Figura bergelar ibu sememangnya sentiasa disanjung namun jasa seorang ayah tidak pernah dilupakan. Ayahlah lelaki pertama bagi anak perempuan kita, melindungi dan memberikan sepenuh kasih sayang. Begitu jugalah kepada anak lelaki kita.
Ayah sentiasa dipandang sebagai idola paling utama buat anak-anak. Apa yang dilakukan ayah akan jadi ikutan dan kesukaan anak-anak. Maka tunjukkanlah sebaik mungkin agar anak menjadi anak penuh adab dan bersopan santun.
Perkongsian Mohd Fhais, Parenting Influencer banyak benarnya dan inilah yang perlu dilakukan ibu bapa. Bercakaplah dengan baik dengan anak dan belajarlah untuk tunjukkan sifat terpuji pada anak. Barulah anak mampu mencontohi ayahnya kelak.
Sebagai ayah, kita kena berhati hati bila di depan anak. Walau macam mana penat dan stress pun jangan sesekali, – menengking – mencarut – cakap kasar – marah orang – mengutuk
Ads
Bila di depan anak anak, hati hati la kerana setiap gerak geri ayah sentiasa di perhati terutama sekali cara ayah berkomunikasi dengan ibu.
Dari melihat ayah la anak belajar untuk, – bercakap – hormat ibu – kenal perkataan baru – budi bahasa – sopan santun
Ayah merupakan Coach Bercakap paling penting dalam hidup anak. Orang melihat adab kita dari cara kita bercakap. Begitu juga adab seorang anak. Mahu anak tinggi adabnya, kita dulu kena tunjukkan contoh teladan orang beradab.
Ads
Adab bercakap dengan pasangan patut jadi keutamaan. Jangan tinggi suara atau kasar dengan pasangan kerana itu contoh tingkahlaku biadab! Baik yang anak lihat, maka baik la yang anak belajar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak yang lahir sudah mempunyai rezeki masing-masing. Malah setiap ibu bapa juga sanggup lakukan apa saja demi kegembiraan anak-anak.
Biarpun hidup secara sederhana, usah risau kerana disaat diri rasa tak mampu penuhi permintaan anak, akan ada suatu hari hajat anak dapat juga ditunaikan. Cuma lambat atau cepat bergantung pada rezeki.
Sebab itu, kita sebagai ibu bapa jika ada rezeki lebih, cubalah gembirakan hati anak dulu. Mana tahu, dalam kita mengembirakan hati mereka, anak-anak mendoakan kita. Seperti perkongsian Influencer Parenting, Encik Mohd Fhais Salim jangan pernah risau pasal rezeki dengan anak kita.
Hari tu dengar ceramah UAI dekat youtube. Ustaz kata jangan PERNAH risau pasal rezeki. Setiap anak-anak ni lahir dah ada rezeki dia orang.
Tiup je roh dia ke rahim, dah tertulis rezeki dia sekian sekian. Anak ramai ke, Anak seorang ke, Jangan RISAU !! Rezeki dia orang pasti ada.
Sebab tu la saya yakin kita ni tak akan jadi papa kedana pun jika tak berkira dengan anak-anak.
Dia nak mainan, belikan. Dia nak jajan, belikan. Dia nak basikal, belikan.
Jika mampu bagi je sebab itu rezeki dia. Andai kata bukan rezeki dia, ibu ayah ada duit banyak sekalipun belum tentu anak dapat semua ni.
Kita tak berkira dengan anak, rezeki pun tak berkira dengan kita. InsyaAllah..
Bila bercakap tentang ilmu Faraid pasti ramai yang bertanya tentang harta peninggalan suami. Tak ramai yang tahu tentang harta faraid jika berlaku kematian pada si isteri. Ada juga yang menyangka semua harta isteri akan jatuh pada suami walhal harta isteri perlu difaraidkan.
Sama seperti perkongsian dari Roslina Sabiyah & Co. dimana ada yang datang mengadu tentang suami si mati ingin mengambil semua harta si mati tanpa mengetahui tentang hukum faraid. Sama-sama kita baca perkongsian ini.
Soalan:
Puan, arwah kakak saya baru meninggal. Beliau meninggalkan seorang suami, ibu ayah masih ada dan beliau tidak ada anak. Kakak ada 5 adik-beradik termasuk saya (3 lelaki dan 2 perempuan). Kakak seorang yang bekerjaya dan mempunyai beberapa harta peninggalan berbentuk rumah, tanah dan beberapa simpanan di kwsp, tabung haji dan bank.
Masalahnya puan, suami kakak mengatakan harta2 tu semua akan jadi 100% hak suami semuanya kerana beliau ialah waris asobah kepada isteri. Bukankah kami adik-beradik si mati pun ada bahagian puan? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Suami bukan waris asobah!
Apa maksudnya? Jika isteri meninggal dunia, harta2 isteri bukanlah automatik akan jadi milik suami semuanya. Rumah yang atas nama isteri, akaun bank, kwsp, tabung haji, asb, barang kemas dan lain2.. akan kena difaraidkan kepada waris2 faraid isteri.
Siapa waris faraid isteri tu tadi?
Suami: 3/6 (suami dapat 1/2 kerana si mati tiada anak) Ibu: 1/6 (ibu dapat 1/6 kerana si mati meninggalkan saudara lebih dari seorang) Bapa: 2/6 (bapa dapat 1/6 dan baki) 5 adik beradik (3L&2P): tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.
Waris asobah hanyalah anak lelaki, bapa, bapa saudara, datuk, cucu lelaki dan adik-beradik lelaki. Tapi perlu diingat, dalam 1 situasi kematian, hanya ada 1 kategori asobah sahaja yang boleh wujud dalam 1 masa. Contohnya, kalau si mati ada anak lelaki, maka bapa atau datuk atau adik-beradik dah tak boleh jadi waris asobah. Waris asobah hanya akan dapat bahagian faraid selepas ditolak bahagian faraid waris fardhu dahulu. Kadang2 waris asobah akan dapat bahagian yang paling banyak dan kadang2 ada juga keadaan yang waris asobah langsung tak dapat bahagian kerana tiada lagi baki faraid.
Berapa bahagian suami? Jika si isteri meninggal dunia dan dia tak ada anak, suami akan dapat 1/2. Tapi kalau si mati ada anak, maka suami akan dapat 1/4. Walaupun si isteri tu baru kahwin dengan suami tu beberapa bulan. Si suami tetap ada hak faraid ke atas harta isteri walaupun harta2 isteri tu diperolehi dari harta pusaka arwah suami yang sebelumnya.
Selain hak faraid, suami juga boleh mohon harta sepencarian ke atas harta pusaka isteri di mahkamah syariah. Harta sepencarian bukan diperolehi secara automatik tapi perlu dimohon dan diputuskan di mahkamah syariah berapa bahagian yang suami akan layak dapat.
Kesimpulannya: Suami tak dapat 100% kerana suami tertakluk kepada bahagian faraid (1/2 @ 1/4). Adik-beradik si mati juga tak dapat bahagian pusaka kerana telah terhalang oleh bapa yang merupakan waris asobah.
Pengajarannya: semua persoalan perlu diselesaikan dengan secara baik dan berlandaskan ilmu. Kadang2 kita rasa bahagian kita banyak dan kita rasa kita ada hak ke atas sesuatu. Rupa2nya selepas diperhalusi, bahagian kita hanya terhad sahaja ataupun sebenarnya tak ada bahagian langsung rupanya. Sebab itu penting untuk merujuk masalah kepada yang ahlinya dan bukannya selesaikan masalah dengan emosi atau bersangka-sangka. Moga ada manfaatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selesai beraya pastinya mama dan papa mula memikirkan bagaimana cara untuk menyimpan duit raya anak. Simpan di bank atau menukar dengan barangan kesukaan anak seperti mainan dan sebagainya.
Bagi selebriti yang satu ini, Fizo Omar dan Mawar Karim mereka bertindak lebih bijak bila mana membuat tabungan paling bermakna ubat Maryam. Bukan menyimpan duit raya bahkan Fizo dan Mawar mewujudkan tabungan istimewa buat anak kesayangan mereka ini.
Uniknya mummy dan daddy Maryam ini bukan hanya sediakan tabungan biasa bahkan turut membuat tabungan berupa emas buat anak sulung mereka.
Simpan Emas Buat Maryam
Disebalik kisah emas, bukan sekadar saja-saja, rupanya Fizo mula menyimpan emas untuk dirinya sendiri sejak 10 tahun lalu. Dan kini amalan ini diteruskan buat isterinya dan juga Maryam sendiri sebagai tabungan kekalnya hingga dewasa kelak.
“Saya mula belikan dan kumpul emas untuk Mawar selepas kami berkahwin dan sekarang ni saya buat tabungan yang sama pada Maryam pula. Setiap bulan saya tak terlepas belikan Maryam barang kemas dan kemudiannya saya kumpul,” katanya sambil menunjukkan gambar bongkah emas yang tertulis namanya dan Mawar.
Bukan saja pada isteri dan anak-anak bahkan saya mula menyimpan emas sejak saya bujang lagi dan cara ini sebenarnya tip yang diajarkan oleh kedua ibu bapa saya. Kalau ada duit lebih setiap bulan, saya akan belikan emas untuk diri sendiri, dalam bentuk barang.
Saya akui ketika itu saya sama macam orang lain, terpaksa ikat perut dan berjimat cermat demi untuk masa depan. Tapi walau macam mana cara sekalipun, saya tak terlepas kumpul dan beli barang kemas demi memastikan misi tabungan saya berjaya.
Bukan simpan sahaja, kemudiannya saya kumpul dan leburkan semula menjadi ketulan emas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi saya rasa tabungan emas adalah yang terbaik dan semua ibu bapa perlu wujudkan tabungan semacam ni buat anak-anak.
Bagi saya emas adalah aset yang terbaik berbanding simpanan lain yang ada dividen. Senang nak dicairkan semula dan kalau apa-apa kecemasan, boleh digunakan.
Capai Misi Jutawan Cilik
Kata Fizo lagi, semua ibu bapa perlu ada kesedaran untuk menyimpan emas sendiri, untuk tujuan kecemasan. Malah kata Fizo lagi, bukan hanya emas, bahkan ibu bapa perlu memperuntukkan tabungan buat anak-anak.
“Sebenarnya selepas saja anak lahir sebagai ibu bapa kita perlu wujudkan tak kira apa jenis tabungan pun, supaya bila anak sudah berusia 20 tahun, dia sudah punya tabungan pendidikannya sendiri. Inilah yang saya cuba buat untuk Maryam.
Tak kira berapa banyak pun, cuba peruntukkan sedikit wang ke dalam akaun anak kita. Ini penting untuk tujuan pendidikannya kelak malah tabungan untuknya membesar. Bila sampai umurnya 18 tahun, sekurang-kurangnya dia sudah ada tabungan dan dana sendiri untuk belajar. Jadi ibu bapa tak perlu pening kepala.
Saya sendiri sebenarnya turut berkongsi perihal tabungan dan simpanan di dalam kelas motivasi yang dikendalikan saya bersama pelajar-pelajar universiti. Dan sebenarnya dalam setiap wang gaji kita, separuh perlu dibahagikan kepada perbelanjaan wajib manakala 10 peratus lagi perlu diperuntukkan untuk simpanan, bukan dibelanjakan terlebih dahulu. Cara sebegini, anak-anak muda zaman sekarang harus belajar supaya bila sudah berkahwin nanti lebih bijak menguruskan kewangan keluarga.
Bukan itu sahaja bahkan kita juga perlu bijak dengan mengambil beberapa pelan dan pakej tabungan lain seperti insurans berupa tabungan untuk anak. Bila anak sudah mencapai usia 21 tahun, tabungan sudah boleh dikeluarkan dan ini satu tabungan yang menguntungkan,” katanya bersungguh.
Banyak benarnya kata-kata Fizo ini. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi dalam perjalanan hidup kita. Kalau ada kecemasan, emas dan tabungan ini pastinya dapat membantu. Duit raya anak biarpun jumlahnya tidaklah banyak tetapi boleh digandakan bila disimpan.
Malah emas juga boleh dicairkan apabila ada hal kecemasan. Bukan itu sahaja malah emas juga adalah simpanan terbaik berbanding dividen yang diperolehi daripada simpanan biasa.
Jadi ibu bapa di luar sana harus lebih peka dan mencontohi cara yang dikongsikan oleh selebriti muda ini. Tak salah untuk menyimpan di hari tua malah kesenangan untuk kita juga dalam merencanakan perancangan terbaik keluarga.
Kredit: @mawar_karim, @fizoomar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!