Tidak dinafikan selepas sahaja berhari raya, ada ibu bapa yang terpaksa berbelanja menggunakan duit raya anak. Bukan mengambilnya tetapi meminjam terlebih dahulu daripada anak sementara tiba hari gaji. Tak salah jika nak pinjam tetapi perlulah dibayar semula kerana itu adalah hak anak-anak kita.
Perkongsian saudara Harith Faisal ini menarik juga untuk kita jadikan panduan. Malah cara telus yang dilakukan oleh bapanya ini wajar kita contohi supaya dapat memberi lebih inspirasi buat anak-anak kita untuk terus menyimpan.
“Ayah, tolong simpan duit raya Along ni. Ayah, duit raya Along dalam Tabung Haji dah ada berapa ya sekarang?”
“Ada dalam RM1,000 jugalah. Dari dulu sampai Along umur 10 tahun ni, memang ayah masukkan semua duit raya Along ke sana.”
Ads
“Wah! Banyaknya. Terima kasih ayah.”
Cukup saja umur 18 tahun, Along pun minta ayah tukarkan akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa. Along excited sangat ni. Tapi, luluh dan punah hati Along bila tengok baki terkini adalah RM106.35 sahaja dalam akaun simpanan Tabung Haji nya.
Ads
Jangan tipu anak-anak macam ni ya. Tak baik. Duit raya adalah hak anak-anak. Kita adalah pemegang amanah untuk uruskannya.
Ads
Di Didik Cara Telus Masa saya kanak-kanak dulu, saya akan tengok penyata Tabung Haji akaun saya dan adik beradik lain. Saja suka compare-compare simpanan siapa paling banyak.
Ayah saya pula memang bagi tengok. Excited bila dapat monitor duit simpanan makin lama makin bertambah. Kecik-kecik dah bijak simpan duit, kan. Ha! –
Jadi sebagai ibu bapa kita harus sentiasa telus dengan anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh saudara kita ini. Cara ini sebenarnya buat anak makin teruja dan lebih terinspirasi untuk terus menyimpan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di UK dalam jurusan Pengajian Kanak-Kanak (Childhood Studies) di United Kingdom. Anak mereka, Maream Esabel turut dibawa ke sana.
Setelah berpisah dengan Ally pada tahun 2016, Farah dilihat suka berdikari dan banyak melakukan aktiviti sukarelawan. Pemilik jenama pakaian Omma & Esabel ini telah memuat naik status di Instagram mengenai penghijrahannya itu.
Sebelum Farah & Maream berlepas ke UK, Ally Iskandar juga turut memuat naik gambarnya bersama anaknya yang berusia 4 tahun itu berserta kapsyen yang pendek tapi amat mendalam maksudnya.
Tidak dinafikan, menuntut ilmu bersama anak di luar negara tidak mudah. Di samping memberikan tumpuan kepada pelajaran,anak juga perlu diberikan perhatian. Ramai yang mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada ibu muda ini.
Tular seorang lelaki memperlekehkan emosi suri rumah yang kepenatan akibat menjaga bayi. Kisah tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah doktor selebriti, Dr Say.
Menurut perkongsian Dr Say di laman instagram, dia sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana dia tahu betapa penatnya menjaga anak-anak dan emosi seorang ibu tidak sepatutnya dinafikan.
“Saya tak tengok video suri rumah breakdown tu tapi yang menarik perhatian saya is betapa lancangnya bahasa mamat yang komen terhadap video tu. Assumption saya samaada dia tak kawin lagi ATAU dah kawin dan dia ada masalah rumahtangga ATAU dia seorang bapa yang mengabaikan anak-anak ATAU HE IS SIMPLY B*BAL. Again saya bukan nak jadi feminist di sini tapi i was there berpantang 2 bulan untuk kedua-dua anak saya & each time it was a different experience.”
“Anak pertama toksah cakap memang saya koyak rabak siap saya buat status “Officially Koyak” sebab babies ni 2-3 jam sekali bangun nak susu jadi kita yang biasa tidur malam 8 jam straight semestinya affected a lot by this. Belum campur babies tu colic/ babies tu demam. Bila ada anak kedua memang tak dinafikan senang menjaganya sebab dah berpengalaman. Tapi time kita berjaya tidurkan anak kedua, datang lah anak pertama melompat menjerit sebelah telinga anak kedua maka terbangunlah dia & sia-sia usaha kita menidurkan anak kedua sebelum tu.”
“Terus terang cerita sebelum saya ada anak pun saya ingat bestnya jadi suri rumah takyah serabut kepala fikir kerja. Duduk rumah jaga anak lagi senang tapi setelah 2 bulan menemani bini berpantang baik anak pertama mahupun anak kedua kepala saya dok fikir “kenapa lah aku tak kerja ofis 8am-5pm even better kalau aku kerja outstation sure lagi best” sebab my body & mind were constantly exhausted. Itupun saya tak jaga anak tu 24jam apetah lagi housewives yang jaga anak 24 jam & apetah lagi kalau anaknya lebih dari seorang & apetah lagi kalau anaknya require special needs.”
“Dengar kata mamat tu dah minta maaf tapi again Din, kenapa la ko tak fikir dulu sebelum ko menulis Din? Followers aku ramai mommies Din & kalau ko baca dm diorang, ko patut bersyukur sekarang kena pakai mask kalau tak sorang-sorang nak cari ko tuk cili mulut, duku & starlight ko Din. Jangan main-main dengan emosi housewives. Singa pun takut ngan diorang Din.”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Dr Say malah ada kaum bapa yang turut berkongsi pengalaman.
4fiq.azman Sebagai seorang suami saya amat memahami emosi wife yaga jaga anak ni. Mereka bukan je penat badan bahkan penat emosi.
mamadil_bysiti Betul tu.. sy fulltime housewife, mom of two little kids, part time online seller.. NOT EASY i tell ya. 😂 yang merasa je tahu macam mana.
Baby car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak amat penting untuk keselamatan anak tak kira lah perjalanan jauh atau pun dekat. Risiko bayi atau kanak-kanak tercampak keluar dari kereta dapat dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamatan ini. Namun tak semua dapat memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru.
Lantaran itu, ada sesetengah ibu bapa mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak secara terpakai. Tapi sebelum membeli kerusi keselamatan terpakai ini, anda perlu tahu beberapa perkara yang perlu diajukan kepada penjual demi keselamatan anak anda. Ikuti perkongsian daripada Farah Hazwani;
Hantaran ini panjang sedikit dan perlu dibaca dengan berlapang dada untuk mengelakkan sebarang provokasi atau fitnah–
Sebelum beli kerusi keselamatan terpakai, kita perlu tahu cara pemilihan yang betul. Salah satunya, tidak digalakkan beli tanpa mengetahui sejarah car seat tersebut. Sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai, sila ajukan soalan-soalan berikut kepada penjual:
1. Adakah car seat pernah terlibat dalam kemalangan? (Kerusi keselamatan yang pernah digunakan ketika kemalangan telah pun menyempurnakan fungsi utamanya, iaitu melindungi penumpang kanak-kanak, dan tidak boleh digunakan lagi)
2. Berapa lamakah car seat telah digunakan? (Adakah car seat telah tamat tempoh atau menghampiri tarikh luput? Minta penjual tunjuk tarikh pengilangan. Kerusi keselamatan yang telah tamat tempoh mungkin tidak dapat melindungi anak jika berlaku kemalangan)
3. Adakah ia pernah dicuci? (Adakah pembersihan dilakukan mengikut manual – Tidak menggunakan cucian stim, tali keledar tidak direndam, tiada bahan peluntur atau sabun antibakteria digunakan)
4. Adakah car seat mempunyai tanda-tanda kerosakan? (Tanda amaran telah pudar, terdapat kesan terurai pada tali keledar, ada bahagian pecah atau karat)
Kalau rasa ragu-ragu dengan jawapan penjual, lebih baik beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru jika ada bajet lebih. Tiba-tiba hari ini, dapat feedback dari salah seorang penjual kerusi terpakai yang diimport dari Singapura.
Nilaikan sendiri. Sebenarnya, soalan-soalan itu dipetik dari artikel Car Seats for The Littles(CSFTL) di sini:
Hand Me Down Seats – Bargain Or Bust? https://csftl.org/hand-me-down-seats-bargain-or-bust/
Kalau ikutkan saranan CSFTL, banyak lagi yang perlu diambilkira, seperti:
1. Adakah kerusi pernah didaftar masuk (check in) sebagai sebahagian dari muatan bagasi apabila menaiki pesawat? (Adakah pemilik meletakkan car seat dalam kotak khas? Adakah ia diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kerosakan selepas mendarat?)
2. Adakah kerusi keselamatan termasuk dalam senarai yang ditarik balik (recall list)? Sebahagian car seat yang ditarik balik memerlukan penggantian dan adakah bahagian yang perlu diganti telah digunakan dengan betul?
Menurut CSFTL, “It essentially comes down to this: would you trust that seat, that seller, with your child’s life?” (Akhirnya, ia bergantung kepada anda. Adakah anda percaya kerusi keselamatan dan penjual itu untuk melindungi anak anda?)
Cara pembersihan alas kerusi keselamatan juga memainkan peranan dalam menjamin fungsi sebuah car seat itu. Sesetengah pengeluar hanya membenarkan cover dicuci secara cucian tangan, tapi ada juga yang benarkan penggunaan mesin basuh.
Apa pula bahan pembersih yang telah digunakan oleh penjual sekiranya pernah mencuci car seat? Jika tersilap basuh, ciri ketahanan api (fire retardant) mungkin hilang. Rumit bunyinya, bukan? Ini salah satunya alat yang dibeli untuk tujuan keselamatan, jadi banyak faktor perlu diberi perhatian.
Benar, ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi kita bertanggungjawab untuk cuba sehabis baik menjaga nyawa dan amanah yang telah diberi.
Jika sudah terbeli kerusi keselamatan terpakai, ambil peluang ini untuk hadiri pemeriksaan bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), sebuah organisasi tempatan yang mempunyai peranan yang hampir sama seperti CSFTL.
Mereka boleh dihubungi di carseatcheck@cpsmalaysia.org
Boleh juga ajukan sebarang soalan di Facebook Group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) – https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/ Jangan lupa jawab ketiga-tiga soalan tapisan untuk kelulusan lebih pantas.