Bagi anak perempuan, ayah adalah lelaki pertama yang dia kenali dalam hidupnya dan cinta pertama mereka. Jadi waktu ini jangan dilepaskan begitu saja kerana banyak momen yang boleh anda cipta untuk tinggalkan kenangan buat si anak apabila mereka besar nanti.
Persoalannya macam mana ya untuk ayah menjadi ‘cinta pertama’ dalam hidup anak perempuan?
Perkongsian dari Tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini sangat membantu kita terutama suami isteri untuk menjadi ibu bapa yang baik dan ayah pula menjadi hero dihati anak-anak.
Baik, mari saya kongsikan.
1. Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri.
2. Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu.
3. Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu.
4. Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukurkan. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaik ya.
5. Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Tak tahu, belajar.
Ads
6. Tapi iyalah, bila anak dah mula minum susu botol, mulalah jam 2 3 pagi dok merengek suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, bancuh susu dan beri pada anak. Dapat pahala tau.
7. Bila anak dah besar sikit, selalulah peluk mereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah.
8. Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah.
9. Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan depa. Kahkah
10. Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian.
11. Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, abi sayang Aya. Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama. Aya sayang abi! Oh ya, Aya tu anak saya, Aya Sophia. Hehe
Ads
12. Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya walau tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita. Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita. Jangan dok ralit main game je.
13. Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon, Omar Hana, Didi & Friends dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah
14. Ayah dan anak perempuan kena ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke, macam Baymax dalam Big Hero 6, fist bumb Neuro Style dalam Ejen Ali ke, colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat.
15. Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, aduan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan mendengar apa yang mereka katakan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap. Anak perempuan ni paling banyak bertanya ketika usia mereka 4 dan 5 tahun.
16. Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan persoalan akidah pada anak, bercerita, kongsikan kisah-kisah Nabi, wanita-wanita hebat dalam Al-Quran, ajarkan doa dan baca Al-Quran.
Ads
17. Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif. Ia tanggungjawab bersama suami dan isteri.
18. Jangan lebih-lebihkan antara anak lelaki dan perempuan. Layan sama rata. Tolong sangat jangan banding-bandingkan sesama mereka. Kata-kata tengok abang kau tu rajin, kau bodoh. Tengok akak kau tu, belajar pandai, kau macam tu jelah result. Anak amat benci kata-kata ini. Tukar kepada perkataan yang lebih baik, “anak ayah semua pandai. Yang membuat kalian berbeza adalah usaha serta sikap tidak berputus asa. Keep it up! Jom sama-sama berjaya. Kita bantu membantu satu sama lain.” Kerja rumah bagi sama adil. Jangan lagi berpegang kerja dapur tu kerja orang perempuan. Kerja lelaki dan perempuan sebenarnya. Didik dari awal.
19. Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya.
Saya rasa cukup 19 point ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Moga kita menjadi bapa-bapa yang disayangi anak perempuan dan lelaki. Amin.
Kau tahu kawan, salah satu punca berlakunya kes cabul seorang bapa kepada anak perempuanya adalah disebabkan si ayah tidak berperanan sebagai seorang bapa. Beliau bertindak sebagai diktator di rumah dan mahu anak takut padanya.
Sejak anak perempuan ini kecil, langsung tak disentuh, dipuji, dimandi, disuap makan dan dibelai. Bila anak ini dah akil baligh, dah besar, tumbuh payu dara dan sebagainya, si jantan ini akan melihat anak dengan ‘pandangan’ yang lain. Tak rasa itu adalah anaknya.
Bapa merupakan pusat kesejahteraan emosi anak-anak, bapa juga adalah penjaga dan guru disiplin yang berkebolehan. Kajian menunjukkan bahawa jika ayah anak anda penyayang, menyokong, dan terlibat, dia dapat memberi sumbangan besar kepada perkembangan kognitif, bahasa, dan sosial anak anda, serta pencapaian akademik, sumber dalaman yang kuat, dan kesejahteraan diri.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah. Kajian ni juga dapati, lagi kerap kulit ayah menyentuh kulit bayi, lagi erat hubungan bayi tu dengan si ayah.
Menurut perkongsian Akif Basri di Twitternya pula, ada beberapa perkara yang memberikan kesan positif jika adanya penglibatan ayah dalam hidup anak-anak. Perkongsian ini diterjemahkan daripada buku Do Fathers Matter?
10 Fakta Tentang Pengaruh Bapa Terhadap Anak
Bapa Lebih Berpengaruh Dalam Membantu Perkembangan Bahasa Anak
Skil Sosial Yang Lebih Baik
Anak Perempuan Yang Rapat Dengan Ayah Lebih Tinggi IQnya
Sumber: Twitter Akif Basri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami isteri mana yang tidak berbalah di dalam rumah tangga. Ada waktunya berselisih pendapat, malah ada juga bermasam muka dan merajuk. Namun inilah kemanisan dalam rumah tangga. Ada ketikanya semuanya dirasakan cukup indah dan bahagia. Asam garam inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam melayari rumahtanggga. Kuncinya adalah toleransi.
Dr Say Shazril juga berdepan masalah yang sama dalam rumah tangganya. Gaduh-gaduh katanya bersama isteri tercinta. Begitu kongsi Dr Say menerusi instagramnya.
“Mungkin ada yang pandang saya sebagai suami mithali memahami bini dari semua segi. Namun hakikatnya itu semua fantasi. Kami tetap berkelahi. Dan kadang-kadang topik pergaduhan tiada isi.
“Contohnya gaduh sebab Eudora dia lambat support Jawhead saya dengan alasan skillnya tengah CD. Ataupun saya mengantuk malas menemaninya ke gym di pagi hari.
“Kadang-kadang kerap bergaduh “tak munasabah” ni buat rumah tangga kami suram. Ada kala kami tidak bertegur sapa dari pagi sampai ke malam. Ada kala kami tidak bertentang mata apa tah lagi bersalam,” kata Dr Say bercerita menerusi instagramnya.
Buang ego dan bertoleransi
Pun begitu kata doktor selebriti ini lagi, apa yang lebih penting adalah bertoleransi dalam hubungan. Tak kiralah siapa menang atau kalah, sebaiknya rendahkan ego kita pada pasangan. Begitu kongsinya.
“Walaupun pergaduhan dalam perkahwinan itu WAJIB, yang menentukan kejayaan pasangan itu mengharunginya adalah TOLERANSI. Toleransi mengikut DBP didefinisikan sebagai sabar dan bertolak ansur, menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain.
“Kita berkahwin dengan seseorang bukan untuk menjadikan dia sempurna sebab diri kita juga jauh dari kesempurnaan. The key is RENDAHKAN EGO baik kepada lelaki mahupun perempuan. Menang dengan pasangan tak menjanjikan kebahagiaan,” kongsinya lagi.
Malah bapa kepada bayi comel, Ace ini mengakui keadaannya kini baik-baik saja selepas melakukan tindakan yang tepat dalam rumah tangga.
“Sekarang kami lebih tenteram. Eudora CD setahun pun saya akur. Saya tidur setahun pun bini akur ke gym seorang diri. Toleransi is key peeps. Dah pi sayang pasangan korang cakap “abang/ sayang sorry asyik nak menang,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014 dan kini pasangan sepadan ini dikurniakan seorang anak, Aezriel.
Terkedu rasanya apabila ada segelintir mak ayah duk sebut aib anak depan tetamu, disebut-sebut keburukan anak. Diulang-ulang zikir kekurangan anak. Ya Betul lah ada silap anak yang Kita rasa nak marah.
Tapi tak perlu lah ceritakan kepada tetamu.. mungkin mak ayah rasa just gurauan/modal nak layan tetamu.. tapi bagi anak itu bukan gurauan/modal bermesra dengan tetamu.
Apa manfaat? Apa tujuannya? Kita besarkan keburukan anak depan tetamu merangkap saudara mara Kita.. Kita dapat apa? Pahala? Atau sebenarnya nak malukan dia..
“Tak.. tujuan Kami sedarkan dia agar berubah.. biar rasa malu sikit buat benda tu..”
Berbaloikah? Ada apa-apa berubahan pada anak? Dia berubah, ya..dia berubah dari TRUST kepada Kita jadi FRUST dengan Kita..
Anak sikit demi sikit jauh hati.. dia jadi tak respect dengan mak ayah dia..
Kita nak anak UBAH sikap dengan sikap kita yang tak pernah BERUBAH..! Takkan jadi.
Saya yakin sikap kita antara sebab besar anak rasa malas nak berubah. Mungkin pernah sekali anak try nak jadi lebih baik.. tetiba saja..
” Haa depan orang tunjuk laa baiknya.. duk rumah tak da nya macam tu..”
Kebaikan terus ditembak dari jauh. Sniper! Berkecai kebaikan yang cuba dilakukan.. remuk hatinya..
Anak takkan berubah dengan Kita sangka buruk memanjang. Ya, kita ada bukti dia pernah buat benda tak elok belakang kita. Tapi apa solusinya yang dah Kita buat? Dah jumpa sesiapa untuk dirujuk? Dah bincang dengan orang pakar? Atau Kita asyik beremosi ?
Anak perlukan Kita ketika dia bersalah. Dia nak betulkan apa yang Salah. Dia perlukan support. Disebalik salah anak pada saat ini.. Ada salah Kita dengan Allah pada saat lalu..
Mengaibkan bukan caranya. Jika Kita diaibkan didepan tetamu? Apa yang Kita rasa?
Pernah sekali saya bertamu.. anaknya asyik membawang pasal maknya yang dah tua.. bawah jagaan dia.. katanya mak dia mengada-ngada nak dimandikan.. nak disuapkan makanan… Saya kelu. Rasa tak selesa menjadi tetamunya.. maknya ada di situ..
Pesan untuk diri saya.. apa yang Kita pernah buat, Kita akan dapat. Banyak buat baik, kebaikan akan datang mengisi hidup. Ramai orang suka bantu kita.. banyak buat buruk.. keburukan akan melekat pada Kita.. orang jadi tak suka.
Ingat, keburukan anak bukan selamanya.. ada tempoh ujian Allah untuk Kita. Kan Kita selalu berdoa untuk dibuka jalan ke Syurga.. jadi.. anak itulah jalannya Allah berikan.
Mohon maaf atas perkongsian ini. Saya punyai banyak kekurangan ketika menulis. Just rasa nak berkongsi agar ada sedikit manfaat bersama.