongnya untuk melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.
Jika si anak memang gemar menggigit, anda boleh melakukan cara ini dalam kadar yang kerap. Dengan yang demikian, lama-kelamaan bayi akan faham bahawa dia akan mengalami masalah sukar bernafas jika dia terlalu kerap menggigit payu dara anda.
4. SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar-benar memberikan keselesaan kepada bayi dan diri anda juga. Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung.
5. LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila anda seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekali gus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.
6. GIGIT SESUATU Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit tambahan pula jika dia sedang mengalami masalah gatal gusi. Oleh itu, jadikan teether dan kain tuala beku sebagai alat alternatif bagi mengelakkan diri anda digigit bayi.
7. JANGAN JERIT
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali meninggikan suara dan menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar pipi atau bahagian anggota tubuh yang lain. Jika hal sebegini dilakukan, ia akan menyebabkan bayi terkejut dan mengalami perasaan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi apabila ia mungkin penyebab bayi enggan lagi menyusu di sesi penyusuan seterusnya.
8. TELITI GAYA PENYUSUAN Sekiranya prihatin dengan gaya penyusuan bayi, anda dapat mengelakkan gigitan bayi biarpun di akhir sesi penyusuan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.
Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa sudah selamat melahirkan anak lelaki pada Sabtu, tepat jam 3.44 petang.
Menerusi kenyataan media, mereka memilih Muhammad Bilal Muhammad Haris sebagai nama anak sulungnya itu.
“Assalamualaikum. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.
“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor sudah selamat melahirkan putera sulung pada 29 Januari lalu, jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat. Kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya.
Dengan itu, Haris dan Neelofa meluahkan rasa penghargaan atas doa dan ingatan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan bersyukur atas doa dikirim anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri, tahun lalu, mohon titipkan juga doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami mampu menjadi khalifah dan memberikan kebaikan kepada agama serta negara,” katanya.
Pasangan ini juga memohon maaf tidak dapat berkongsi gambar permata hati mereka buat masa ini.
Terdahulu, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas disahkan positif Covid-19 pelbagai perkara mula difikirkan dan pastinya amat bimbang untuk mendekat anak kecil apalagi menyusukan mereka. Buang jauh rasa bimbang itu kerana ianya tidak membahayakan bayi malah boleh terus menyusu seperti biasa.
Menurut Public Health Malaysia, ibu yang menyusu tidak perlu bimbang kerana penyusuan tidak membahayakan bayi selagi mengamalkan langkah pencegahan dengan baik.
Ibu ibu jangan bimbang, walaupun telah disahkan positif c-19, anda masih lagi boleh memberi susu ibu dengan selamat. Dengan mengamalkan langkah pencegahan, tiada masalah.
Menyusu ibu sangat berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit kerana antibodi ibu dapat diberikan kepada bayi melalui susu ibu.
Ini panduan untuk menyusukan anak bagi ibu yang disahkan positif Covid-19.
* Pastikan sentiasa pakai facemask semasa menyusukan bayi.
* Tutup mulut dengan tisu jika terbatuk.
* Matikan aircond di dalam bilik dan buka tingkap untuk pengudaraan.
* Selain dari waktu menyusu, asingkan ibu dan bayi dalam ruang yang berbeza.
* Jika menggunakan pam susu, bersihkan pam dan bekas dengan baik.
* Cuci tangan sebelum dan selepas menyentuh bayi.
* Elakkan memegang atau menyentuh kulit anak misalnya muka dan sebagainya ketika menyusu. Alaslah dengan kain.
* Lakukan pembersihan permukaan yang sering disentuh ibu.
Jadi teruskanlah menyusukan anak dengan selamat. Jaga dan amalkan SOP dengan baik. Biarlah anak kenyang tanpa perlu menyentuh mukanya. Itu sebaiknya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!