Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa sudah selamat melahirkan anak lelaki pada Sabtu, tepat jam 3.44 petang.
Menerusi kenyataan media, mereka memilih Muhammad Bilal Muhammad Haris sebagai nama anak sulungnya itu.
“Assalamualaikum. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.
“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor sudah selamat melahirkan putera sulung pada 29 Januari lalu, jam 3.44 petang.
Ads
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat. Kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya.
Dengan itu, Haris dan Neelofa meluahkan rasa penghargaan atas doa dan ingatan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan bersyukur atas doa dikirim anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang cahaya mata.
Ads
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri, tahun lalu, mohon titipkan juga doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami mampu menjadi khalifah dan memberikan kebaikan kepada agama serta negara,” katanya.
Pasangan ini juga memohon maaf tidak dapat berkongsi gambar permata hati mereka buat masa ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah menanti cahaya mata hampir empat tahun, penyanyi Hetty Sarlene akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki petang semalam.
Hetty berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi instagramnya. Kata penyanyi berusia 37 tahun itu, dia melahirkan bayi lelakinya tepat jam 3.25 petang di Thomson Medical Singapura dengan seberat 3.2 kg.
Malah kata Hetty lagi, kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan bayi sulung mereka berbaloi selepas melihat wajah kesayangan mereka itu.
“28/01/21 -3.25 petang. Bayi lelaki kami lahir ke dunia ini dengan berat 3.2kg.
” Kami perkenalkan anak lelaki kacak kami kepada semua, Landon Alexander Oakes,” tulisnya menerusi instagram.
Melalui entri yang sama, Hetty juga turut berkongsi gambarnya bersama suami juga anak kesayangan mereka yang baru dilahirkan.
Menurutnya lagi, dia begitu bersyukur kerana kesakitannya menahan konstraksi selama lebih 16 jam berbaloi selepas kehadiran bayi comel yang telah lama dinantikan mereka berdua.
” Semua kesakitan, malam tak cukup tidur hampir 16 jam dalam dewan bersalin, 2 ke 3 minit kontraksi yang kuat, teran dan rasa loya cukup berbaloi,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Hetty di instagram turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi sulungnya itu. Tidak terkecuali rakan-rakan selebriti yang turut sama meninggalkan ucapan tahniah di ruang komen.
Hetty yang menyertai Gegar Vaganza membuat pengumuman kehamilan pada Julai tahun lalu selepas menanti hampir empat tahun untuk memiliki cahaya mata mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hettysarlene_oakes
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tugas menjaga isteri dalam pantang sebenarnya tugas suami. Suami lah yang perlu menjaga isteri dalam pantang dan bukan melepaskan beban pada ibu dan ayah anda! Sudah menjadi kebiasaan, apabila dalam pantang ramai yang meminta bantuan dari ibu dan ayah untuk menjaga.
Ibu bapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan. Kalau nak ibu dan ayah jaga, anda perlulah sediakan duit bajet untuk lauk sepanjang berpantang, duit bil air & elektrik, duit minyak kereta mak ayah, duit extra. Bagi suami yang ingin menjaga isteri dalam pantang, ada beberapa tip yang dikongsikan oleh Tuan Ariff Ismail yang boleh dijadikan panduan.
Hari ni kita lari topik sedikit, lepas baca viral ” goreng nugget ” meh saya share tips para suami jaga bini lepas bersalin.
Kaum adam jangan ingat bila bini bersalin kita lepas tangan terus ke mak/mak mertua atau bibik yang jaga. Masa ni lah nak balas jasa bini mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa masa bersalin.
JOM BACA 5 TIPS JAGA BINI LEPAS BERSALIN
1. MASAKAN MAKANAN PANTANG BINI
Jangan bagi alasan ” aku tak pandai masak bro “. Kau main PS4, Mobile Legend, PUBG terus pandai ke brother.
Kena tahu tak semua sayur dan ikan atau sewaktu dengan nya bini boleh makan lepas bersalin. Kena elak kan sayur yang boleh bagi angin dan sejuk, badan bini tengah lemah lepas beranak.
Antara sayur yang senang korang nak masak adalah sawi dan lobak putih ( ni boleh tolong tambah susu badan).
Lagi satu lepas bersalin tak boleh makan ikan yang gatal or boleh mendatang kan alergik, luka kat dalam bro mana kita nampak. Pilihan ikan yang terbaik adalah salmon dan ikan selar ( tak tahu sila google).
Masakan bersalin kena banyakan halia dan bawang putih bagi badan panas sikit, jangan kau bagi minum ais pulak sebab nak bagi sejuk. Rebus kan kurma cina dan longan kering dan ada satu tu merah kecik kecik tak ingat lah pulak nama ( boleh beli kt kedai ubat cina ) letak gula batu bagi bini minum untuk tambah tenaga dan susu badan.
2. BELAJAR MANDIKAN/SIAPKAN BINI & ANAK
Ni benda paling penting para suami mithali, kau kena mandikan bini dan mandikan baby, kena belajar cara nak mandikan baby sebab baby sangat fragile masa di awal kelahiran. Air tak boleh panas dan sejuk sangat. Kena rasa pakai siku korang kepanasan air untuk mandikan baby.
Masa bini dalam pantang tak boleh pakai baju ketat ketat, kena pakaian longgar dan selesa. Rambut bini kena tolong sikat dan ikat kemas. Kena letak pilis ( betul rasanya bahasa ni ) atas dahi bini, ni tak reti buat boleh beli kat kedai jamu.
If anak lelaki korang kena tuam bebird beliau supaya tak kena angin pasang ( ni pon ada jual ). Bini pon korang kena tungku kan. Tak pandai sila bayar service tukang urut pantang, boleh google je sekarang.
3. TANAM URI
Part ni paling best, sapa mabuk darah boleh pengsan ( kalau beranak kat private hospital diorang dah tolong basuh kan ). Korang kena cuci bersih uri tu dengan air dan garam kasar serta limau supaya hilang bau ( ada yang guna asam jawa) jangan lupa selawat sambil basuh.
Lepas siap basuh semua tu tanam kat tempat yang sesuai dan kedalaman yang sesuai. Pastikan uri tu ditanam sempurna dan tak da haiwan yang korek. Jangan korang kurafat pulak letak pen la pensel la apa la sebab konon konon nanti anak jadi cerdik. Boleh tgok kat utube gak cara nak basuh dan tanam uri baby.
4. JAGA ANAK TENGAH MALAM
Bapa bapa sekalian tolong kesian kan bini, lepas bersalin bini tak ada tenaga, kita lah yang kena jaga malam malam. Tidur dengan anak jangan biarkan bini pulak yang tidur dengan anak ( alasan senang nak bagi susu ).
Kesian bini brother, mengandung dah 9 bulan, beranak lagi sabung nyawa lepas tu kau biar dia yang handle anak. Tak susah pon jaga baby malam malam, buat susu dan tukar lampin. Kalau susu badan masa dia nak susu tu baru hantar kat bini. Bagi bini ruang rehat secukup nya.
Anak kalau menangis biasa nya ada 3 sebab, lampin basah, lapar atau kembung perut. Kena ada ilmu buat susu dan tukar lampin serta cara nak bersihkan baby after tukar lampin. Ilmu perut baby kembung pon kena belajar. Sentiasa kena ada minyak yuyi cap limau .
5. ATUR JADUAL KERJA
Setiap suami mesti ada kerja hakiki (aku dulu ada advantage sebab keje sendiri tapi bukan alasan tak buat kerja). Kena susun atur jadual kerja kita sebab dah ada tangungjawab baru.
Kena pastikan sebelum keluar kerja, dah mandikan bini, mandikan baby, bagi susu dan sediakan makanan untuk bini. Make sure ada orang teman bini jangan biarkan bini sorang sorang.
Ini antara tips yang ada, nanti next posting saya akan share cara nak masak makanan pantang.
Kisah ni adalah pengalaman saya dari kisah kehidupan yang lalu sebagai seorang suami dan bapak kepada affan dzikri.
Biasanya jika seseorang wanita menghampiri tarikh datang haid, pasti akan ada tabiat makan yang pelik-pelik. Ada yang suka makan manis-manis, ada yang asyik mengunyah dan ada juga yang sukakan makanan pedas. Itu adalah gejala PMS (Premenstrual Syndrome) yang menyebabkan wanita berasa tidak selesa atau berkelakuan pelik beberapaha hari sebelum kedatangan haid.
Gejala PMS ini tidak sama antara satu wanita dengan yang lain. Menjawab soalan dari pengikut media sosialnya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih lanjut tentang hal ini.
“Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk pengetahuan doktor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doktor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM. PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gejala-gejala yang menyebabkan seorang wanita merasa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa perasaan ini 7-10 hari sebelum haid. Gejala-gejala ini berbeza-beza dari seorang wanita dengan seorang wanita yang lain.
Jadi tidak hairanlah jika saudari mengalami perasaan pelik untuk memakan coklat secara berlebihan. Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormon pada masa itu.
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan. Coklat dapat merangsangkan pengeluaran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), makan coklat pula dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan. Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.
Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu.
Seorang wanita apabila mula mengambil coklat sebelum haid, berkemungkinan besar beliau akan mengambil coklat pada bulan-bulan berikutnya akibat ketagihan psychology ini. Bagi yang telah menjadi pengambilan coklat sebagai amalan, berkemungkinan besar beliau akan menambah bilangan atau kuantiti coklat yang diambil.
Pengambilan coklat sebagai makanan ringan sangat baik. Namun mengambilnya dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan kerana coklat mempunyai kandungan kalori dan lemak yang banyak. Seorang wanita boleh manambah berat badannya dalam masa sebulan dengan mengambil coklat secara berlebihan (lebih kurang 6 bar coklat sehari).
Jika saudari mengalami masalah berat badan dan tidak dapat meninggalkan coklat, saya mencadangkan:
1. Makan coklat dalam jumlah yang sedikit
2. Ambil coklat yang berkualiti tinggi. Coklat gelap lebih tinggi kualiti dan rendah kalorinya berbanding dengan coklat susu
3. Mengambil buah-buahan sebagai ganti mengurangkan pengambilan coklat
4. Apabila ada rasa keinginan untuk makan coklat, cuba tunggu 15-30 minit. Jika masih tidak dapat menahan keinginan, boleh makan potongan kecil coklat gelap.
5. Ambil suplemen multivitamin setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum kedatangan haid. Selain itu kurangkan garam, kafein dan gula dalam pemakanan dan melakukan senaman ringan. Ia membantu saudari mengurangkan rasa sakit senggugut dan gejala PMS yang lain.
#HealthDrZubaidi
Tabiat suka makan manis memang perkara normal yang akan berlaku pada seorang wanita sebelum datang haid. Bolehlah nak makan, tapi jangan sampai berlebihan pula ya. Ikutlah saranan Dr Zubaidi tentang pengambilan coklat yang dibolehkan untuk anda ambil sebelum atau ketika kedatangan haid.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.